Slider

Thursday, December 7, 2017

BAYI ANDA MENGHISAP JARI – BAHAYA ATAU NORMAL?

Kita seringkali melihat bayi terutamanya yang baru lahir menghisap jari. Ada yang menghisap ibu jari, jari telunjuk dan lain-lain. Menariknya, kebiasaan ini bukan sahaja bermula dari selepas kelahiran, sebaliknya ada sesetengah bayi yang sudah pun mula menghisap jari semenjak di dalam kandungan.


Sebagai ibu bapa, semestinya timbul persoalan di dalam benak kita. Bahayakah kebiasaan ini?

Sebelum anda bertindak bagi menghentikan habit ini, ini beberapa sebab, kenapa bayi menghisap jari.
3 SEBAB KENAPA BAYI MENGHISAP JARI

1. Tindakan refleks menghisap (sucking reflex) bayi.
Ianya terjadi hasil dari kebiasaan bayi menyusu. Hasil dari keseronokan menghisap puting, bayi cuba mencari alternatif lain dan jari yang paling mudah.

2. Menghisap jari menenangkan.
Tabiat ini membuatkan bayi dan kanak-kanak ini berasa selamat. Sebagai contoh, apabila ibu bapa meninggalkan mereka sebentar. Jadi, jangan risau sekiranya bayi terus menghisap jari walaupun anda baru sahaja memberikannya susu.

3. Jari sentiasa ada di tangan.
Pada mulanya, bayi hanya mencuba-cuba merasai jarinya. Kemudian, setelah dia merasa selesa dan seronok, ianya mula bertukar menjadi tabiat.
ADAKAH KESAN BURUK DARI TABIAT INI?

Ini bergantung pada beberapa faktor seperti kekerapan hisapan, tempoh masa dan kekuatan bayi menghisap jarinya. Contohnya, bayi yang menghisap jari dengan daya hisapan yang kuat tetapi dalam tempoh yang sangat sekejap tidak memberikan kesan yang begitu ketara.

Kebanyakan doktor-doktor gigi menghalang perbuatan ini kerana, hasil kajian membuktikan, dengan hanya daya hisapan yang lemah, mampu menggerakkan kedudukan gigi.

Biasanya, bayi yang mempunya tabiat ini akan menghisap dengan daya hisapan yang lemah tetapi berpanjangan contohnya ketika waktu si comel tidur.

Berikut adalah 3 kesan buruk dari tabiat ini:
i) Gigi Tertolak Keluar – Bagi 1-2 tahun pertama, jangan terlalu risau berkenaan gigi anak anda. Biasanya tabiat ini akan mula menghilang menjelang anak anda berumur 3-4 tahun.

Tetapi, sekiranya pada umur 3 atau 4 tahun, bayi anda tiada tanda-tanda untuk tabiat ini hilang, anda sudah boleh memulakan langkah bagi menghalang tabiat ini.

Disebabkan tabiat menghisap jari itu sendiri yang menolak bahagian atas gigi, menghisap jari boleh mengakibatkan gigi jongang (buck teeth). Ianya juga boleh mengakibatkan pelbagai masalah gigi yang lain.

ii) Merosakkan Jari – Tabiat menghisap ini juga akan memberi kesan pada kulit jari yang dihisap. Terlalu lama terperangkap dengan air liur dan tekanan dari gigi, membolehkan jari terkena jangkitan. Lebih teruk, jari akan luka dan berdarah memudahkan infeksi (kemasukan bakteria dan kuman ke dalam badan).

sumber: zuriat.com
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;

No comments :

Back to Top