Slider

Thursday, September 10, 2015

Adakah MLM Shaklee patuh syariah?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dulu-dulu... saya amat skeptikal dengan MLM. Dulu-dulu... sekarang? Hehe.. Saya pulak jadi leader MLM. Pelik kan? MLM di Malaysia sebenarnya disalah ertikan seolah-olah semuanya skim piramid yang menganiaya downline. Itu jugalah pemahaman saya dulu. Kalau jadi upline, sentiasa kaya, kalau jadi downline, sampai bila-bila akan menyumbang kepada upline.

Menyertai Shaklee, sebab saya suka produknya. Bila kaji sistem, alhamdulillah.. MLM yang sangat adil. Walaupun upline, tapi kalau malas buat sales, memang tak kemana. Untuk Shaklee, bisnes ini berdasarkan sales. Ada 100 downlines pun kalau sales 0, memang tak dapat apa-apa. Berbeza dengan sesetengah MLM, kalau register orang, dapat imbuhan,kan? pernah tak tahu? Sebab tu kita kena tahu apa yang kita buat. Jangan masuk sebab tengok orang berbondong-bondong masuk. Jangan! itu salah!

Ok, cerita panjang-panjang ni, jom semak kriteria MLM patuh syariah yang digariskan oleh Ustaz Zaharuddin. Artikel penuh boleh baca di sini :

1. Harga tinggi dari biasa
Produk Shaklee ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. Contoh paling asas. Multivitamin Shaklee ditawarkan dengan harga RM81 untuk 120biji iaitu RM0.70 sebiji. Malah, harga ahli adalah lebih rendah

2. Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram.
Tiada barangan haram dalam Shaklee. Semuanya mendapat pengiktirafan halal. Tiada paksaan pembelian atau penggunaan. 



3. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). 
Produk Shaklee dikenali lebih 60tahun sangat berkualiti berasaskan penyelidikan. Sains Shaklee menjamin produknya SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM. Baca selanjutnya di sini

4. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. 
Tiada penjualan emas dan perak dalam Shaklee.

5. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
Ya. Ini berlaku secara adil dalam Shaklee. Tanpa usaha, anda tidak mendapat hasil. Jangan harapkan kuantiti anak, tetapi juga perlu menitikberatkan kualiti :)



6. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
Tiada apa komisen atau bonus yang diberikan sekiranya ahli yang ditaja tidak membuat pembelian. Dia hanya bergelar ahli / downline kita sahaja, tanpa apa-apa hasil yang didapati selagi tiada belian dibuat

7. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?
Dalam Shaklee, leadership bonus hanya layak sehingga ke level 6, tidak lebih dari itu. Coaching, motivasi, pengisian atau apa-apa bentuk bimbingan bagi kumpulan kami adalah 24/7 melalui FB group. Mudah & praktikal


9. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
"Siapa kerja lebih, dia dapat lebih" Ini adalah sistem dalam Shaklee. Ianya terbukti apabila terdapat downline yang naik pangkat lebih cepat dari upline dan ada juga downline yang menjana pendapatan lebih besar dari upline. Menjadi upline TIDAK menjamin seseorang itu sentiasa kaya, sentiasa untung



10. Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
Buku manual pemasaran & etika perniagaan dibekalkan bersama starter kit. Setiap yang tertakluk adalah tetap. Jika terdapat tawaran baru yang ditawarkan untuk tempoh tertentu (6 bulan contohnya), pamplet dan surat pekeliling akan dikeluarkan & majlis penjelasan mengenai insentif berkenaan akan diadakan oleh pihak Shaklee



11. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi
Ya. Nisbah perkongsian dan keuntungan dijelaskan dalam manual perniagaan secara jelas

Hubungi kami untuk lebih perincian.

Thanks for reading!

Salam sayang,
Farihah Abu Kasim @ Surijunior
019 228 2147 | farihah.abukasim@gmail.com







Monday, September 7, 2015

7 kesan ketara kepada pengguna tegar ESP

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

September yang meletup-letup. Nak bernafas pun tak sempat rasanya. Banyak sangat berita baik, promo baik dan tawan hebat. Paling meletup ialah Promo ESP datang lagi. Eh, mana poster? ni haaa



Yang dah tahu dan kenal kesan ESP yang terlajak laris ni, alhamdulillah, Yang belum tau, meh saya belanja testimoni. Ni testimoni benar ya, bukan rekaan haa :)


 "
Mula saya dengar, apa ni esp, kenapa semua org teruja lain mcm je sebut esp! 
Bila Try.. Alamak x sedap pun.. Tapi Nape sume org suka.. 
Try lagi lagi.. Tahan je rasa tu.. After a week.. Eh.. Not bad.. And since then jadi addicted. Hari yg tak minum esp rasa lain... Rasa tak complete.. ohh.. Saya dah jatuh cinta rupanya!!  
Sihat bertenaga sepanjang pagi. Plus kulit bertukar lain
- Puan Safiya Amaran, Terengganu


"ESP adalah produk pertama Shaklee yang saya cuba. Saya ambil masa berpantang Danish. Minum macam tu je memang tak lalu. Saya campurkan dengan Nestum 3 in 1. tak pun kekadang minum ngan air jus Twister. Memang sedap. Apa yang saya rasa pas ambil Shaklee memang lain dari yang lain
Badan lebih bertenaga dan susu badan banyak dan pekat. Alhamdulillah. Suka sangat. Paling best Strechmark hilang tau! Kulit Danish juga putih, gebu dan cantik. Ramai yang tegur dan dengan rendah hati saya kata ini baby Shaklee sebab Mama dia ambil suplemen Shaklee dan dia menyusu badan" 
-Puan Nurfadilah Suardi, Melaka
kiss emotic

"Suka esp sebagai sarapan pertama saya!
Samada ambil as it is, ataupun campur dengan tamar koko atau minuman lain ke...esp tetap ada sebagai my early breakfast.
Kenyang sampai ke tengahari!..tipu la kot kalau nak kenyang sampai sehari suntuk kan...waktu pagi kat ofis tak terganggu (faham2 je lah..kalau dah berkumpul time makan tu, boleh drag ke arah buang masa..huhuhu)
Oh, yang penting...jimat duit breakfast ai hari2"
-Puan Rosfarisya Roslan


"Saya start minum Esp ni masa buat labwork yang makan minum tak menentu dan gastrik. Gastrik sampai jalan pun xleh..kena tunduk kejap dan jalan slow2.. 
Lepas istiqomah amalkan Esp ni, sampai bawak pergi lab, kongsi ngn kawan la, bila agak tak sempat nak lunch or dah mula rasa lapar, cepat2 bancuh.
Alhamdulillah cepat je pulih gastrik.. paling tak suka minum MMT tu sbb tau bahaya..

Apa pun lepas minum Esp bukan takat gastrik saya OK, Badan pun BERTENAGA, Berat pun maintain"
-Puan Noraimi Syazwani





"Saya mula kenal ESP masa berpantang anak kedua Apr 2011.. mula2 tu tekak mmg takleh nak terima sgt rasa esp ni..tapi sebab kan nak banyak susu punya pasal saya gagahkan jugak...ya allah syukur sgt sebab dah jumpa my milk booster (tears...sobss)..masa tu otak sy tak penah pun terpk nak tahu apa lagi kelebihan esp ni (punyalah desprate nak cari milk booster)..yg sy tahu dia membantu menambahkan susu bdn..

lepas habis pantang 2 bulan mula lah bekerja..masa tu walaupun sy bekerja 5 hari lepas tu weekend busy dgn part time class lagi tapi sy pelik sebab badan sy sentiasa bertenaga..kulit pulak jadi lebih cantik sbb masa mengandung kulit jadi kusam..pastu stretch mark pun makin pudar..jerawat takde dah..parut2 jerawat makin pudar, rambut dah tak gugur dan tumit kaki pun dah tak kasar..memang best esp ni..saya pernah buat eksperimen seminggu tak amek esp..saja lah nak tgk apa jadi..yg sy nampak kulit macam tak sihat dan berseri, tumit kaki jadi kasar balik..

so memang terbukti esp ni best..sebab dia jaga sel..bila sel sihat maka sihat lah bdn kita..kalau time puasa esp ni memang superb..tak terasa lapar sampai ke waktu berbuka..sebab itu saya sgt sukakan esp..my no.1 supplemen.."

-Puan Bazlia Amoza, Shah Alam

Haa... tu antara beberapa perkongsian pengguna yang telah menjadi peminat-berani-mati ESP. ehehe. ESP ni adalah protein berkualiti. Jadi kesannya sangat menakjubkan. Daripada memberi tenaga berpanjangan, sehinggalah kepada kesan transformasi fizikal. Dulu biasa-biasa ja, lepas konsisten ESP, mulus berseri gitu. Apa diorang bagitau atas tadi?

1. Kenyang lebih lama
2. Kulit lebih cantik - gebu dan strechmark hilang !
3. Milkbooster
4. Gastrik hilang
5. Jerawat dan parut jerawat hilang
6. Rambut dah tak gugur
7. Tumit dah tak kasar

ESP ni bulan bila pun memang hot selling product. Tambah-tambah lagi bulan promosi. Anda yang nak memperbaiki tahap kesihatan, terutama ibu-ibu, silalah consume ESP. Yang dah sihat, pun kena consume, sebab, kita perlu kekalkan kesihatan kita. IKhtiar untuk mencegah, kan lebih baik? :)

Thanks for reading!

Dapatkan ESP anda pada harga yang tak masuk akal?
Hubungi saya :)

Salam sayang,
Farihah Abu Kasim @ Surijunior
019 228 2147 | farihah.abukasim@gmail.com






Friday, August 28, 2015

ESP : All-time favourite !

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

ESP siapa tak kenal ye dak? Di kalangan pengguna Shaklee, ESP memang famous. Kalau bukan pengguna tegar pun, pengguna biasa-biasa saja pun kenal ESP. Ni memang best-seller Shaklee dan sentiasa mendapat permintaan tinggi.

Kenapa ESP Shaklee terbaik? Selain rasanya yang asli, lebih penting dari itu, ESP Shaklee memenuhi kriteria Soya yang selamat. Soya ada pelbagai jenis. Macam-macam jenis soya yang ada di pasaran. Ada dalam bentuk serbuk, kotak dan sebagainya. Adakah anda pernah mengambil berat soal soya ini? Adakah soya yang anda ambil selamat? Haa.. kenapa ESP penuhi ciri ini? Apakah ciri soya yang selamat? Baca di entry ni

Sebab itu, yang amalkan ESP, dapat kesan yang optimum dan dijamin selamat. ESP ni kalau minum gitu saja pun sedap. Saya suka. Tak manis, tak tawar, sedang-sedang saja, tapi, jika anda bosan asyik minum gituuu ja, boleh cuba resepi di bawah :

ESP + plain water (suam/sejuk)
ESP + Fresh Milk
ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP...boleh add on almond or fruits.bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)

ESP + susu tepung (any brand)
ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
ESP + Nesvita 3in1
ESP + jus twister tropicana
ESP + Yogurt drink



ESP + Ribena
ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
ESP + Milo/Horlicks
ESP + sirap bandung
ESP + fresh milk + oat+serbuk koko+madu (ni resipi Dr Muhaya)

Banyak kan? Cara saya, buat penuh 1 blender, pastu, masukkan dalam bekas, simpan dalam peti sejuk. Jadi minuman keluarga. Siapa nak, terus buka peti sejuk, ambik saja & minum. Tak perlu la everytime nak minum, kena blend kan?

ESP ni bukan untuk ibu menyusu saja. Untuk semuaa orang. Protein ni nutrien yang diperlukan oleh semua sama ada yang nak kekal sihat atau pulih dari sakit. Semua golongan :

1. Orang yang ingin kekal sihat..
2. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.
3. Kanak-kanak bersekolah
4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak


Banyak kan kegunaan dan kepentingan protein? Sebab tu pentingnya kita mengambil protein yang berkualiti. Bukan main ambik saja ya 

5. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
6. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik,
7. Ahli sukan dan bina badan
8. Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat …dan yang inginkan kulit yang cantik

Bukan rasa ja sedap, Kesan pun hebat !

Tenaga berpanjangan :)



Milk booster. Ni memang famous :)

ESP untuk semua :)

Lagi testimoni, klik di sini ya :)


Nak cuba? Hubungi saya ya :)

Thanks for reading!


Salam sayang,
Farihah Abu Kasim @ Surijunior
019 228 2147 | farihah.abukasim@gmail.com

Sunday, August 23, 2015

Dilema paras Hb rendah di kalangan ibu mengandung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ibu-ibu mengandung mesti familiar dengan istilah Hb, zat besi, anaemia kan? Semasa hamil, paras Hb sangat dititikberatkan. Kalau bawah 10g/dL, nanti nurse akan tulis dengan pen merah. Macam amaran gitu. Seram kan? ahaha

Selalu sangat dok sebut Hb. Hb tu apa?
Hb adalah singkatan kepada Haemoglobin. Hb adalah protein yang terkandung dalam sel darah merah. Setiap Hb mengandungi Iron yang bertugas untuk bergabung dengan oksigen atau karbon dioksida untuk mengangkut mereka. Oksigen diangkut dari peparu ke semua sel tubuh dan karbon dioksida diangkut dari semua sel tubuh ke peparu untuk disingkirkan.


Sel darah merah mengandungi Haemoglobin, Haemoglobin mengandungi Heme group iaitu Iron sebagai site perlekatan / untuk bergabung dengan oksigen


Jadi kekurangan Hb boleh membahayakan seseorang. Kerana, kurangnya Hb bermaksud, kuranglah keupayaan darah kita mengangkut oksigen. Oksigen diperlukan oleh semua sel tubuh untuk menjalankan proses kehidupan. Untuk ibu mengandung, kekurangan Hb memang dipandang serius kerana oksigen yang diangkut bukan sahaja untuk ibu, tetapi juga untuk bayi di dalam kandungan.

Apakah akibat kekurangan haemoglobin kepada ibu hamil?
# Mudah pitam
# Lesu
# Denyutan jantung tidak teratur
# Sesak nafas
# Kebas kaki dan tangan

Apakah akibat kekurangan haemoglobin kepada bayi dalam kandungan?
# Pertumbuhan janini terbantut
# Kelahiran pramatang
# Berat lahir rendah
# Anak lemas ketika dilahirkan
# Kematian bayi
# Risiko keguguran

Seram kan?  Kalau difikirkan, memang menakutkan. Apa yang lebih penting adalah tindakan kita sebagai ibu untuk memulihkan kesihatan dan memberikan yang terbaik untuk anak. Apakah makanan yang boleh membantu anda mengatasi masalah ini? 

Antara makanan yang boleh membantu adalah daging merah, brokoli, kekacang (jadikan snek), Hati (Walaubagaimanapun, organ dalaman seperti hati tidak elok diamalkan terlalu kerap), Bayam, Kerang (tapi tidak digalakkan ambil terlalu kerap, dikhuatiri mengandungi pencemaran dari lautan), telur, Oat ,Buah delima, Madu asli (Gantikan gula di dalam makanan dan minuman dengan madu asli), Kurma, Kismis. Makanan tinggi Vitamin C juga amat digalakkan, Kerana Vitamin C membantu penyerapan zat besi.

Ibu sepatutnya mengurangkan atau mengelakkan pengambilan kafein, kerana kafein boleh menjejaskan penyerapan kalsium dan zat besi oleh tubuh

Bagaimana Shaklee boleh membantu anda? Sepanjang hamil, saya amalkan set mengandung Shaklee, pengalaman Hb rendah dan Tekanan Darah rendah, juga pengalaman mengalami keguguran seperti yang saya ceritakan di sini , alhamduillah selesai dengan bantuan Shaklee.

Ini saya snap masa tengah belek-belek buku rekod. Hb 12.4 yang doktor tulis sebenarnya adalah pencapaian terbaik saya sepanjang 5 kali pregnancy

Anda yang ingin ikhtiarkan melalui kehamilan yang sihat, boleh mencuba, set ibu mengandung Shaklee seperti di bawah 


atau minimumnya Vitalea Iron Formula


Pengambilan set atau Vitalea sahaja atau dua atau tiga produk sahaja, bergantung kepada budget anda. Tapi, sebaiknya, set adalah yang terbaik. Kenapa? Kerana tiada satu vitamin atau makanan di dunia ni yang memiliki kuasa magic atau boleh memenuhi keperluan semua keadaan. Contohnya untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat, kita perlukan Iron sebagai tempat perlekatan oksigen, protein untuk membina struktur fizikal sel, vitamin C untuk melindungi sel daripada radikal bebas. Begitulah kiranya. Terpulang kepada kita, bagaimana atau banyak mana yang kita nak. Semua suplemen ini boleh diteruskan sehingga berpantang dan menyusu. Tak perlu stop. Senang :)


Yang lebih penting dari ini adalah KONSISTEN. Beli Suplemen satu almari pun kalau tak konsisten makan, tak guna juga yaa..

Hubungi saya atau pengedar Shaklee berdekatan anda seperti di sini :)

Thanks for reading!

Salam sayang,
019 228 2147 | farihah.abukasim@gmail.com

Kehamilan dengan Shaklee : Beza, Memang Berbeza :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ibu-ibu yang pernah mengandung mesti mengakui, prosesnya bukannya mudah. Walaupun ada yang tidak mengalami alahan, tapi cabaran-cabaran lain, sentiasa ada. Semua kesusahan itu ada pahala yang setimpal disisiNya. Hebat kan kaum ibu? Lalui semuanya tapi masih mampu tersenyum :)

Saya kenal Shaklee semasa menyusu anak ke 4. Lambat kan? Takpa, Better Late Than Never ! haha. Tak pernah sebelum ini mengandung dengan bantuan set Shaklee. Hujung-hujung masa berpantang tu baru la terjumpa set Shaklee di FB (Thanks to FB !) dan saya beli dan cuba. Apa saya rasa? Wow! hebat Shaklee ni. ok, kita cerita pasal mengandung dulu.

Selepas anak ke 4 saya berhenti menyusu, saya masih busy dengan bisnes Shaklee, kendalikan 4 anak-anak dan banyak urusan lain, saya kadang-kadang culas dengan rutin pengambilan vitamin. Cuba untuk konsisten, tapi kadang-kadang terlepas pandang. Gitulaaa mak ramai anak. ahaha. Tidur pun selalu tak cukup. Dari situ, tubuh saya stress dan penat. Ini adalah punca kepada keguguran yang saya alami semasa itu. 

Sejak itu saya ambil iktibar untuk pulihkan diri. Konsisten dengan suplemen, minum air yang cukup dan cuba tidur yang cukup. Apa suplemen yang saya ambil semasa berpantang keguguran? Saya ambil ESP, Vitamin C, B-Complex, Zinc Complex, Vitalea, Ostematrix. Tapi bezanya, saya ambil lebih sikit kuantitinya. Tak ambik la dos orang biasa. :D


Kemudiannya, Allah izinkan saya mengandung anak kelima. Konsisten dengan set mengandung Shaklee, kehamilan kali ini, alhamdulillah, baik. Pergi check up pun, Dr. takla tarik muka masam. ahaha. rekod baik. 



Saya dulu ada 2 masalah besar setiap kali mengandung. Pertama paras haemoglobin tak cantik dan tekanan darah yang sangat rendah. Paras Hb saya adakalanya merah. Tekanan darah pulak selalunya 60/40 atau paling tinggi pun 80/60. Pelik kan? Agak-agak macam ni, boleh pengsan hari-hari. Kalau pi klinik, nurse check tekanan darah, sampai check dengan Dr, dia akan periksa sekali lagi tekanan darah. Ingat nurse check silap, sebab rendah sangat. Rendah sangat macam ni, boleh pengsan agaknya kalau ikutkan. Tapi saya takla pengsan, mungkin dari dulu-dulu dah macam tu.


Suplemen Shaklee yang sama dari mengandung hinggalah berpantang. Mudah kan?


Tapi, kali ni, dengan izin Allah dan ikhtiar Shaklee, saya dapat kekalkan Tekanan Darah yang normal dan paras Haemoglobin yang cantik. Berbakul-bakul dipuji aihh. kehkehkeh. Satu lagi yang saya perasan, setiap kali pregnancy dulu, saya akan selsema dari awal sampai hujung. Tapi, tidak untuk kali ini. Alhamdulillah. 

Proses kelahiran juga dipermudahkan dengan luka yang minima. Beza, memang berbeza. Eh, lagi satu, takde stretchmark !!!  Mari kita tengok apa kata yang lain juga :)











Inilah antara pengalaman saya sendiri dan sharing pengguna-pengguna lain. Anda yang hamil, berpantang atau menyusu, boleh cuba Shaklee. InsyaAllah mengujakan dan tidak mengecewakan.

Hubungi saya dan kita berkongsi pengalaman. InsyaAllah

Thanks for reading !

Salam sayang,
019 228 2147 | farihah.abukasim@gmail.com





Back to Top