Assalamualaikum Wbt.
Allah
berfirman : “ Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kami daripada isteri dan zuriat
keturunan yang menyeejukkan mata dan jadikanlah kami ketua bagi orang bertaqwa.
(Surah Al-Furqan : 74)
Kita selalu mendengar atau membaca
ayat AlQuran ini kan? Ayat doa yang sangat power untuk kebuah kerukunan rumah
tangga. Disini saya ingin kongsikan 7P untuk kebahagiaan suami isteri yang saya
ambil dari Prof Muhaya. Nasihat ini sangat bagus untuk kita teladani dan
amalkan supaya keluarga kita adalah keluarga yang sejahtera dan anak-anak kita
menjadi anak yang baik.
1. Puji
Semua orang sukakan pujian. Menjadi
sangat indah kalau kita dapat memuji pasangan kita. Setiap pasangan haruslah
menghargai antara satu sama lain terutama jika pasangan membantu dalam urusan
rumahtangga.
2. Peluk.
Pelukan sebenarnya dapat member keselesaan
pada pasangan. Kalau isteri tengah marah atau ada masalah, suami ringankanlah
untuk memeluk buah hati anda itu. Tidak perlu katakana apa-apa, cukup dengan
body language yang baik sudah mampu membantu menenangkan kekusutan yang
dialami. Selain itu, pelukan juga adalah tanda penzahiran cinta pada pasangan
dan dapat menghasilkan kasih saying berterusan.
3. Penghargaan
Hargailah pasangan dengan ucapan
yang baik. Perkataan yang baik dapat menenagkan jiwa pasangan. Sekali sekala
belilah hadiah tanda menghargai penat lelah pasangan. Suami keluar dari pagi
sampai malam untuk mencari rezeki, isteri pula letih menguruskan rumah tangga
dan anak-anak. Setiap pasangan ada peranan. Maka, hargailah dengan pemberian istimewa
dan senyuman yang manis.
5. Persefahaman
Untuk wujudkan persefahaman,
pasangan kene bertoleransi dalam semua hal. Walau perkara kecil. Kalau kita
tidak mampu, hal yang kecil pun boleh jadi besar dan bergaduh suami isteri.
Elakkan bergaduh depan anak sebab ia memberi kesan yang buruk dalam perkembangan
mereka.
Menjaga batas pergaulan dengan orang
lain. Ini penting untuk mengelakkan cemburu dari pasangan. Sebab itu, Islam
ajar supaya isteri meminta izin suami dulu jika ada tetamu ingin bertandang
kerumah. Dan lagi perlu meminta izin suami jika perlu keluar rumah. Sifat
cemburu antara pasangan adalah bunga-bunga awal keretakan rumahtangga. Maka,
berwaspadalah.
7. Permohonan.
Mohonlah rahmat daripada Allah. DIa
yang berhak memberikan ketenangan pada keluarga kita. Rajinlah berdoa kerana ia
adalah bukti penghambaan yang sebenar.
Setakat ini dulu perkongsian hari
ini. Jumpa lagi.. Salam saying..
Thanks for reading!