Pernahkah anda alami situasi anak menangis sepanjang malam
dan tak mahu tidur? Atau anak anda masih aktif bermain walau jam menunjukkan
pukul 2 pagi? Saya yakin ini perkara biasa yang dialami oleh ibu bapa dalam
proses membesarkan anak-anak.
Mereka masih kecil
Kebiasaannya bayi tidur dalam 12 ke 18 jam sehari. Cuma,
cara tidur mereka tidak menentu. Dalam 2 bulan pertama kelahiran, mereka masih
belum dapat membezakan antara siang dan malam. Maka suami perlu membantu isteri
dalam tempoh isteri tengah berpantang dan pastikan isteri mendapat tidur yang
cukup bagi mengelak stress.
Mereka perlukan anda untuk tidur
Menyanyi atau berzikir untuk menidurkan anak setiap malam
akan menyebabkan sicomel anda tidak boleh tidur tanpa kehadiran anda, maka
mereka akan menangis untuk dapatkan anda. Perkara yang boleh dilakukan adalah
dengan meletakkan mereka dikatil apabila mereka mula mengantuk. Lama-kelamaan
mereka belajar untuk tidur sendiri walaupun terjaga ditengah malam dan
mendapati anda tiada disisi.
Anak terlalu letih
Kanak-kanak biasanya memerlukan 11 ke 14 jam sehari untuk
tidur dan berehat. Sediakan jadual tidur dan rehat anak anda supaya rutin ini
dapat mengelakkan mereka dari terlalu letih. Rutin tidur malam dan siang,
makan, bermain dan berjalan.
Rutin amalan sebelum tidur
Melakukan perkara yang sama setiap malam sebelum anak masuk
tidur akan memberi isyarat pada anak anda tentang waktu tidur mereka. Baca
cerita, menggosok gigi dan memadamkan lampu adalah rutin yang boleh diamalkan.
Seeloknya rutin ini bermula pada usia mereka 4 bulan.
Kadangkala anak anda akan cuba menangguhkan waktu tidur
mereka dengan ajak anda bersembang, lama ditandas , menonton tv, minta anda bercerita
lebih banyak kisah yang mereka suka atau ingin minum, apa yang perlu anda
lakukan adalah mengurangkan masa bercakap dan jelaskan pada mereka berkenaan
waktu tidur. Lama-kelamaan mereka akan faham waktu yang sebenar untuk tidur.
Tidak cukup tidur waktu siang
Biasanya, anak yang tidak mendapat tidur yang cukup pada
waktu siang akan mengalami masalah tidur pada waktu malam. Bayi memerlukan
tidur 2 atau 3 kali sehari berbanding kanak-kanak sebanyak sekali. Jika anak
anda masih mengantuk, biarkan mereka tidur siang lebih lama tapi tidak
menghampiri waktu asar ok.
Berdengkur
Terdapat kanak-kanak yang tidak mahu tidur kerana mereka
mempunyai masalah berdengkur. Seeloknya berjumpalah dengan pakar pediatric untuk
merawat anak anda. Menganggap berdengkur adalah normal adalah sdalah kerana
berdengkur terjadi mungkin disebabkan anak anda mempunyai masalah seperti
alahan cuaca atau masalah pernafasan
Putting susu dan teddy bear
Kadang-kadang terdapat ibu bapa yang memberikan barang
seperti selimut, bantal atau anak patung untuk memudahkan anak mereka tidur. Ia
bukan sesuatu yang elok kerana anak anda mungkin akan mengalami masalah tidur bila
barang istemewa itu tiada..
Anak-anak amanah kita, terpulanglah bagaimana ingin
mencoraknya..
Thanks for reading!
No comments :
Post a Comment