Assalamualaiku dan Salam Sejahtera
Demam merupakan masalah biasa yang dialami oleh kita,
samaada bayi atau individu yang telah dewasa. Terdapat banyak rawatan untuk
menghilangkan demam samaada pengambilan ubat-ubatan hospital atau rawatan
semula jadi yang boleh didapati disekeliling kita. Kebiasaannya pengambilan
ubat-ubatan dapat mempercepatkan proses penyembuhan tetapi keburukannya adalah
badan kita akan cepat demam semula. Berbeza dengan rawatan alami, ia
mengambil masa yang lama untuk sembuh tetapi mampu menguatkan sistem imun
sehingga kita susah kembali demam.
Disini saya senaraikan beberapa makanan yang boleh diambil
untuk melegakan demam.
Vitamin C
Semua tahu bahawa
vitamin c mampu melawan demam dengan baik. Kajian menunjukkan, pengambilan
vitamin C dapat memendekkan tempoh demam sehingga sehari. Terdapat kajian yang
dijalankan keatas peserta yang terdedah dengan cuaca sejuk dan dibekalkan vitamin C. Keputusan
menunjukkan vitamin C dapat mengurangkan 50% peluang mendapat demam.
Walaubagaimanapun, pengambilan vitamin C berlebihan akan menyebabkan
cirit-birit dan sakit perut. Maka yang terbaik adalah, makan mengikut sukatan
yang telah diberikan dan bersederhanalah.
Sup Ayam
Ini adalah makanan yang sangat senang untuk disediakan.
Malah ia memberi banyak kebaikan kepada badan kita. Ia mampu menghalang
dehidrasi semasa demam dan menguatkan tubuh badan.
Teh panas
Minum teh panas dapat memberi banyak manfaat seperti sup
ayam. Menyedut aroma teh mampu menghilangkan sesak nafas dan melegakan saluran
pernafasan. Kalau dapat teh hijau atau teh hitam juga sangat bagus kerana ia
merupakan antioksida yang boleh melawan penyakit seperti demam.
Bawang putih
Pengubatan menggunakan bawang putih telah lama diamalkan oleh
orang tua kita. Terdapat penyelidikan yang membuktikan dengan mengambil supplement
bawang putih setiap hari dapat mencegah demam. Ia mempunyai banyak menfaat dan
kelebihan disamping bau yang dapat mencegah banyak penyakit.
Air Garam
Bila demam, kebiasaannya kita akan mengalami sakit tekak
atau tiada suara. Cuba gunakan air garam dengan mencampurkan air bersama sesudu
the garam dan berkumur sebanyak 4 kali sehari. Ia dapat mengekalkan kelembapan
tekak
Tidur
Kehidupan hari ini sangat sibuk dengan pelbagai perkara. Tidur
dan berehatlah kerana badan kita akan menggunakan tenaga secara terus untuk
berlawan dengan penyakit. Kekalkan dalam suhu panas yang selesa dan berehatlah.
Ok, setakat ini dulu.. Jaga kesihatan diri kita. Kesihatan kita adalah tanggungjawab kita...
Thanks for reading!
No comments :
Post a Comment