Slider

Friday, August 28, 2015

ESP : All-time favourite !

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

ESP siapa tak kenal ye dak? Di kalangan pengguna Shaklee, ESP memang famous. Kalau bukan pengguna tegar pun, pengguna biasa-biasa saja pun kenal ESP. Ni memang best-seller Shaklee dan sentiasa mendapat permintaan tinggi.

Kenapa ESP Shaklee terbaik? Selain rasanya yang asli, lebih penting dari itu, ESP Shaklee memenuhi kriteria Soya yang selamat. Soya ada pelbagai jenis. Macam-macam jenis soya yang ada di pasaran. Ada dalam bentuk serbuk, kotak dan sebagainya. Adakah anda pernah mengambil berat soal soya ini? Adakah soya yang anda ambil selamat? Haa.. kenapa ESP penuhi ciri ini? Apakah ciri soya yang selamat? Baca di entry ni

Sebab itu, yang amalkan ESP, dapat kesan yang optimum dan dijamin selamat. ESP ni kalau minum gitu saja pun sedap. Saya suka. Tak manis, tak tawar, sedang-sedang saja, tapi, jika anda bosan asyik minum gituuu ja, boleh cuba resepi di bawah :

ESP + plain water (suam/sejuk)
ESP + Fresh Milk
ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP...boleh add on almond or fruits.bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)

ESP + susu tepung (any brand)
ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
ESP + Nesvita 3in1
ESP + jus twister tropicana
ESP + Yogurt drink



ESP + Ribena
ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
ESP + Milo/Horlicks
ESP + sirap bandung
ESP + fresh milk + oat+serbuk koko+madu (ni resipi Dr Muhaya)

Banyak kan? Cara saya, buat penuh 1 blender, pastu, masukkan dalam bekas, simpan dalam peti sejuk. Jadi minuman keluarga. Siapa nak, terus buka peti sejuk, ambik saja & minum. Tak perlu la everytime nak minum, kena blend kan?

ESP ni bukan untuk ibu menyusu saja. Untuk semuaa orang. Protein ni nutrien yang diperlukan oleh semua sama ada yang nak kekal sihat atau pulih dari sakit. Semua golongan :

1. Orang yang ingin kekal sihat..
2. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.
3. Kanak-kanak bersekolah
4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak


Banyak kan kegunaan dan kepentingan protein? Sebab tu pentingnya kita mengambil protein yang berkualiti. Bukan main ambik saja ya 

5. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
6. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik,
7. Ahli sukan dan bina badan
8. Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat …dan yang inginkan kulit yang cantik

Bukan rasa ja sedap, Kesan pun hebat !

Tenaga berpanjangan :)



Milk booster. Ni memang famous :)

ESP untuk semua :)

Lagi testimoni, klik di sini ya :)


Nak cuba? Hubungi saya ya :)

Thanks for reading!


Salam sayang,
Farihah Abu Kasim @ Surijunior
019 228 2147 | farihah.abukasim@gmail.com

Sunday, August 23, 2015

Dilema paras Hb rendah di kalangan ibu mengandung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ibu-ibu mengandung mesti familiar dengan istilah Hb, zat besi, anaemia kan? Semasa hamil, paras Hb sangat dititikberatkan. Kalau bawah 10g/dL, nanti nurse akan tulis dengan pen merah. Macam amaran gitu. Seram kan? ahaha

Selalu sangat dok sebut Hb. Hb tu apa?
Hb adalah singkatan kepada Haemoglobin. Hb adalah protein yang terkandung dalam sel darah merah. Setiap Hb mengandungi Iron yang bertugas untuk bergabung dengan oksigen atau karbon dioksida untuk mengangkut mereka. Oksigen diangkut dari peparu ke semua sel tubuh dan karbon dioksida diangkut dari semua sel tubuh ke peparu untuk disingkirkan.


Sel darah merah mengandungi Haemoglobin, Haemoglobin mengandungi Heme group iaitu Iron sebagai site perlekatan / untuk bergabung dengan oksigen


Jadi kekurangan Hb boleh membahayakan seseorang. Kerana, kurangnya Hb bermaksud, kuranglah keupayaan darah kita mengangkut oksigen. Oksigen diperlukan oleh semua sel tubuh untuk menjalankan proses kehidupan. Untuk ibu mengandung, kekurangan Hb memang dipandang serius kerana oksigen yang diangkut bukan sahaja untuk ibu, tetapi juga untuk bayi di dalam kandungan.

Apakah akibat kekurangan haemoglobin kepada ibu hamil?
# Mudah pitam
# Lesu
# Denyutan jantung tidak teratur
# Sesak nafas
# Kebas kaki dan tangan

Apakah akibat kekurangan haemoglobin kepada bayi dalam kandungan?
# Pertumbuhan janini terbantut
# Kelahiran pramatang
# Berat lahir rendah
# Anak lemas ketika dilahirkan
# Kematian bayi
# Risiko keguguran

Seram kan?  Kalau difikirkan, memang menakutkan. Apa yang lebih penting adalah tindakan kita sebagai ibu untuk memulihkan kesihatan dan memberikan yang terbaik untuk anak. Apakah makanan yang boleh membantu anda mengatasi masalah ini? 

Antara makanan yang boleh membantu adalah daging merah, brokoli, kekacang (jadikan snek), Hati (Walaubagaimanapun, organ dalaman seperti hati tidak elok diamalkan terlalu kerap), Bayam, Kerang (tapi tidak digalakkan ambil terlalu kerap, dikhuatiri mengandungi pencemaran dari lautan), telur, Oat ,Buah delima, Madu asli (Gantikan gula di dalam makanan dan minuman dengan madu asli), Kurma, Kismis. Makanan tinggi Vitamin C juga amat digalakkan, Kerana Vitamin C membantu penyerapan zat besi.

Ibu sepatutnya mengurangkan atau mengelakkan pengambilan kafein, kerana kafein boleh menjejaskan penyerapan kalsium dan zat besi oleh tubuh

Bagaimana Shaklee boleh membantu anda? Sepanjang hamil, saya amalkan set mengandung Shaklee, pengalaman Hb rendah dan Tekanan Darah rendah, juga pengalaman mengalami keguguran seperti yang saya ceritakan di sini , alhamduillah selesai dengan bantuan Shaklee.

Ini saya snap masa tengah belek-belek buku rekod. Hb 12.4 yang doktor tulis sebenarnya adalah pencapaian terbaik saya sepanjang 5 kali pregnancy

Anda yang ingin ikhtiarkan melalui kehamilan yang sihat, boleh mencuba, set ibu mengandung Shaklee seperti di bawah 


atau minimumnya Vitalea Iron Formula


Pengambilan set atau Vitalea sahaja atau dua atau tiga produk sahaja, bergantung kepada budget anda. Tapi, sebaiknya, set adalah yang terbaik. Kenapa? Kerana tiada satu vitamin atau makanan di dunia ni yang memiliki kuasa magic atau boleh memenuhi keperluan semua keadaan. Contohnya untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat, kita perlukan Iron sebagai tempat perlekatan oksigen, protein untuk membina struktur fizikal sel, vitamin C untuk melindungi sel daripada radikal bebas. Begitulah kiranya. Terpulang kepada kita, bagaimana atau banyak mana yang kita nak. Semua suplemen ini boleh diteruskan sehingga berpantang dan menyusu. Tak perlu stop. Senang :)


Yang lebih penting dari ini adalah KONSISTEN. Beli Suplemen satu almari pun kalau tak konsisten makan, tak guna juga yaa..

Hubungi saya atau pengedar Shaklee berdekatan anda seperti di sini :)

Thanks for reading!

Salam sayang,
019 228 2147 | farihah.abukasim@gmail.com

Kehamilan dengan Shaklee : Beza, Memang Berbeza :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ibu-ibu yang pernah mengandung mesti mengakui, prosesnya bukannya mudah. Walaupun ada yang tidak mengalami alahan, tapi cabaran-cabaran lain, sentiasa ada. Semua kesusahan itu ada pahala yang setimpal disisiNya. Hebat kan kaum ibu? Lalui semuanya tapi masih mampu tersenyum :)

Saya kenal Shaklee semasa menyusu anak ke 4. Lambat kan? Takpa, Better Late Than Never ! haha. Tak pernah sebelum ini mengandung dengan bantuan set Shaklee. Hujung-hujung masa berpantang tu baru la terjumpa set Shaklee di FB (Thanks to FB !) dan saya beli dan cuba. Apa saya rasa? Wow! hebat Shaklee ni. ok, kita cerita pasal mengandung dulu.

Selepas anak ke 4 saya berhenti menyusu, saya masih busy dengan bisnes Shaklee, kendalikan 4 anak-anak dan banyak urusan lain, saya kadang-kadang culas dengan rutin pengambilan vitamin. Cuba untuk konsisten, tapi kadang-kadang terlepas pandang. Gitulaaa mak ramai anak. ahaha. Tidur pun selalu tak cukup. Dari situ, tubuh saya stress dan penat. Ini adalah punca kepada keguguran yang saya alami semasa itu. 

Sejak itu saya ambil iktibar untuk pulihkan diri. Konsisten dengan suplemen, minum air yang cukup dan cuba tidur yang cukup. Apa suplemen yang saya ambil semasa berpantang keguguran? Saya ambil ESP, Vitamin C, B-Complex, Zinc Complex, Vitalea, Ostematrix. Tapi bezanya, saya ambil lebih sikit kuantitinya. Tak ambik la dos orang biasa. :D


Kemudiannya, Allah izinkan saya mengandung anak kelima. Konsisten dengan set mengandung Shaklee, kehamilan kali ini, alhamdulillah, baik. Pergi check up pun, Dr. takla tarik muka masam. ahaha. rekod baik. 



Saya dulu ada 2 masalah besar setiap kali mengandung. Pertama paras haemoglobin tak cantik dan tekanan darah yang sangat rendah. Paras Hb saya adakalanya merah. Tekanan darah pulak selalunya 60/40 atau paling tinggi pun 80/60. Pelik kan? Agak-agak macam ni, boleh pengsan hari-hari. Kalau pi klinik, nurse check tekanan darah, sampai check dengan Dr, dia akan periksa sekali lagi tekanan darah. Ingat nurse check silap, sebab rendah sangat. Rendah sangat macam ni, boleh pengsan agaknya kalau ikutkan. Tapi saya takla pengsan, mungkin dari dulu-dulu dah macam tu.


Suplemen Shaklee yang sama dari mengandung hinggalah berpantang. Mudah kan?


Tapi, kali ni, dengan izin Allah dan ikhtiar Shaklee, saya dapat kekalkan Tekanan Darah yang normal dan paras Haemoglobin yang cantik. Berbakul-bakul dipuji aihh. kehkehkeh. Satu lagi yang saya perasan, setiap kali pregnancy dulu, saya akan selsema dari awal sampai hujung. Tapi, tidak untuk kali ini. Alhamdulillah. 

Proses kelahiran juga dipermudahkan dengan luka yang minima. Beza, memang berbeza. Eh, lagi satu, takde stretchmark !!!  Mari kita tengok apa kata yang lain juga :)











Inilah antara pengalaman saya sendiri dan sharing pengguna-pengguna lain. Anda yang hamil, berpantang atau menyusu, boleh cuba Shaklee. InsyaAllah mengujakan dan tidak mengecewakan.

Hubungi saya dan kita berkongsi pengalaman. InsyaAllah

Thanks for reading !

Salam sayang,
019 228 2147 | farihah.abukasim@gmail.com





Saturday, August 22, 2015

Awal bersusah payah, kini masa untuk menuai :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Program YES Shaklee yang saya tulis di sini adalah program CSR realiti. Ini bukan rekaan. Beberapa bulan setelah dilancarkan, kini, ramai Ahli YES Shaklee yang sudah menikmati ganjaran berganda hasil dari program ini.



Ini beberapa orang yang saya sempat save gambar mereka, dari empayar Surijunior kami :)

Encik Abdullah Azam yang bermentorkan Dr. Muhammad Al-Athiq & Dr. Maryam Al-Batul

Encik Must Zul dan Puan Siti Hajar yang bermentorkan Master Ummu Durrah

Puan Suci Nailofar Nurul yang juga bermentorkan Master Ummu Durrah

Saya mendoakan lebih ramai lagi yang berjaya dalam program YES ini. Program yang menawarkan income berganda dari bonus yang sepatutnya. Ini adalah inisiatif Shaklee untuk membantu rakyat Malaysia menghadapi kos dan taraf hidup yang semakin meningkat.

Program ini sama saja macam kami semua. Masuk ahli dan menjual produk Shaklee. Kita bukan skim piramid yang asyik pujuk orang masuk ahli dengan modal puluh ribu, Tak ya, jangan salah faham. Program ini anda boleh sertai dengan TANPA MODAL. Tanpa modal, macamana nak beli barang? Macamana nak menjual takdak barang? Anda boleh memulakan perniagaan dengan sistem dropship. Customer order barang, bayar pada anda, anda guna duit customer, bayar pada Shaklee dan Shaklee poskan terus barang kepada customer. Mudah kan?

Inilah yang disarankan oleh pakar-pakar perniagaan jika anda ingin memulakan bisnes. Mulakan bisnes yang memerlukan modal minima. Dengan Shaklee, minima tu sehingga anda boleh mulakannya TANPA MODAL.



Silakan hubungi nama-nama di gambar di atas jika anda ingin menyertai YES Shaklee. Klik di sini > Dr. Muhammad Al-Athiq Dr. Maryam Al-BatulEncik Must Zul dan Puan Siti Hajar,Master Ummu Durrah dan Puan Suci Nailofar Nurul

Mereka telah buktikan ianya berhasil. Jadi, mereka pasti tak keberatan membimbing anda. 

Thanks for reading !

Salam sayang,
019 228 2147 | farihah.abukasim@gmail.com

Friday, August 21, 2015

Mencegah atau merawat?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bertahun-tahun konsisten dengan suplemen Shaklee, kami sekeluarga jarang sangat berkunjung ke klinik. Setahun sekali kot. Demam, selsema sakit-sakit biasa kanak-kanak boleh dikatakan tak langsung untuk tahun ini. Ini semua bukan kuasa saya atau kuasa Shaklee. Ini atas izin Allah yang memberi kesihatan, alhamdulillah. Tapi, usaha dan ikhtiarnya mesti dari kita. Betul?

Kalau ibu setiap minggu sakit pinggang, tapi tak ikhtiar untuk bekalkan kalsium yang cukup untuk badan, bagaimana Allah nak bagi kesihatan yang baik, betul?
Kalau anak selalu sangat digegaskan ke klinik akibat asthma untuk nebulizer, tapi tak ikhtiarkan cari penawar, bagaimana Allah nak bagi kesihatan yang baik, betul?
Kalau ayah dah sampai diberi amaran kolesterol tinggi dalam tubuh, tapi tak ikhtiarkan cari asbab untuk turunkan kolesterol, bagaimana Allah nak bagi kesihatan yang baik, betul?

Ada kawan-kawan saya yang anti-suplemen. Saya dulu, sebelum cuba Shaklee pun, takla pro suplemen sangat. Selepas merasa kesannya, barulah saya tahu dan sedar, kepentingan pengambilan suplemen dan kepentingan memilih suplemen yang betul.

Harga ubat mungkin naik. Iya lah, dengan peningkatan kos dan macam-macam lagi, harga semua barang terpaksa dinaikkan termasuklah harga ubat-ubatan. Nak tak nak kita terpaksa ambik ubat jika sakit, kan? Tapi, kita sebenarnya ada pilihan untuk mencegah daripada merawat.

Konsisten dengan suplemen yang baik seperti Shaklee, boleh mengurangkan risiko jatuh sakit, dengan izin Allah. Untuk anda yang mempunyai bajet yang rendah, jadikan rutin, mengambil 2 biji multivitamin setiap hari. Tau berapa harganya? Sebiji multivitamin ini harganya tak sampai pun 80sen. Harga pasaran, harga ahli, jauh lebih murah.


Walaupun murah, ni bukan Vitamin Cikai naa.. Ini adalah multivitamin tertua di dunia. Dah 100 tahun unggul di pasaran. InsyaAllah dapat membantu kesihatan yang baik. Jika tak mampu nak beli set-set suplemen, konsisten dengan Vitalea mltivitamin, mudah-mudahan, kita boleh mencegah daripada merawat. 

Untuk kanak-kanak? Ada, Vitalea for Children. Sedap dikunyah. masam-masam manis gitu :)


Kadang-kadang kita terlalu berkira untuk mengekalkan tubuh yang sihat, sehingga kita lupa, kos merawat tubuh yang sakit itu jauh lebih mahal :)

Thanks for reading!



Dapatkan Shaklee anda hari ini? Hubungi saya :)

Salam sayang,
Farihah Abu Kasim / Surijunior
Email : farihah.abukasim@gmail.com
WhatsApp / Telegram / sms : 019 228 2147

Monday, August 17, 2015

10 ‘JANGAN’ UNTUK PENYUSUAN IBU YANG BERJAYA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !

Tips ini saya ambil dari sini, ihsan dari Puan Zatika Izati Puade 

10 "JANGAN" untuk penyusuan susu ibu yang berjaya :



1. JANGAN bertangguh untuk mendapatkan bantuan atau sokongan sekiranya anda bermasalah dalam memulakan penyusuan, contohnya, latching, inverted nipple, susu tak keluar, clogged ducts dan sebagainya.



2. JANGAN ambil hati dan terlalu hiraukan pendapat orang yang boleh membunuh semangat anda untuk menyusukan bayi, yang mana mereka ini mungkin orang yang rapat dengan anda. JANGAN lupa untuk menolak dengan cara yang baik,

3. JANGAN malas untuk mendapatkan ilmu tentang penyusuan ibu ~ anda boleh bertanya dengan teman-teman yang sama-sama menyusukan bayi, tak kira teman online atau in real life. Hendak seribu daya

4. JANGAN kedekut untuk membeli pam yang benar2 berkualiti, agar dapat memaksimumkan pengeluaran susu ketika mengepam. Rasanya kalau dibandingkan dengan harga susu formula sekarang ini, saya rasa dalam dua tiga bulan dah boleh balik modal. Lagipun, khasiat susu ibu langsung tak boleh diukur dengan wang ringgit!



5. JANGAN lupa untuk menjaga pemakanan, agar anak kita akan sama-sama dapat manfaat dan khasiat daripada apa yang kita makan. Walaubagaimana pun, pada awal-awal kelahiran, cuba jauhkan daripada makanan/ minuman yang boleh memberi kesan kepada kualiti dan kuantiti susu, contohnya ais, kafein, sayur-sayuran yang ber’angin’ seperti brokoli. 



6. JANGAN abaikan postur badan ketika menyusu untuk mengelakkan sakit belakang. Gunakan bantal untuk menyokong lengan dan bayi anda supaya kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan yang selesa.


7. JANGAN sia-siakan peluang untuk merapatkan lagi hubungan anda dengan bayi semasa menyusu ~ belailah rambutnya, usik hidungnya, berbuallah agar hubungan ibu dan anak menjadi lebih mesra, Insya Allah sehingga dewasa kelak.

8. JANGAN cepat putus asa jika tidak dapat menyusukan bayi dengan sempurna pada peringkat awal ~ dapatkan nasihat dan bantuan daripada kaunselor laktasi (di hospital mesra bayi atau klinik yang ada pusat penyusuan ) atau support group di internet dan media sosial.



9. JANGAN sesekali berkata yang susu anda tak cukup untuk bayi ~ insya Allah, dengan cara yang betul, bayi anda akan mendapat susu yang cukup, dengan syarat – jangan berhenti menyusukan bayi dan jangan lupa mengepam apabila anda berjauhan daripada bayi.

10. JANGAN terlalu taksub untuk menurunkan berat badan lepas bersalin sehingga memberi kesan kepada pengeluran susu. Ibu-ibu yang menyusukan bayi membakar 200-500 kalori sehari. Insya Allah, berat badan kita akan berkurangan dengan sendiri tanpa perlu berdiet. Lagipun, kita mengambil masa 9 bulan untuk sampai kepada berat post-baby, jadi, tidak logik rasanya jika mahu terus slim dalam masa dua tiga bulan, bukan?

Thanks for reading !

Salam sayang,

Email : farihah.abukasim@gmail.com
WhatsApp / Telegram / sms : 019 228 2147

Sunday, August 16, 2015

Tips membawa EBM (Perahan Susu Ibu) untuk perjalanan jauh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Salah satu cabaran ibu menyusu adalah nak travel dengan EBM. Nak bawak balik kampung, atau bawa balik ke rumah setelah habis berpantang di kampung. Saya kongsikan tips ringkas di sini, semoga bermanfaat untuk semua


1. Sediakan tong ais polisterine, saiz mengikut jumlah susu

2. Sediakan kiub ais agak-agak cukup untuk cover semua EBM

3. Letak ais dlm tong selapis, kemudian susun EBM

4. Letak lagi ais untuk di lapisan atas

5. Tabur garam untuk mengelakkan ais cepat mencair

Gambar ni saya dapat lama dah dari kawan FB. Tak ingat siapa. Semoga Allah panjangkan pahala beliau, asbab berkongsi :)

Tips lain :
> Pack EBM anda setelah selesai pack barang-barang lain
> Mulakan perjalanan di awal pagi / malam
> Terus pindahkan susu ke dalam freezer setelah sampai ke destinasi
> Lapik atau bungkus cooler dengan tuala
> Tempatkan cooler atau box polisterine ni di bahagian dalam /seat kereta, bukan dalam bonet kereta

Thanks for reading!

Salam sayang,

Email : farihah.abukasim@gmail.com
WhatsApp / Telegram / sms : 019 228 2147


Tuesday, August 11, 2015

Perlukah bayi lelaki saya dikhatankan?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hukum berkhatan untuk lelaki adalah wajib. Menjaga kebersihan dan dalam masa yang sama, ia mengelakkan daripada jangkitan penyakit. Lazimnya, di negara kita, kanak-kanak lelaki dikhatankan dalam usia 9 hingga 12 tahun. Menurut Imam Ibnu Qayyim, Rasulullah dikhatankan oleh Abdul Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda.


Berkhatan dahulunya dijadikan upacara yang bermakna sebagai indikator anak lelaki tersebut bakal beralih dari alam kanak-kanaknya ke alam remaja. Kemeriahan majlis ini dengan usungan kanak-kanak diiringi bunga manggar menjadi satu tradisi yang diingati. Saya ingat dulu, Kartunis Lat juga ada buat siri kartun pasal khatan ni :)



:)

Perarakan beramai-ramai untuk Majlis Berkhatan.
Gambar ihsan google


Namun, zaman berubah, ibu bapa sekarang, tidak (atau jarang sangat) mengamalkannya lagi. Sekarang, bawak pi klinik, doktor sunatkan, ok siap. Semudah itu dan ringkas caranya. Itu kanak-kanak, bagaimana dengan bayi?


Apakah kebaikan berkhatan?

# Memastikan kebersihan kemaluan yang menghindari dari penyakit
# Mengelakkan Smegma
Kulit yang berlebihan pada hujung zakar mempunyai iklim yang amat sesuai untuk pertumbuhan kuman kerana ia sering cedera, lembap dan bersifat menakung. Ia menakung kotoran saki baki air kencing dan menghasilkan longgokan putih dan berbau busuk yang dikenali sebagai 'smegma'. Smegma ialah najis yang membatalkan air wuduk dan sembahyang. Smegma juga menjadi faktor penyebab jangkitan kuman pada zakar.  Dalam keadaan yang serius, ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan kesukaran membuang air kecil

# Mengurangkan risiko penyakit kanser terutama kanser zakar, prostat, serta kanser serviks (pangkal rahim) dan payudara kepada wanita. Telah dibuktikan bahawa kuman yang dinamakan Human Papilloma Virus (HPV) adalah antara faktor pencetus kanser serviks di kalangan wanita. Kuman ini didapati berlindung di bawah kulit hujung zakar dan dipindahkan kepada wanita semasa persetubuhan. Terdapat kajian menunjukkan jika semua lelaki berkhatan, maka sebanyak 20 peratus kadar kejadian kanser serviks boleh dielakkan. Virus sama juga boleh mencetuskan kanser payudara.

# Merendahkan risiko jangkitan HIV, dan merendahkan risiko jangkitan HIV dipindahkan kepada isteri oleh suami yang berkhatan



Apakah kebaikan berkhatan sejak bayi?


# Bayi masih menyusu badan dan tidak perlu dirisaukan untuk berpantang makanan

# Pergerakan bayi yang minimum, memudahkan proses penyembuhan

# Mengelakkan trauma berkhatan, jika dilakukan ketika dah besar

# Kajian telah membuktikan bahawa bayi yang berkhatan mempunyai 10 kali lebih rendah kadar risiko jangkitan kuman salur kencing berbanding mereka yang tidak berkhatan. Jangkitan kuman salur kencing pada kanak-kanak kecil adalah serius kerana tanpa rawatan ia akan merosakkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan kuman tersebar ke seluruh tisu badan



Pengalaman peribadi saya sendiri. Khatankan anak awal ni memudahkan kita membersihkan kemaluannya. Bersih. Seusia 4 tahun, kalau nak ikut ayah pi surau pon senang dan mudah atas faktor kebersihan tadi. Ibu-ibu yang risaukan proses penyembuhan, tak perlu ya. Bayi sangat cepat proses penyembuhannya, sel-sel masih sangat aktif dan proses penyembuhan luka sangat cepat.

Anak-anak lelaki saya sembuh sepenuhnya dari luka dalam tempoh 5-7 hari macam tu. Sedikit tips jika anda ingin khatankan anak pada usia bayi :

# Ada doktor sarankan seawal minggu ke-2, sebab masa ni, baby masih tak berapa kuat melawan.
# Lakukan khatan sebelum bayi anda meniarap. Lebih mudah dijaga
# Selepas selesai khatan, bayi anda mungkin menangis masa mula-mula kencing, jangan panik, breastfeed dan tenangkan dia
# Pakaikan diaper macam biasa, cuma selalu tengok & tukarkan. 
# Breastfeed sekerap mungkin
# Elakkan menyapu minyak angin ka minyak gamat ka kat tempat luka ya. Biarkan tempat luka pulih sendiri
# Ibu boleh lebihkan pengambilan makanan bersumberkan zink, untuk penyembuhan luka yang cepat atau ambil suplemen.

Makanan sumber zink

Zinc Complex Shaklee yang berharga hanya kurang dari RM40 untuk 120 biji :)



Anda boleh hubungi Pusat Rawatan / Hospital / klinik untuk bertanya adakah menawarkan servis berkhatan bayi lelaki. Di Lembah Klang, banyak tempat yang buat. Saya khatankan anak-anak saya di Hospital Pakar Al-Islam (03 2693 1007). Sangat mesra & mudah prosedurnya. 7 tahun & 4 tahun lepas, harganya sekitar RM150 macam tu. Dulu la. sekarang mungkin beza sikit. Tapi, berbaloi :)

Di Kedah, Ada beberapa tempat yang saya tahu buat servis ni. Kedah Medical Centre (04-730 8878) , Putra Medical Centre (04-734 2888) dan Poliklinik Ihsan. Alor Setar (04-771 1622). Mungkin bermanfaat bagi anda yang sedang timbang-timbangkan.

Apa-apa pun, terpulang kepada ibu dan ayah untuk decide. Berkhatan awal atau lewat adalah pilihan. Kedua-duanya boleh :)


Thanks for reading !

Salam sayang,

Email : farihah.abukasim@gmail.com
WhatsApp / Telegram / sms : 019 228 2147

sumber : dr.zubaidi.com , utusan

Sunday, August 9, 2015

Menyimpan susu ibu dengan kemas dan jimat ruang : Langkah demi langkah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Perahan susu ibu dapat disimpan dengan menggunakan botol susu atau plastik. Yang penting adalah ianya disusun dengan rapi dan sistematik untuk memudahkan kita mengambilnya semula untuk digunakan. 

Nota bergambar ini saya ambil dari rakan FB Puan Ann Ilani. Semoga ianya dapat membantu anda menyimpan susu ibu bekuan dengan lebih baik terutamanya dalam menjimatkan ruang peti sejuk anda :)

Step 1: Sediakan plastik susu. apa2 brand pun boleh. ada bubbles, pureen, autumnn, honeysuckle macam2 ada....biasanya, ada dua saiz, 8 oz dan 12 oz. pilih yang mana yg berkenan di hati.



Step 2: Sediakan susu yang dah disejukkan dari chiller. Biasanya, kiter akan simpan separuh susu daripada jumlah oz plastik yang kiter pilih. 

Contohnya macam ni, kalau
8oz plastik: simpan 4-5 oz susu  ; 12 oz plastik: simpan 6-7 oz susu

macam saya, saya suka guna 8oz plastik untuk simpan 4oz susu. sebabnya, saya estimate anak saya sekali minum (1 sesi) = 4 oz. jadi bila dicairkan, keluarkan 1 plastik terus. susu yang telah dicairkan MESTI dihabiskan dalam masa 1 jam yer.




Step 3: Cabut plastik atas tu. plastik susu ni biasanya telah disterilkan.

Step 4: ngangakan mulut plastik. Aaaaaaa~~~


Step 5: tuangkan setiap titisan emas anda ke dalam plastik.. 


Step 6: tekan seal kat atas tu. biasanya akan ader 2 lapis seal. maybe langkah keselamatan. TINGGALKAN hujung tu, jangan seal semua sebab kiter nak buang angin berlebihan dalam plastik tu.



Step 7: keronyok plastik untuk buang angin dalam plastik tu.



Step 8: bila semua angin dah keluar, baru kiter tekan seal tu sampai hujung. kuat2 tau. taknak ader susu terkeluar sebab seal tak rapat, rugi2...titisan emas ni. hihi


Step 9: baringkan bekas plastik tadi dan ratakan dengan jari bahagian bawah plastik tu. bagi sama atas dan bawah.



Step 10: Tuliskan maklumat untuk kegunaan baby sitter nanti.

Nama anak:
Tarikh:
Jumlah oz:
Masa:

Penting tau info-info ni supaya susu tidak bercampur dengan anak-anak lain dan kita tahu susu mana yang perlu digunakan dulu.




Step 11 : Tadaaaaaa...dah siap...boleh simpan dalam freezer dalam keadaan baring macam ni. nanti dah beku, baru susun santek2 macam gambar di bawah bi  


selamat menyimpan stok!!!

:)

Penyumbang nota ini adalah Puan Ann Ilani, seorang ibu yang tegar mengamalkan penyusuan susu ibu dan telah berjaya menyusukan anak-anaknya. Beliau juga merupakan Pengedar Shaklee. Rajin menghadiri kelas-kelas penyusuan susu ibu dan menjayakan penyusuan susu ibu tanpa berbelah bagi :)

Salah satu kelas yang beliau sertai. Puan Ann Ilani di barisan hadapan, memegang baby :)


Anda yang memiliki masalah atau ingin mendapatkan konsultasi, silakan berhubung dengan beliau atau suami :

Tel : 019 939 9659 / 019 621 9659
Page : DUNIA vitamin








Back to Top