Slider

Tuesday, August 11, 2015

Perlukah bayi lelaki saya dikhatankan?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hukum berkhatan untuk lelaki adalah wajib. Menjaga kebersihan dan dalam masa yang sama, ia mengelakkan daripada jangkitan penyakit. Lazimnya, di negara kita, kanak-kanak lelaki dikhatankan dalam usia 9 hingga 12 tahun. Menurut Imam Ibnu Qayyim, Rasulullah dikhatankan oleh Abdul Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda.


Berkhatan dahulunya dijadikan upacara yang bermakna sebagai indikator anak lelaki tersebut bakal beralih dari alam kanak-kanaknya ke alam remaja. Kemeriahan majlis ini dengan usungan kanak-kanak diiringi bunga manggar menjadi satu tradisi yang diingati. Saya ingat dulu, Kartunis Lat juga ada buat siri kartun pasal khatan ni :)



:)

Perarakan beramai-ramai untuk Majlis Berkhatan.
Gambar ihsan google


Namun, zaman berubah, ibu bapa sekarang, tidak (atau jarang sangat) mengamalkannya lagi. Sekarang, bawak pi klinik, doktor sunatkan, ok siap. Semudah itu dan ringkas caranya. Itu kanak-kanak, bagaimana dengan bayi?


Apakah kebaikan berkhatan?

# Memastikan kebersihan kemaluan yang menghindari dari penyakit
# Mengelakkan Smegma
Kulit yang berlebihan pada hujung zakar mempunyai iklim yang amat sesuai untuk pertumbuhan kuman kerana ia sering cedera, lembap dan bersifat menakung. Ia menakung kotoran saki baki air kencing dan menghasilkan longgokan putih dan berbau busuk yang dikenali sebagai 'smegma'. Smegma ialah najis yang membatalkan air wuduk dan sembahyang. Smegma juga menjadi faktor penyebab jangkitan kuman pada zakar.  Dalam keadaan yang serius, ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan kesukaran membuang air kecil

# Mengurangkan risiko penyakit kanser terutama kanser zakar, prostat, serta kanser serviks (pangkal rahim) dan payudara kepada wanita. Telah dibuktikan bahawa kuman yang dinamakan Human Papilloma Virus (HPV) adalah antara faktor pencetus kanser serviks di kalangan wanita. Kuman ini didapati berlindung di bawah kulit hujung zakar dan dipindahkan kepada wanita semasa persetubuhan. Terdapat kajian menunjukkan jika semua lelaki berkhatan, maka sebanyak 20 peratus kadar kejadian kanser serviks boleh dielakkan. Virus sama juga boleh mencetuskan kanser payudara.

# Merendahkan risiko jangkitan HIV, dan merendahkan risiko jangkitan HIV dipindahkan kepada isteri oleh suami yang berkhatan



Apakah kebaikan berkhatan sejak bayi?


# Bayi masih menyusu badan dan tidak perlu dirisaukan untuk berpantang makanan

# Pergerakan bayi yang minimum, memudahkan proses penyembuhan

# Mengelakkan trauma berkhatan, jika dilakukan ketika dah besar

# Kajian telah membuktikan bahawa bayi yang berkhatan mempunyai 10 kali lebih rendah kadar risiko jangkitan kuman salur kencing berbanding mereka yang tidak berkhatan. Jangkitan kuman salur kencing pada kanak-kanak kecil adalah serius kerana tanpa rawatan ia akan merosakkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan kuman tersebar ke seluruh tisu badan



Pengalaman peribadi saya sendiri. Khatankan anak awal ni memudahkan kita membersihkan kemaluannya. Bersih. Seusia 4 tahun, kalau nak ikut ayah pi surau pon senang dan mudah atas faktor kebersihan tadi. Ibu-ibu yang risaukan proses penyembuhan, tak perlu ya. Bayi sangat cepat proses penyembuhannya, sel-sel masih sangat aktif dan proses penyembuhan luka sangat cepat.

Anak-anak lelaki saya sembuh sepenuhnya dari luka dalam tempoh 5-7 hari macam tu. Sedikit tips jika anda ingin khatankan anak pada usia bayi :

# Ada doktor sarankan seawal minggu ke-2, sebab masa ni, baby masih tak berapa kuat melawan.
# Lakukan khatan sebelum bayi anda meniarap. Lebih mudah dijaga
# Selepas selesai khatan, bayi anda mungkin menangis masa mula-mula kencing, jangan panik, breastfeed dan tenangkan dia
# Pakaikan diaper macam biasa, cuma selalu tengok & tukarkan. 
# Breastfeed sekerap mungkin
# Elakkan menyapu minyak angin ka minyak gamat ka kat tempat luka ya. Biarkan tempat luka pulih sendiri
# Ibu boleh lebihkan pengambilan makanan bersumberkan zink, untuk penyembuhan luka yang cepat atau ambil suplemen.

Makanan sumber zink

Zinc Complex Shaklee yang berharga hanya kurang dari RM40 untuk 120 biji :)



Anda boleh hubungi Pusat Rawatan / Hospital / klinik untuk bertanya adakah menawarkan servis berkhatan bayi lelaki. Di Lembah Klang, banyak tempat yang buat. Saya khatankan anak-anak saya di Hospital Pakar Al-Islam (03 2693 1007). Sangat mesra & mudah prosedurnya. 7 tahun & 4 tahun lepas, harganya sekitar RM150 macam tu. Dulu la. sekarang mungkin beza sikit. Tapi, berbaloi :)

Di Kedah, Ada beberapa tempat yang saya tahu buat servis ni. Kedah Medical Centre (04-730 8878) , Putra Medical Centre (04-734 2888) dan Poliklinik Ihsan. Alor Setar (04-771 1622). Mungkin bermanfaat bagi anda yang sedang timbang-timbangkan.

Apa-apa pun, terpulang kepada ibu dan ayah untuk decide. Berkhatan awal atau lewat adalah pilihan. Kedua-duanya boleh :)


Thanks for reading !

Salam sayang,

Email : farihah.abukasim@gmail.com
WhatsApp / Telegram / sms : 019 228 2147

sumber : dr.zubaidi.com , utusan

No comments :

Back to Top