Slider

Wednesday, December 13, 2017

PRODUK SUSU TIRUAN, IBU AYAH PERLU AMBIL PERHATIAN!

Baru-baru nie kita digemparkan dengan berita KPDNKK merampas berkotak-kotak susu formula tiruan jenama terkenal. 
gambar sumber HarianMetro

Disebabkan ada aduan dari kes terpencil yang berlaku pda seorang bayi yang mengalami muntah-muntah selepas minum susu tersubut. Siasatan dibuat dan KPDNKK berjaya membuat rampasan tersebut.

MEAD Johnson Nutrition (MJN) masih melakukan pemeriksaan dan siasatan lanjut untuk mengesan susu rumusan bayi Enfalac A+ Langkah 1, pek 1.8 kilogram yang mempunyai tiga pek foil dalam setiap kotak yang disyaki tiruan di pasaran runcit sekitar Johor Bahru.

MJN dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di Facebook berkata, tindakan itu diambil dengan kerjasama pihak berkuasa bagi memastikan produk tiruan dapat dihapuskan sepenuhnya dari pasaran.

"Dalam pemeriksaan di pasaran setakat ini mendapati hanya 210 pek tiruan, tetapi siasatan lanjut masih diteruskan untuk menghapuskan produk tiruan ini sepenuhnya.

"Pihak berkuasa juga mengesahkan mereka akan melakukan siasatan secara aktif dalam operasi penghapusan susu tiruan dan memastikan pihak berkaitan akan didakwa dan dihukum sekeras-kerasnya oleh pihak berwajib," katanya.

MJN berkata, pemeriksaan di pasaran yang dilakukan bersama pihak berkuasa minggu lalu berdasarkan maklumat daripada pihak syarikat sendiri.

Katanya, hasil pemeriksaan sudah mengenalpasti sebilangan kecil produk yang disyaki tiruan dijual di beberapa kedai runcit dalam kawasan geografi yang terhad di Skudai, Johor Bahru.

Menurutnya, produk berkenaan hanya dijual dalam sebilangan kecil kedai di Iskandar Puteri, Taman Mutiara Rini, Taman Orkid dan Taman Nusa Bestari.

"Pemeriksaan yang lebih menyeluruh dalam pasaran mengesahkan produk tiruan itu hanyalah dalam format pembungkusan 1.8 kg dan hanya dikesan dalam kawasan geografi yang terhad ini.

"Siasatan dan pemeriksaan baru-baru ini juga menunjukkan insiden produk tiruan ini sangat rendah, tetapi kami ingin memastikan pengguna yakin dengan pek produk yang dibeli," katanya.

Katanya, cara mudah untuk mengenal pasti produk tiruan ini adalah memeriksa pek foil individu.

"Bungkusan Enfalac A+ Langkah 1 yang tulen kelihatan mempunyai lebih udara dalam pek, manakala pek foil tiruan pula mempunyai udara yang kurang dan serbuknya lebih mampat.

"Bungkusan tiruan mempunyai lipatan tajam yang ketara di kedua-dua belah bahagian sisinya, sementara lipatan tidak ada pada pek foil tulen," katanya.
gambar sumber HarianMetro
Menurutnya, sekiranya pengguna menemui pek Enfalac A+ Langkah 1, 1.8 kg dengan lipatan tajam pada sisi bungkusan foil produk yang dibeli, pengguna boleh menghubungi talian pelanggan careline Mead Johnson di talian 1-800-88-3585 (Isnin hingga Ahad mulai 9 pagi hingga 9 malam) untuk mendapat sokongan dan menerima produk gantian.

Ahad lalu, portal Harian Metro melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor merampas 210 kotak susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dalam serbuan ke lima premis kedai ubatan dan serbaneka di sekitar Johor Bahru, Khamis minggu lalu.

Dalam Operasi Produk Tiruan yang dijalankan kira-kira 12 tengah hari di premis di Iskandar Puteri, Mutiara Rini, Taman Orkid, Nusa Bestari dan Taman Daya itu, tiga daripada lima premis itu didapati menjual susu rumusan bayi (langkah satu) pada harga sama dengan yang asli.


sumber :harianmetro
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, December 9, 2017

6 SEBAB INI BUAT ANAK ANDA SELALU SAKIT DAN DEMAM

Menurut DoktorBudak.com, sistem pertahanan badan bagi bayi dan kanak-kanak adalah masih belum matang dan ia akan berkembang selari dengan tumbesaran mereka. Jadi, sekiranya kanak-kanak kecil mengalami jangkitan demam selsema, sungguhpun mencapai sehingga 5-6 kali setahun, ia masih dianggap normal.


Walaubagaimanapun, jika anak selalu sakit dengan terlampau kerap, ibu bapa tentu risau. Di mana agaknya silap kita dalam menjaganya? Adakah anak selalu sakit disebabkan cara penjagaan yang salah atau masalah pada persekitaran yang tidak sihat?

1. TERDEDAH PADA VIRUS DI PUSAT JAGAAN
Menurut pakar, pusat penjagaan kanak-kanak boleh diibaratkan sebagai lubuk virus dan bakteria yang boleh menyumbang kepada penyakit seperti selsema dan penyakit tangan, kaki dan mulut. Anak-anak kecil yang bergaul bersama lebih mudah dijangkiti kuman. Mereka juga masih kecil dan sering lupa untuk menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk. Oleh itu, kuman lebih mudah tersebar.
Ingatkan pada anak anda untuk basuh tangan selepas pulang dari taska dan segera tukar baju. Pastikan taska tersebut mengamalkan kebersihan pada cara penyediaan makanannya, persekitarannya dan pada anak muridnya.
2. SELALU MAKAN MAKANAN RINGAN
Makanan ringan bukan sahaja tidak berkhasiat, malah menjadikan anak lebih cenderung dijangkiti penyakit. Kuatkan sistem imuniti anak anda dengan memberikannya makanan kaya ‘phytonutrien’.Menurut pakar pemakanan, makanan kaya phytonutrient mudah dikenali kerana warnanya yang terang. Buah-buahan dan sayuran yang kaya phytonutrien ialah seperti beri biru, keledek, tomato dan bayam.
Lebihkan juga pengambilan makanan kaya Vitamin C seperti buah oren, vitamin D seperti tuna dan bijirin serta probiotik yang terdapat dalam yogurt untuk sistem imuniti yang lebih kuat.

3. ANAK TAK CUKUP TIDUR
Jangan biasakan anak tidur lewat dengan gajet di tangan atau menonton televisyen sehingga lewat malam. Ajarkan juga dia supaya lakukan kerja sekolah lebih awal supaya tidak perlu bersengkang mata untuk siapkannya.
Kanak-kanak yang tidak cukup tidur membuatkan aktiviti sel darah putih yang melawan penyakit hilang kesannya. Untuk anak di bawah umur 13 tahun, pastikan mereka mendapat tidur 10 jam sehari. Corak tidur yang konsisten dapat menguatkan sistem imuniti dalam badan mereka.
4. ANAK KURANG BERGERAK AKTIF
Tidak kiralah kanak-kanak atau dewasa, bersukan adalah cara terbaik untuk kekal sihat bertenaga. Asyik terperap saja di rumah menonton kartun.
Ajak anak anda ke taman permainan atau keluar bersiar-siar.menurut kajian, bila anak lebih aktif bermain, sistem imunitinya menjadi lebih aktif bagi melawan jangkitan virus.

5. BERKONGSI BARANG
Anak-anak kecil suka menerokai dunia sekeliling dengan menyentuh objek dan berinteraksi dengan orang lain. Mereka juga suka berhubung dengan kanak-kanak lain dengan berkongsi mainan dan makanan.
Biasakan anak untuk selalu membasuh tangan selepas bermain. Bekalkan mereka dengan ‘hand sanitizer’ jika perlu. Ingatkan mereka untuk tidak menyentuh muka sendiri jika tangan tidak bersih kerana virus lebih mudah masuk melalui mata, hidung dan mulut. Latih mereka untuk tidak berkongsi cawan, straw dan berus gigi.
6. MANGSA ASAP ROKOK
Satu lagi perkara yang mungkin anda terlepas pandang adalah tentang bahayanya asap rokok terhadap bayi dan kanak-kanak. Tidak kiralah sama ada anda merokok di hadapan atau di belakang anak, situasi‘secondhand smoker’ tetap akan menjejaskan kesihatan mereka.

Ini kerana, anak-anak memiliki organ dan sistem pernafasan yang sangat sensitif. Bahkan, DoktorBudak.com melaporkan bahawa kanak-kanakyang tinggal bersama perokok ini lebih berisiko mengalami jangkitan kuman pneumonia dan kematian mengejut.

Jika pasangan anda adalah perokok tegar dan masih belum boleh berhenti merokok, ingatkan mereka untuk mandi dan menukar pakaian setiap kali sebelum memegang bayi.

SISTEM IMUNISASI ANAK SEDANG BERKEMBANG
Mengelakkan anak dari penyakit bukan perkara mudah. Kita juga perlu faham yang anak kecil lebih sering sakit kerana sistem imunisasinya sedang berkembang. Kekerapannya untuk jatuh sakit akan berkurang semakin apabila anak semakin membesar.

Ibu bapa perlu berikan yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan anak. Biasanya penyakit anak akan baik sendiri dengan penjagaan rapi oleh ibu bapa. Jika penyakit berlarutan agak lama, segeralah dapatkan nasihat doktor.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Thursday, December 7, 2017

BAYI ANDA MENGHISAP JARI – BAHAYA ATAU NORMAL?

Kita seringkali melihat bayi terutamanya yang baru lahir menghisap jari. Ada yang menghisap ibu jari, jari telunjuk dan lain-lain. Menariknya, kebiasaan ini bukan sahaja bermula dari selepas kelahiran, sebaliknya ada sesetengah bayi yang sudah pun mula menghisap jari semenjak di dalam kandungan.


Sebagai ibu bapa, semestinya timbul persoalan di dalam benak kita. Bahayakah kebiasaan ini?

Sebelum anda bertindak bagi menghentikan habit ini, ini beberapa sebab, kenapa bayi menghisap jari.
3 SEBAB KENAPA BAYI MENGHISAP JARI

1. Tindakan refleks menghisap (sucking reflex) bayi.
Ianya terjadi hasil dari kebiasaan bayi menyusu. Hasil dari keseronokan menghisap puting, bayi cuba mencari alternatif lain dan jari yang paling mudah.

2. Menghisap jari menenangkan.
Tabiat ini membuatkan bayi dan kanak-kanak ini berasa selamat. Sebagai contoh, apabila ibu bapa meninggalkan mereka sebentar. Jadi, jangan risau sekiranya bayi terus menghisap jari walaupun anda baru sahaja memberikannya susu.

3. Jari sentiasa ada di tangan.
Pada mulanya, bayi hanya mencuba-cuba merasai jarinya. Kemudian, setelah dia merasa selesa dan seronok, ianya mula bertukar menjadi tabiat.
ADAKAH KESAN BURUK DARI TABIAT INI?

Ini bergantung pada beberapa faktor seperti kekerapan hisapan, tempoh masa dan kekuatan bayi menghisap jarinya. Contohnya, bayi yang menghisap jari dengan daya hisapan yang kuat tetapi dalam tempoh yang sangat sekejap tidak memberikan kesan yang begitu ketara.

Kebanyakan doktor-doktor gigi menghalang perbuatan ini kerana, hasil kajian membuktikan, dengan hanya daya hisapan yang lemah, mampu menggerakkan kedudukan gigi.

Biasanya, bayi yang mempunya tabiat ini akan menghisap dengan daya hisapan yang lemah tetapi berpanjangan contohnya ketika waktu si comel tidur.

Berikut adalah 3 kesan buruk dari tabiat ini:
i) Gigi Tertolak Keluar – Bagi 1-2 tahun pertama, jangan terlalu risau berkenaan gigi anak anda. Biasanya tabiat ini akan mula menghilang menjelang anak anda berumur 3-4 tahun.

Tetapi, sekiranya pada umur 3 atau 4 tahun, bayi anda tiada tanda-tanda untuk tabiat ini hilang, anda sudah boleh memulakan langkah bagi menghalang tabiat ini.

Disebabkan tabiat menghisap jari itu sendiri yang menolak bahagian atas gigi, menghisap jari boleh mengakibatkan gigi jongang (buck teeth). Ianya juga boleh mengakibatkan pelbagai masalah gigi yang lain.

ii) Merosakkan Jari – Tabiat menghisap ini juga akan memberi kesan pada kulit jari yang dihisap. Terlalu lama terperangkap dengan air liur dan tekanan dari gigi, membolehkan jari terkena jangkitan. Lebih teruk, jari akan luka dan berdarah memudahkan infeksi (kemasukan bakteria dan kuman ke dalam badan).

sumber: zuriat.com
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;

Wednesday, December 6, 2017

5 CARA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN UNTUK MENGHENTIKAN TABIAT MENGHISAP JARI

Bila bayi kita mula menghisap jari, tentu anda mula risau. Kekadang dengan menghisap jari juga boleh mengakibatkan kuman dan bayi akan mengalami batuk.

Bagaimana cara untuk anda menghentikan tabiat si kecil ini? Jom saya kongsikan.



1. Sediakan Alternatif Selain Menghisap – Secara fitrah, anak-anak gemar bermain. Jadi, apa yang anda boleh lakukan ialah, mencari permainan yang memerlukan anak-anak menggunakan tangan.

Contohnya bermain kad, menyanyi dan lain-lain. Ini sangat membantu kerana, anak akan berasa seronok dan tertanam di dalam minda separa sedarnya, ada perkara lain yang lebih seronok dari menghisap jari.

Ini juga dapat mengalihkan perhatian si bayi. Biasanya bayi/anak anda menghisap jari ketika dia bosan dan tiada aktiviti.

2. Tunjuk & Beritahu – Sekiranya anak anda sudah boleh memahami percakapan anda, anda boleh melakukan ini. Tunjukkan gambar2 kesan dari tabiat menghisap jari yang berpanjangan pada si anak dan terangkan padanya.

3. Membalut Jari – Pada sebelah malam, ketika bayi/anak anda tidur, pakaikan padanya sarung tangan atau cukup sekadar membalut tangan. Ini dapat membantutkan hasrat anak anda kerana rasanya yang berlainan.
4. Cadangkan Tabiat Yang Belawanan – Caranya..cadangkan pada anak anda, sekiranya dia terasa mahu menghisap jari, dia dikehendaki menyorokkan jari tersebut di belakang. Sekiranya dia Berjaya, berikan hadiah. Anda juga boleh menyuruhnya untuk menyembunyikan jarinya di bawah bantal semasa tidur. Cara ini sesuai untuk anak berumur 4 tahun ke atas.

5. Meminta nasihat Doktor Gigi – Sekiranya tabiat ini, masih lagi berlarutan. Mintalah nasihat doktor gigi berdekatan anda. Doktor gigi akan memasukkan Alat Oral (oral appliance) berbentuk dawai kokot di bahagian belakang atas gigi.

Ini dapat menghalang anak anda dari meletakkan jari. Pastikan cara ini adalah pilihan terakhir selepas pelbagai cara lain tidak Berjaya. Metod ini juga hanya sesuai pada anak2 yang sudah meningkat dewasa.

MENGHISAP JARI VS MENGHISAP PUTING

Bayi anda akan memilih jari. Tetapi, putting juga antara alat yang sangat berkesan bagi menghapuskan tabiat menghisap jari bayi anda. Ada sesetengah dari ibu bapa tidak menggemari puting atas factor kebersihan.

Justeru, sekiranya anda ingin menggunakan alat ini, pastikan ia sentiasa dalam keadaan bersih. Takut-takut terjadi perkara yang lebih buruk di masa hadapan pada bayi.

Bagi saya sendiri, saya suka puting dijadikan solusi.


sumber: zuriat.com
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;

Thursday, November 30, 2017

5 CARA MERANGSANG DAN MENGAJAR BAYI MERANGKAK

Waktu berjalan begitu pantas. Macam baru semalam si kecil kesayangan baru lahir. Tanpa kita sedari sekarang dia sudah mula mahu mencapai barang dan merangkak. Pergerakan seperti meniarap, berguling dan merangkak sangat penting untuk perkembangan fizikal, kemahiran motor dan minda bayi. Ketahui beberapa cara untuk merangsang bayi merangkak supaya fizikalnya berkembang dengan sihat.

1. BIASAKAN BAYI MENIARAP SEAWAL USIA
Sesudah bayi mahir untuk mengawal otot lehernya, biasakan bayi untuk menyiarap dengan perutnya di lantai selama beberapa minit sehari. Sejak beberapa minggu selepas lahir, anda boleh meniarapkan bayi di atas badan sambil kita berbaring.

Waktu meniarap atau ‘tummy time’ boleh dimulakan dalam kuantiti masa yang singkat terlebih dahulu, iaitu sekitar 15-30 saat pada awalnya dan tingkatkan lagi apabila bayi nampak selesa. Bayi juga boleh belajar yang dia kini boleh menendang dan menguakkan tangannya. Fasa ini penting untuk bayi mendapatkan kestabilan dan fleksibiliti badan.

2. BANYAK BERMAIN DENGAN BAYI
Sambil bermain, anda sebenarnya dapat menggalakkan bayi untuk lebih banyak bergerak dan belajar merangkak. Titikberatkan pada pergerakan berguling ke sisi dan bermain sambil berbaring. Berguling ke sisi penting untuk mengurangkan tekanan pada kepala bayi. Selain itu berguling ke sisi kiri dan kanan penting supaya bayi dapat mengubah posisinya dengan kekuatan otot tangan dan kakinya.

Bermain sambil berbaring juga penting untuk melatihnya menendang dan mencapai-capai dengan tangan kecilnya.
3. HADKAN PENGGUNAAN ‘WALKER’
Sudah menjadi lumrah ibu bapa untuk pastikan anak selamat dan senang. Namun begitu, menyekat pergerakannya bukanlah tindakan yang baik. Menurut pakar, dalam satu hari hanya dua jam yang patut diberikan untuk anak duduk di dalam walker. Selebihnya, biarkan anak bermain di lantai lapang.

Masanya di walker atau stroller membuatkan pergerakannya terbatas. Anak tidak dapat berlatih bergerak semaksima mungkin. Berikan kebebasan pada anak untuk menerokai persekitarannya. Hadkan masa penggunaan walker atau baby cot hanya ketika kita mahu tinggalkannya seketika seperti semasa pergi memasak atau mandi.

4. SEDIAKAN RUANG SELAMAT UNTUK BELAJAR MERANGKAK
Untuk menggalakkan bayi merangkak, mainkan peranan dengan memastikan persekitaran anak selamat dan selesa untuknya. Pastikan permukaan lantai bersih dan tidak terlalu licin. Pakaikannya baju dan seluar panjang untuk memudahkan pergerakan.

Jauhi anak dari sumber elektrik dan air. Letak anak jauh daripada tempat berbahaya seperti dapur, tandas atau tangga untuk elakkan kemalangan.
5. HADKAN PERTOLONGAN
Seperti rama-rama yang mahu keluar dari kepompong, sedikit kesungguhan diperlukan untuk mengembangkan sayap indahnya. Begitu juga dengan si kecil. Kita pasti tidak suka lihat anak kita menangis apabila tidak dapat mencapai barang permainannya atau gagal bergerak ke arah kita. Jangan terlalu cepat berasa kasihan lalu mendukungnya atau terus menghulurkan permainan tersebut padanya.

Kita sepatutnya memberikan motivasi padanya misalnya dengan mendekatkan sedikit permainan jika terlalu jauh. Berikan ruang pada bayi untuk berusaha, pasti kita akan terkejut melihat kesungguhan anak untuk dapatkan apa yang dia mahu.

sumber: zuriat.com
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;


Wednesday, November 29, 2017

RESIPI KEJAYAAN DAN KEKAYAAN

Saya terjumpa artikel ini di internet, beliau ni bisnes intenet ie ebay.etc dan telah berjaya. saya baca resipi beliau, dan ternyata semua nya bukan lagi rahsia atau sesuatu yg baru kerana semuanya adalah apa yang saya dan mereka yg telah berjaya amalkan. Ianya resipi yg telah saya huraikan banyak kali sebelum ni. Jom baca sebagai refresher dan moga pengalaman beliau membuka minda kita semua dan menyuntik semangat kita utk terus istiqamah dengan RESIPI jutawan ini. Dan moga menambah keyakinan anda utk mengamalkan apa yg mentor anda selalu kongsikan.....jom baca.

Sukacita ingin saya berkongsi apakah antara resepi menarik wang dan kekayaan yang diamalkan saya . Mengapa saya namakan ia resepi? Kerana ia ibarat resepi makanan, apabila acuan digaul dengan baik dan resepi yang betul, jadi masakan akan jadi lebih enak. Seperti itu jugalah rezeki dan kekayaan. Andai kita memulakannya dengan niat, landas dan cara-cara yang betul, ia akan memberi impak positif yang besar pada hidup kita. InsyaAllah. Antara resepi yang saya berikan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Selamat membaca dan beramal.

Hidup Bertuhan. Bagi saya hidup berTuhan maksudnya selalu berkomunikasi dengan Allah. Apa maksud berkomunikasi? Andai kita berkomunikasi dengan manusia, maksudnya kita bercakap dengan manusia seperti berbual, bergurau, meluahkan perasaan, memberi pendapat.

Dengan Allah juga kita boleh begitu. Mungkin ada yang berkata,“Macam orang gila pula” Firman Allah SWT, Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya (Surah Qaf: 16) Ayat di atas membuktikan bahawa Allah sememangnya dekat dengan kita. Sangat dekat. Sebab itu Allah juga menyatakan,Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya (Surah Qaf: 16) Allah sentiasa mendengar isi hati kita. Dia tidak pernah tidur, tidak pernah lalai. Allah sentiasa berjaga. Betapa hebatnya Allah, Dia telah mencipta million orang di dunia ini namun masih Dia mampu mengetahui isi hati tiap seorang daripada hamba-Nya.

Subhanallah.Mulakanlah berkomunikasi dengan Allah walau sekecil apa pun yang kita mahu lakukan. Sekalipun Allah sudah tahu kita nak buat apa tetapi apa salahnya kita berkomunikasi dengan-Nya yang juga memberi kita bukti bahawa kita ingat pada-Nya. Contoh, “Allah, hari ini saya nak pergi temuduga, Kau permudahkanlah aku ya Allah. Kau kan Maha Baik hehe”. “Allah, bagilah aku duit poket, aku tak da duit poket ni. Kau kan Maha Kaya”. “Terima kasih ya Allah saya dapat makan hari ini. Sedap Allah kek tadi tu. Terima kasih juga bagi saya duit belanja”

Perkara ini mungkin nampak kecil tetapi besar impaknya. Kenapa? Sebab apabila suara kita familiar pada Allah ketika kita senang, Allah akan lebih ingat dan kenal kita ketika susah. Sebagaimana kita mungkin kurang suka andai kawan kita cari kita hanya ketika susah seperti itu jugalah Allah tidak suka kita mencari Dia hanya ketika susah.

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Allah berfirman : “Aku menurut dugaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. (Hadis ditakhrij oleh Turmidzi)“Kamu ingat Allah ketika kamu senang, Allah pasti ingat kamu ketika kamu susah” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Meditasi Dengan Tenaga ZIKIR.Sebelum memulakan zikir, ambil wudhuk dan tenangkan fikiran terlebih dahulu. Buat latihan pernafasan.Tarik nafas dalam kiraan 4 saat, Tahan 6 saat dan lepas perlahan-lahan 8 saat. Ulang selama 5 minit. Niatkan zikir kerana Allah. Sebutlah zikir yang anda suka.

3. Jaga Amalan Agama Melebihi Menjaga Diri Sendiri.
·         Solat 5 fardhu di awal waktu.
·         Surah Al Waqiah dan surah Al Mulk setiap malam.
·         Surah Yaasin setiap pagi.
·         Qiyamulail walau hanya 2 rakaat Tahajud dan 3 rakaat Witir.
·         Istighfar 100x setiap hari (lagi banyak lagi bagus).
·         Selawat 100x setiap hari (lagi banyak lagi bagus).
·         Lailahaillah 100x setiap hari (lagi banyak lagi bagus).
·         Solat Dhuha 2 rakaat setiap pagi (kalau boleh wajibkan) JANGAN utamakan bisnes daripada Allah. Bila dah dengar azan, berhenti dan siapkan diri menunaikan solat. Katakan pada diri, “Allah first!” kerana Allah yang bagi kita rezeki. Andai Allah tahu bahawa kita utamakan dia, datang badai macam mana pun sekali Allah kata “Kun Faya Kun” PASTI rezeki tu dapat juga. Jadi, jangan risau tentang rezeki.
·         Percaya pada Allah. Kan rezeki tu Allah yang kasi, BUKAN Ebay bukan orang lain. “Kamu jaga Allah, pasti Allah menjaga kamu”

4. Set Matlamat Utama Yang Kukuh, saya telah pun memulakan perniagaan internet sejak 3 tahun yang lalu tetapi masih belum menemui sebuah kejayaan (menjana pendapatan yang saya impikan). Dengan hanya berbekalkan niat,“Aku ingin membawa a.k.a menaja perbelanjaan ibu aku pergi haji” Segala cabaran sepanjang penglibatan dalam perniagaan internet saya tempuhi dengan baik. Entah kenapa ada satu kekuatan yang ajaib dalam diri saya yang membuatkan saya tidak kenal erti ‘putus asa’ walau saya dah banyak laburkan duit beli produk di Internet. Saya berdegil untuk terus mencari apakah perniagaan internet yang sesuai dengan diri saya dan alhamdulillah saya telah menemuinya sekarang iaitu perniagaan Ebay.

5. Reprogramming Mindset. Dalam apa jua yang kita lakukan, mindset sangat penting untuk menentukan sebuah kejayaan. Ramai antara kita mempunyai masalah mindsetting yang menyebabkan kita mudah tersungkur di awal fasa perniagaan dan saya tidak menafikan saya juga adalah antara salah seorang daripadanya dahulu.

Bak kata pepatah,“Belum duduk, dah melunjur” Sebelum mula, kita telah pun memupuk energi negatif dalam diri kita dengan mengatakan,“Mampukah aku?” Seolah-olah kita tidak yakin pada diri sendiri kerana sesungguhnya kita adalah manusia sebaik-baik kejadian. Kita adalah seseorang yang hebat andai kita sedar.

Jadi, bagaimana nak repogramming mindset? Belajarlah tentang ilmu Hukum Tarikan yang menggunakan hukum alam (sunnatullah) dan energi alam semesta. Selain itu tentang kuasa minda separa sedar, kuasa minda super sedar, dan yang paling saya recommended “Quranic Law of Attraction” yang sangat sesuai bagi muslim. Ia adalah ilmu yang sangat menarik bagi saya kerana sebenarnya kita boleh menggunakan spritual untuk menarik apa yang kita impikan.Saya bersyukur kerana Allah mengilhamkan saya belajar tentang Hukum Tarikan tatkala memulakan bisnes Ebay dan hasilnya sangat positif.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan audio hipnosis untuk reprogramming mindset anda yang bertindak secara halus melalui minda separa sedar. Anda hanya perlu memasangkan audio itu sebelum tidur dan biarkan maklumat disimpan dalam minda separa sedar anda. InsyaAllah lama kelamaan, anda akan rasa impaknya terhadap diri anda yang akan memudahkan anda menarik rezeki dan wang ke dalam hidup anda. Yang pasti, dengan izin-Nya. Artikel berkaitan: Rahsia Tarikan Rezeki dan Kekayaan
6. Tenaga Doa: Teruskan Berdoa, Yakin Pada Allah, Dia Kabulkan Doa Anda. Pernahkah anda memikirkan suatu impian atau hajat dan mendapat rezeki yang tak disangka-sangka? Saya pernah. Dengan menggunakan Hukum Tarikan, Quranic Law Of Attraction dan tenaga doa, saya mendapat rezeki yang tak disangka-sangka. Saya tak pernah memikirkan atau terbayang yang Allah akan berikan saya rezeki itu. Seperti bulan jatuh ke riba. Sekilas pandang. Allah bagi apa yang saya nak.Benarlah kata-kata dalam ebook Hukum Tarikan,“Kita tak perlu fikirkan bagaimana impian kita dapat dicapai, kita hanya perlu bayangkan, rasakan perasaan ketika itu dan ulang perkara itu setiap hari agar dapat menarik impian itu ke dalam hidup kita”Ada orang kata,“Usaha kena ada”Perkara itu sememangnya penting cuma apa yang saya ingin memberitahu adalah,“When you think BIG, you will transmit BIG positive energy to the world - Apabila anda memikirkan perkara yang BESAR, anda akan memancarkan energi positif kepada alam semesta. (Hukum Tarikan)

Contoh,“Aku nak jadi jutawan” Puas kita fikirkan, bagaimana? Tak perlu fikir bagaimana. Dengan Allah NOTHING impossible. InsyaAllah, andai Dia izinkan, esok pun Dia boleh jadikan anda jutawan. Percayalah pada rezeki yang tidak disangka-sangka dengan syarat: Jaga hubungan dengan Allah melalui amalan agama Teruskan berdoa. Luahkan pada Allah segala impian anda seusai solat di hamparan sejadah.

7. Sedekah Kadang-kala kita tak rasa sedekah yang pernah kita bagi pada orang lain, bantu orang lain berbalik kepada kita. Renung dan nilai segala urusan yang dipermudah, rezeki dan wang yang menarik-narik dalam hidup kita. Semuanya adalah disebabkan sedekah yang kita berikan kepada orang lain.Sedekah ada banyak definisi, ia tidak hanya terhad kepada wang ringgi. Zikir, amal soleh, dan senyuman juga adalah salah satu bentuk sedekah.“Andai kita mampu makan di gerai dan harga makanan adalah RM5, apa salahnya kita berikan walau hanya sekecil 10 sen kepada peminta sedekah yang datang atau adakah kita malu kerana berikan wang yang sedikit? Letakkanlah malu pada tempat yang sesuai” Itulah pesan sahabat saya.

Bila saya renung, buat saya muhasabah diri. Kadang-kala kita malu tak bertempat. Kadang-kala terlalu kedekut dan takut duit kita akan berkurangan. Bukankah sedekah tidak akan mengurangi harta? Malah dengan bersedekahlah kita menarik rezeki dan kekayaan yang tidak pernah kita sangka-sangka.Tips mudah memulakan kehidupan dengan bersedekah.
·         Maniskan muka dengan senyuman
·         Sedekah sekurang-kurangnya RM1 seminggu
·         Solat awal waktu
·         Berkata hanya yang positif atau diam..InsyaAllah.
Jika istiqomah buat perkara-perkara ringan ini , akan terasa perubahannya. Moga mudah-mudahan, impaknya turut dirasai dalam urusan bisnes kita.Sumber: Hasbul AqillArtikel berkaitan: Hebatnya Sedekah

8. Syukur : Firman Allah SWT,Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. (Surah Ibrahim: 7) Ayat di atas menjelaskan bahawa apabila kita banyak bersyukur, Allah akan tambah nikmat-Nya kepada kita. Syukur ibarat penghargaan daripada seorang hamba kepada Tuhannya iaitu Allah. Analoginya, orang yang kita tolong mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada kita berulang-ulang kali menunjukkan betapa dia menghargai pertolongan kita padanya.

Begitu juga Allah, tatkala hamba-Nya mengucapkan rasa syukur, Allah merasai penghargaan daripada hamba-Nya terhadap nikmat yang telah diberikan-Nya. Tiap kali dapat rezeki walaupun sesimple mana pun, bersyukurlah. Ucapkan terima kasih walau hanya di hati. “Terima kasih ya Allah, hari ini aku dapat komisyen affiliate”. “Terima kasih ya Allah, aku ada makanan untuk dimakan hari ini”. “Terima kasih ya Allah, aku dapat on9 internet untuk uruskan bisnes aku”

CARA MENGHIDUPKAN KESYUKURAN

1. Yakinlah, Tatkala kita menadah tangan, sekalipun hanya berbicara, yakinlah doa kita akan termakbul. Yakin dan percaya ada kaitan dengan iman. Sepertimana kita percaya pada Allah yang Dia akan selesaikan masalah kita, seperti itulah iman kita. Bukankah Allah itu Maha Besar? Malah daripada-Nyalah datangnya masalah itu jadi pastinya kepada-Nyalah kita memohon pertolongan agar diselesaikan masalah itu.Oleh sebab itu, kita perlulah yakin Allah makbulkan doa kita tatkala kita meluahkan keinginan kita.

2. Rasakanlah, Dengan berasa yakin, ia masih tidak cukup bagi menuju kebahagiaan hidup. Ini kerana keyakinan kita sering berubah-ubah seperti iman kita, turun naik. Itulah lumrah manusia. Ada ketika di atas, ada ketika di bawah, seperti putaran roda. Oleh sebab itu, untuk menstabilkan keyakinan itu, kita perlu mengadakan perasaan pada keinginan kita. Contoh,“Saya memiliki isteri solehah dan berakhlak mulia” Bagi adam yang membaca pasti tersenyum ketika membacanya. Dalam hatinya pasti berkata,“Subhanallah. Indahnya andai ia jadi kenyataan”

Untuk merasakan statement di atas, anda bayangkanlah perasaan ketika itu. Apa yang anda ingin ada pada isteri anda. Antaranya, anda membayangkan dia bertudung labuh, memakai stokin sebelum keluar rumah dan melayan anda dengan baik. Rasakan perasaan anda tatkala mendapat statement di atas. Pasti indah bukan? Begitu juga apabila menyatakan keinginan anda. Walau apa sahaja keinginan anda, cuba untuk merasakan perasaan itu. Ketika hendak berdoa, kuatkan keyakinan yang doa anda pasti dimakbulkan.

Langkah seterusnya adalah melantunkan keingingan-keinginan anda dengan tegas. Jangan ragu-ragu. Jangan fikirkan bagaimana kerana Allah itu Maha Besar.

Percayalah adanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Arahkan fikiran dan perasaan pada keinginan-keinginan anda. Sekali lagi, ucapkan dengan tegas dalam hati anda. Jangan ada putus asa atau kecewa. Ucapkan kalimat-kalimat yang mengandungi makna tegas, positif beserta keyakinan mendalam. Elakkan membaca doa seperti ini,“Ya Allah ampunilah aku jika Engkau suka. Ya Allah rahmatilah aku jika Engkau suka” Sebaliknya sebutlah permintaan anda sesungguhnya anda tidak pernah memaksa. Lakukan pengakuan dalam hati dan fikiran anda. Rasakan keinginan-keinginan itu sudah pun hadir.

Kemudian bersyukurlah.“Alhamdulillah, terima kasih Allah. Hari ini saya sudah mula dapat beri ibu dan ayah saya RM1000 seorang pada tiap bulan”

3. Rebutlah, Setelah sudah yakin dan rasakan keinginan-keinginan anda, ucapkanlah kata-kata yang dapat memberi kesan kuat dalam diri anda. Contohnya,

·         “Saya bersyukur kerana mendapat rezeki pada hari ini”.
·         “Saya bersyukur mendapat duit yang banyak dan kehidupan yang selesa”.
·         “Saya gembira mendapat kemudahan urusan daripada Allah dalam kehidupan seharian saya”
·         “Saya bersyukur dan bahagia kerana membahagiakan ibu bapa dan mereka gembira apabila berada di sisi saya”

Sebutlah kata-kata itu sesudah berdoa. Tujuannya adalah untuk memberi anda energi positif yang kuat yang akan memberi pancaran energi positif kepada alam semesta. Tanamkan kata-kata itu hingga ia benar-benar menjiwai kehidupan anda. InsyaAllah selesai mengucapkannya, anda pasti berasa bahagia, damai dan tidak keluh kesah lagi.

p/s: Cara saya adalah dengan menulis pada sebuah buku (Buku Syukur) apa perkara yang saya bersyukur pada tiap hari. Kadang-kala andai tidak sempat update buku, saya akan ucapkan secara lisan,

“Terima kasih Allah, hari ini saya dapat keuntungan yang banyak dalam perniagaan saya”

“Terima kasih Allah, sesungguhnya nikmat Kau terlalu banyak untuk aku hitung dan takkan termampu untuk aku hitung. Oleh sebab itu, aku ingin mengucapkan terima kasih atas segalanya pada hari ini”

Dengan menulis perkara yang kita bersyukur tiap hari pada sebuah buku, kita kan memancarkan energi positif kepada alam semesta yang akan menarik lebih banyak rezeki dan wang ke dalam hidup kita. InsyaAllah.“Sungguh mengagumkan urusan orang mukmin itu, setiap urusannya adalah baik. Tidaklah ini berlaku melainkan hanya kepada orang mukmin, jika dia mendapat sesuatu yang menggembirakan, dia bersyukur maka itu baik baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu juga baik baginya.” (Diriwayatkan oleh Muslim)

Semoga apabila lebih banyak nikmat-Nya hadir dalam hidup kita, kita menjadi hamba-Nya yang lebih banyak bersyukur, lebih lama qiyamuilail dan lebih lama sujudnya. Aamiin~Sumber: Petikan buku Quranic Law of Attraction


InsyaAllah sekian sahaja Resepi Menarik Rezeki Dan Kejayaan berdasarkan pengalaman saya sebagai motivasi agar anda juga turut mengamalkannya, saya juga ingin berkongsi proven testimonial saya dengan resepi ini.Bukti Resepi Ini Berkesan Pada Saya

1. Dengan menggunakan tenaga doa, sering kali saya berdoa seusai solat untuk masuk satu coaching Ebay bernilai RM399. Saya berusaha melalui perniagaan Ebay untuk dapatkan modal itu kerana pada masa itu saya short RM100. Sememangnya ketika itu saya tiada simpanan yang lain untuk cover RM100. Saya bukan seseorang yang suka minta ibu bapa duit. Kadang-kala malu nak minta pada mereka walaupun itu adalah tanggungjawab mereka.Saya terus berdoa dan menggunakan Hukum Tarikan + Quranic Law Of Attraction, saya membayangkan saya dapat masuk coaching itu. Saya bayangkan saya bayar RM399 dan masuk coaching tu. Alhamdulillah, Allah permudah. Saya sendiri tak sangka dapat rezeki daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Tetiba, PAP! Saya terus dapat full modal untuk bayar coaching itu. Subhanallah. Sejak daripada itu, saya semakin yakin dan percaya bahawa tenaga doa itu sangat hebat!

2. Apabila saya mulakan hidup berTuhan dan menggunakan Hukum Tarikan, Allah seringkali membantu saya menjadi pemikir positif. Suatu hari saya kehilangan kad akses rumah saya bernilai RM60. Bagi saya yang baru mula menjana pendapatan yang lumayan di Ebay, ketika itu duit saya masih tidak mampu menampung sara hidup saya di bandar besar seperti Shah Alam. Setelah pulang ke rumah dan menyedari kehilangan kad akses itu, saya mula rasa down dan energi positif saya berkurang kerana saya mula berasa kecewa dengan Allah.Tetapi pada petangnya, Allah gantikan dengan item Ebay yang bernilai AUD 60 terjual. Subhanallah.

Setelah itu, saya mula mempositifkan diri agar sentiasa bersangka baik pada Allah.Kisah lain, suatu hari saya menghadapi kesukaran dalam perniagaan Ebay. Saya mula rasa down dan kekecewaan mula menyelinap ke dalam diri saya. Tak lama daripada itu, saya mendapat berita yang kakak saya telah selamat melahirkan anaknya yang mana sebelum itu saya risau keadaannya yang hampir 2 hari berjuang melahirkan anaknya.

Disebabkan kegembiraan tentang anak buah saya, rasa down saya terubat dan kekecewaan saya terus hilang. Saya rasa bersalah pada Allah kerana saya berburuk sangka pada dia. Rasa malu kerana di kala saya mula kecewa dengan Dia, Dia akan cure kekecewaan saya dengan sesuatu perkara yang lebih baik yang menggantikan kekecewaan itu.

Terima kasih Allah.InsyaAllah itu sahaja perkongsian kesan daripada resepi yang saya amalkan seperti di atas. Semoga ia memberi anda motivasi dan inspirasi serta manfaat kepada anda untuk sama-sama kita amalkan.

”Terima kasih Allah atas segalanya. Sungguh nikmat hidup berTuhan. Subhanallah.Semoga anda kaya dan berjaya dunia akhirat. InsyaAllah. Yes WE CAN.

Sekian..jom muhasabah dan amalkan...resipi ini bukn lg rahsia...jika nak rasai keajaibannya..kenelah amalkan. ..kalau beliau berjaya dlm ebay sbb itu passion dia..saya percaya kita akan berjaya dlm biz shaklee kerana ini passion kita..insyaallah.

SELAMAT MENGADUN RESEPI..semua ada peluang utk berjaya..insyaallah. ...aplikasikannya dlm urusan harian anda bersama biz shaklee.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;



Tuesday, November 28, 2017

MINYAK OH MINYAK !

Bila anak start pegang kanta macam ni, teropong muka mak, stress kan? Haha

Kulit muka berminyak memang tak best kan? Boleh hilang mood woo. Minyak pada kulit memang penting, untuk melembapkan. Tapi, terlalu berminyak, payah jugak tau!

Jom kita baca pengalaman Mim dengan minuman kesayangan dia
------------------------------------------------------------------

Harini mim bukan nak cerita pasai harga minyak.

Mim bukan nak cerita pasai 
minyak masak !
minyak jagung !
minyak sapi !

Bukan , bukan , bukan sama sekali . Nahi! nahi!

Mim nak cerita masalah muka mim yang berminyak nie ha sudahh lahh sunburn berminyak pula kot atas ! Jenuh jenuh jenuh.

Masalah muka berminyak nie semua pernah alami kan kan ? Tipu lahh kalau tak pernah .

Bila muka berminyak nie confirm comfirm lahh mr J aka jerawat nie seronok hidup dengan bahagia , subur sambil angkut kaum kerabat dia whitehead blackhead !! Leader dia kot mana pun jerawat lah.

Bayangkan......

Time muka berminyak nie mesti rasa tak selesa ,
Kurang confident bila berhadapan dengan orang,
Orang nak pegang muka pun mau tak mau ja ha .

Sehinggalah mim jumpa cinta hati mim ESP susu soya tanpa GMO .

Ampa dengar jahh susu soya mesti dok ingat makan minum jah kan ? 

Haa kantoi dok telan air liur kan ?
Air soya buh ais pula, lemak lemak berkrim sejuk tekak bila diteguk. Minum pula time waktu panas memang kaw kaw lah.

Ehh jgn ampa terkejut , ESP nie bukan boleh makan minum jah tau.Selain minum mim buat masker muka . Hihi....

Haaaa sampai kat masker nie .Kalau ampa nak tau dari tadi dok cotcetcotcet cerita nie cerita nu . Point dia masker jah pun.

Bukan saja-saja lahh mim sebut pasai masker esp .Jangan tak tahu penangan masker esp lahh muka mim dah kurang berminyak tau.

Tak guna yogurt pun ok. Tepek ESP ja
Wuish sapa tak suka kalau lagutuh kan .

Sekarang nie , sesetengah orang takut nak cuba macam-macam produk .Takut menambahkan lagi masalah bukan memulihkan.Samalah dengan mim.

Mim berani tempek ESP kat muka mim sebab dah memang tahu produk shaklee 100% organik .Tanpa perlu mim ragui lagi .

Laaa..nie mim dah jarang jarang dah cuci muka dengan pencuci tau . Cukup dah kalau basuh dengan air pun ha.

Jimat duit na beli pencuci muka lepas nie.
Muka mim pun rasa bersih ,tegang dan moist moist jer gitew. 

Kalau mcam nie lahh result yg mim dapat dengan amalkan shaklee takkan lahh mim nak tinggal kan.

Ampa pun patut cuba dan amalkan.Nak cantik nie kena rajin. Berkat konsisten dan sabar confirm confirm menjadi punya .

Betulkan ?

Picit link kalau nak tau lebih berkaitan masker esp.
atau boleh juga follow mim di Fb
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;


Back to Top