Slider

Monday, September 18, 2017

Kenapa Perlu Ambil Suplement Tambah Susu?

Mengikut piramid jadual pemakanan dan keperluan nutrisi ibu menyusu, jika ibu semua dapat makan serupa seperti jadual pemakanan ibu menyusu dan mengira setiap nilai kalori menu makanan harian dengan konsisten tanpa skip, ibu sebenarnya tidak memerlukan supplement. Namun, lumrah hidup kita dengan peranan dan tanggungjawab harian, kekadang kita tidak mampu makan mengikut piramid pemakanan seimbang tersebut. Ada juga yang telah terskip mengambil makanan berzat tinggi dan seimbang ini. Jadi, amat digalakkan pengambilan supplement dalam menu seharian.
Ingatlah ibu-ibu ya, penyusuan ini adalah berbalik kepada 2 hormon penting penyusuan iaitu hormon prolaktin dan hormon oksitosin. Kekadang disebabkan oleh faktor stress, tekanan dan tidak cukup makanan seimbang dan tidak cukup rehat, cabaran-cabaran dalam penyusuan, ianya juga kekadang menduga proses penyusuan esklusif susu ibu.


Oleh kerana itu, sebagai wanita, supplement memang sangat penting ya mommies. Seperti diakui oleh pakar perubatan Dr. Hamid Arshat, “..wanita…teruskan makan supplemen2 tersebut….hingga akhir hayat seseorang wanita”,

Mujarabkah sesuatu supplement penyusuan atau supplement milkbooster itu bergantung kepada supplement yang anda pilih dari segi kandungannya, keselamatannya dan keberkesanannya. Oleh kerana itulah, penting ibu memilih supplement yang bukan sebarangan. Pilihlah supplement penyusuan yang betul dan tidak memudaratkan ibu dan bayi. Elak sama sekali supplement tiruan, sentitik dan sebagainya yang boleh mengundang bahaya. Pilihlah yang semulajadi, selamat dan berkesan dalam masa yang sama kandungannya adalah mengikut jumlah nilai keperluan badan ibu.

Ibu-ibu juga perlu sentiasa berada dalam emosi yang positif, kerap memberi susu kepada bayi atau memerah/mengepam susu untuk kosongkan breast. Dengan cara ini juga (supply & demand), dapat mengalakkan pengeluaran susu dengan lebih banyak lagi. 

Susukanlah bayi anda secara exclusive selama 6 bulan dan diteruskan sehingga usia 2 tahun. 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147

No comments :

Back to Top