Slider

Friday, September 29, 2017

Benarkah Menyusu Badan Itu Mudah?


Sesetengah wanita akan mudah menyesuaikan diri dan penyusuan dan tidak menghadapi sebarang masalah. Tetapi kebanyakan ibu-ibu baru mendapati ianya sukar untuk dilakukan. Jika anda rasa kecewa, ingatlah bahawa bukan hanya anda seorang yang rasa begitu. Jika anda berputus-asa (atau hanya mahukan nasihat profesional), hubungi pakar perunding penyusuan ibu (terdapat di kebanyakan hospital). 

Anda juga boleh berbincang dengan doktor anda mengenai sebarang kebimbangan bersabit kesihatan yang mungkin akan menghalang penyusuan.
Penyusuan memerlukan latihan. Berikan diri anda masa sebanyak mana yang anda perlukan untuk membiasakan diri. Lakukannya satu persatu dengan perlahan. Jika anda mengalami penyusuan yang teruk pada satu hari, beritahu diri anda bahawa hari esok akan menjadi lebih baik. Sentiasa ingat bahawa sebarang masalah yang anda hadapi hanyalah untuk sementara. Menjelang pemeriksaan doktor pada minggu ke-6, anda sudah boleh menyusukan bayi anda tanpa sebarang masalah. Jika tidak, jangan teragak-agak untuk mendapatkan pertolongan.

sumber : babycentre
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147

No comments :

Back to Top