Umumnya, kita sedia maklum bahawa terdapat banyak manfaat minyak zaitun untuk ibu hamil. Sebelum kita mengenal dengan lebih lanjut manfaat tentang minyak zaitun, elok juga kalau kita kupas sedikit tentang jenis minyak zaitun yang terbaik yang terdapat di pasaran.
Di Malaysia, antara jenis minyak zaitun yang kita biasa dengar adalah pure olive oil, virgin olive oil, dan extra virgin olive oil. Ketiga-tiga jenis minyak zaitun ini minyak zaitun dari jenis extra virgin olive oil (EVOO) adalah yang paling berkualiti di mana ia berasal dari hasil perasan pertama buah zaitun. Minyak zaitun extra virgin ini mengandungi jumlah nutrisi dan vitamin yang tinggi, tidak ada bahan kimia tambahan, jernih, lembut, bertekstur, keasidannya kurang dari 1%. Ia boleh digunakan sebagai salad dressing, atau diminum terus dari sudu sebagai suplemen tambahan, atau disapukan pada badan. Pilihan kedua terbaik adalah virgin olive oil, dan seterusnya pure olive oil.
Selain daripada 3 jenis minyak zaitun yang disebutkan di atas, terdapat lagi beberapa jenis minyak zaitun yang kurang berkualiti atau bergred rendah kerana ia telah dicampur dengan bahan kimia dan diproses seperti pomace olive oil dan lite live oil.
1. Mengurangkan Stretch Mark
Minyak zaitun mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang bermanfaat untuk ibu hamil, terutamanya yang mengalami masalah kulit kering atau stretch mark. Untuk mengurangkan regangan dan kegatalan, kandungan vitamin E yang terdapat di dalamnya sangat baik untuk mengekalkan kelembapan secara semulajadi.
2. Meningkatkan Sistem Pertahan Tubuh Ibu dan Bayi
2. Meningkatkan Sistem Pertahan Tubuh Ibu dan Bayi
Manfaat minyak zaitun berikutnya adalah meningkatkan sistem kekebalan tubuh, terutama bagi ibu hamil yang mengalami pelbagai masalah kesihatan, lebih-lebih lagi pada fasa awal kehamilan.
Vitamin A yang tinggi dalam minyak zaitun berpotensi mencegah risiko penyakit seperti demam pada ibu hamil. Selain itu, sebuah jurnal melalui National Center for Biotechnology Information mendapati bahawa pengambilan minyak zaitun untuk ibu hamil didapati mengurangkan risiko lelah atau wheezing pada bayi seawal tahun pertama kelahirannya. Selain itu, ia mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan ibu hamil dan juga bayi.
3. Mencegah Sembelit
Sembelit adalah salah satu masalah yang kerap muncul sejak seorang
wanita mula hamil. Medical News Today melalui laman web mereka menjelaskan
bahawa minyak zaitun berkesan untuk menjadi penawar semulajadi bagi masalah
Ini kerana, lemak sihat
yang terdapat dalam minyak zaitun boleh melembutkan najis dan memudahkannya
untuk disingkirkan melalui usus. Minyak zaitun juga membantu najis memerangkap
lebih banyak air, lalu mengelakkan najis daripada menjadi keras.
4. Melengkapkan Nutrisi
Minyak zaitun kaya
dengan pelbagai nutrisi yang penting untuk perkembangan bayi dan keperluan ibu
hamil seperti lemak, protein, kalori, zat besi, vitamin E, vitamin A, Vitamin
B1, Vitamin B2, Vitamin B3 dan juga Vitamin C. Di samping itu, ia
membantu tubuh agar penyerapan nutrisi berlaku secara optimum
5. Memudahkan Kelahiran
Salah satu petua
memudahkan kelahiran adalah dengan melakukan urutan perineum pada bahagian
faraj apabila menjelang tarikh kelahiran. Urutan ini boleh dilakukan dengan
menggunakan minyak kelapa dara atau minyak zaitun.
Selain melakukan urutan
tersebut, minyak zaitun juga boleh diminum dalam kuantiti 1-2 sudu setiap hari.
Begitu banyak manfaat minyak zaitun untuk ibu hamil, malah ia juga boleh terus diamalkan sehingga selepas bersalin dan juga seisi keluarga.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147
No comments :
Post a Comment