Slider

Thursday, December 8, 2016

BLOGGING SEMUDAH ABC DARI SMARTPHONE

Laptop saya rosak. Hampir sebulan hantar pi kedai. Eh, ke lebih sebulan. Blog pun tak berupdate. Memang kalau pi mana-mana, atau busy, tanpa laptop saya tak update blog. 



Saya try guna beberapa apps untuk update blog di smartphone tapi tak mesra pengguna. Payah nak mampuih orang kedah kata.

Masa Laptop rosak tu,ada kawan-kawan Shaklee saya share apps lain yang lebih mudah dan mesra pengguna. Yang saya tak pernah tau sebelum ni.

Jadi saya nak share dengan anda semua yang pernah patah hati payah nak update blog macam saya dulu. haha

1. BLOGGEROID
Ini sangat senang. Taip, boleh letak gambar, Tapi gambar tak appear sampai lah kita published.

Kebaikan dia, sesuai di tempat internet macam siput. Taip ja, insert pictures,dah siap, publish. Tinggalkan sampai dia siap load posting dan gambar kita.

Kelemahan dia, kena ingat gambar apa kita letak, sebab dia akan cuma keluar macam >> [image 001] gitu  Gambar appear lepas published

Bloggeroid ni cepat tapi basic, Taip, insert pictures, published. Tak boleh schedule post,tak boleh buat tulisan bold atau allign paragraph dan lain-lain

2. BlogIt!



Satu lagi nama dia BlogIt! Ini boleh Taip, insert pictures, Boleh bold, italic, underline fonts, allign paragraph pun boleh.

BlogIt kalau kita insert pictures,dia akan keluarkan gambar masa draf Tu, jadi kalau internet slow, perlukan kesabaran yang maha besar tunggu dia load pictures. Haaa. 

BlogIt! selain tu boleh view comment dan kita boleh reply. Dan satu benda yang saya cari-cari iaitu schedule post, pun tak terdapat di sini 😭😭  Apa yang kita boleh buat adalah taip dan save as draft. Buka balik draft tu dan publish hari yang kita nak.haha kesian

3. BLOGO

Blogo  ni untuk pengguna iphone . Saya tak pernah guna. Jika anda iphone user, Boleh try. kawan cakap ini boleh buat schedule posts. Best lah! 


Ini untuk schedule post blogo

Ok. sampai sini saja sharing kali ni. Anda yang suka atau nak cuba blogging, Boleh try ya!

Goodluck!

Salam hormat dari SID kesayangan anda
❤  Master Farihah | 019 228 2147 ❤

Wednesday, December 7, 2016

MAKAN GAJI vs MAKAN SHAKLEE


Malam tadi kami di Surijunior hidangkan cerita impian yang direalisasi oleh insan berjiwa besar iaitu Master Firdhaus. Sharing Master Firdhaus menyentuh jiwa saya kerana kami bermula dengan Shaklee pada masa yang hampir.


Sebenarnya bisnes Shaklee Master Firdhaus dimulakan oleh isteri tersayangnya, Master Iffah Anuar. Master Firdhaus masih lagi bekerja makan gaji pada masa itu.

Pasangan sejoli :)


Mereka mula tahun 2010. Saya mula 2011. Masa kami bermula, dia belum capai rank tertinggi iaitu Master Coordinator,  saya pun belum capai Master. Kami bermula  dengan serba kekurangan tapi bezanya, kami cuma fokus kepada kelebihan yang kami ada.

Tekanan demi tekanan di tempat kerja menolak Master Firdhaus untuk join isteri tersayangnya berbisnes  Shaklee. Mari kita selami perkongsian Master Firdhaus yang saya ringkaskan: 

================

Saya mulakan online business sejak tahun 2008, sebelum mula kerja engineer. Saya targer untuk kerja dari rumah. Kerja sebagai Forumer dengan orang Luar. Hari-hari pi cybercafe buat kerja online. Saya dapat hasilkan income USD 200- 300 sebulan pada masa tu. Alhamdulillah. 
Bila saya start kerja makan gaji dengan sebuah syarikat oil and gas tersohor di Malaysia, masalah mula timbul. Saya terikat dengan masa kerja, kerja lebih masa dan sebagainya. Masa tu saya dan isteri jual breastpump online. Jual breastpump ok cuma modal besar dan komitmen warranty menyebabkan saya susah nak fokus. 

Saya teruskan makan gaji. Saya ada impian, kita semua ada impian. Tapi bila kerja makan gaji, kita bantu mencapai impian orang lain, iaitu impian bos. Hanya dengan bekerja sendiri, kita dapat mencapai impian kita sendiri.

Kesesakan trafik setiap hari, Timbunan kerja,kerja lebih masa sehingga jam 1-2pagi sebenarnya mematikan motivasi saya. Saya stress dan jiwa saya memberontak apatah lagi apabila saya rasa saya kerja sangat teruk tapi boss kata itu belum cukup.

Banyak masa keluarga yang terabai. Dan banyak hati-hati yang terguris terutamanya isteri tersayang 



Master Iffah isteri saya sudah mula dengan Shaklee. Saya semakin berminat untuk mengetahui plan bisnes Shaklee dan keterbukaan saya memuncak apabila bonus Shaklee dia menyamai gaji saya kerja makan gaji selama setahun. Setahun! 

Bagus bisnes ni, dari rumah, flexible dan lumayan. 

Anakanda Faheem tak lagi bertanya bila Abah nak balik? :)


Saya mula kaji tentang bisnes Shaklee dan ada 6 perkara yang meyakinkan saya dengan bisnes ini dan menyebabkan tekad saya bulat untuk menjadi Work-At-Home-Dad

1. Produk Shaklee adalah berdasarkan suplemen semulajadi. Ianya berkaitan dengan orang sakit nak Sihat dan orang Sihat nak terus Sihat. Kesihatan ni penting dan tidak pernah akan terkebelakang dalam dunia kita.

2. Produk Shaklee cover seluruh keluarga. Dari baby hinggalah nenek.Ia memberi market range yang sangat besar

3. Shaklee Tiada iklan yang banyak. Shaklee bagi hak eksklusif untuk semua distributor untuk pemasaran dan lebih mudah jika kita ada testimoni sendiri

4. Sokongan daripada team & upline. Sokongan hebat dari network berkongsi ilmu dan kemahiran menyebabkan saya rasa mudah untuk memulakan dan meneruskan.  Orang berkongsi ilmu pemasaran dengan saya dan saya rasa kenapa saya tidak mulakannya dengan bersungguh-sungguh? Rugi sangat

Saya pun akui kehebatan networking business, jika kita di group yang betul, sokongan yang kita dapat, memang melimpah ruah. Ni masa Master Celebration kami, mai dan Abah Shaklee hadir beri sokongan. Masa ni Master Firdhaus gemuk!  Tengok gambar bawah Dah kurus akibat ShakleeEffect. Haaa 👍👍


5. Kualiti produk. Shaklee memiliki produk yang kualitinya tidak boleh diragui.Produk dengan Patent  pada Vivix, Nutriferon, Telomere study pada Vivix, Landmark study pada pihak ketiga. Ini semua HANYA ADA PADA SHAKLEE. Brand lain tak ada. 

6. Shaklee boleh diwariskan. Kita bina sekarang, dan wariskan pada anak-anak nanti. Jika saya seorang engineer, anak saya tak boleh warisi pekerjaan engineer saya. Jika kita seorang boss pun, title boss tersebut adalah mustahil diperturunkan kepada anak kita. Tapi dengan bisnes Shaklee, ianya berbeza kerana bisnes  ini boleh diwarisi. Bina base yang kuat dan wariskan kepada anak-anak kita

Master Firdhaus, Master Iffah dan Anakanda Faheem,  pewaris Legasi Shaklee ❤

Inilah 6 sebab besar kenapa Shaklee menjadi pilihan saya dan sebenarnya kejayaan ini ditolak oleh satu lagi faktor yang sangat besar. Isteri saya pesakit SLE. Dengan izin Allah dan bantuan Shaklee, beliau sudah sembuh dan kami dikurniakan anak kedua baru-baru ini alhamdulillah.

Dulu, sakit dia sangat menyiksakan dan semua kerja bisnes ini memerlukan ketahanan dan usaha yang tinggi. Sampai satu tahap, peluangnya untuk hidup hanya tinggal 10%. Sebagai seorang suami, ini menolak saya untuk berubah dan bekerja kuat untuk keluarga

Mak Shaklee saya yang sentiasa menolak saya untuk berusaha dari kisah inspirasinya ❤

Jika saya tidak kuat bekerja, mungkin impian kami tidak tercapai semasa kami masih bersama di dunia ini. Sakit dia, penderitaan dia, kesukaran dia menghadapi SLE adalah hikmah besar yang menyebabkan kami menikmati kejayaan seperti hari ini. Itulah yang saya selalu istilahkan sebagai "The Power of Love". Demi cinta, apa sahaja kita akan usahakan.

Vivix yang merubah tahap kesihatan Master Iffah, SLE Fighter 

Kini kami telah kecapi kesihatan, kebahagian, kekayaan dan kebebasan masa bersama Shaklee. Kesyukuran ini adalah penerus untuk kami berkongsi dan membantu lebih ramai yang ingin membantu diri mereka"

Puteri baru anugerah Allah untuk mereka setelah Master Iffah sembuh dan Sihat dari SLE

==============
Itulah simpulan dari perkongsian Master Firdhaus. Semua kejayaan adalah tidak pernah mustahil untuk kita kecapi dengan usaha dan kesungguhan. 

Sharing ni tak lah sama dengan Sharing live di group coaching kami. Sangat menyentuh hati jika anda join sharing keseluruhannya. Itulah istimewanya berada bersama upline dan online yang gemar dan Ikhlas berkongsi. alhamdulillah :)








Anda yang ingin merubah kehidupan bersama Shaklee, masanya tidak pernah terlambat untuk memulakannya sekarang. 

Terima kasih untuk luangan masa membaca

Salam hormat dari SID kesayangan anda
❤ Master Farihah  | 019 228 2147 ❤

Tuesday, December 6, 2016

10 PERSEDIAAN MENYUSU WAJIB SEBELUM BERSALIN

Menyusu  ni nampak simple saja. Alaaa . .. bagi ja la susu. Bukannya payah pun. Tapi, sebenarnya ramai ibu-Ibu yang gagal menyusu akibat persediaan yang tidak cukup. Baik dari segi mental atau fizikal.

Bagaimana Ibu patut menyediakan dirinya? Mari kita baca tips ringkas untuk persediaan  menyusu, sebelum bersalin lagi.

1. NIAT
Pasang niat untuk menyusukan bayi. Banyakkan berdoa moga Allah permudahkan hasrat tersebut.

2. CARI SOKONGAN
Nyatakan niat kita untuk menyusu bayi secara eksklusif kepada suami dan Ibu terutamanya, juga saudara terdekat. Ceritakan kebaikan untuk anak dan Ibu daripada penyusuan. Kalau suami jenis sokong, tak banyak kerjalah. Kalau yang kurang sokong, buat bacaan bersama , cerita dan yakinkan dia. Keluarkan juga kisah2 kenalan yang berjaya menyusu dan kesannya kepada mereka.


3. PILIH KOMUNITI YANG BETUL
Bergaul dengan ibu-Ibu yang menyusukan bayi dan pro-penyusuan. Baik di komuniti nyata atau maya. Dengar dan hayati pengalaman mereka. Stay away from toxic people. he he

4. CARI ILMU
Buat bacaan dan tahu asas penyusunan susu ibu. Baca dengan suami lagi bagus. Jika ini bukan anak pertama, bacala jugak. Refresh kannn. Perlu join kelas? silakan :)

5. PILIH HOSPITAL
 Pilih hospital rakan bayi. Supaya kita boleh duduk sebilik dengan anak dan menyusukan anak sebanyak mungkin


6. KENALI PAYUDARA
Apa perlu dibuat? Banyakkan membaca dan mula mengetahui bagaimana susu dihasilkan .

Bermula 6 bulan, boleh mulakan urutan payudara, digalakkan menarik puting, mengurut dan menyikat payudara perlahan-lahan


Semasa hamil, puting payudara sedikit berdaki dan berkerak akibat peluh. Setiap kali mandi, gunakan tuala bersih dan air suam untuk mencuci puting payudara. Ini sangat penting terutama di trimester terakhir untuk mengelakkan saluran susu tersumbat. Namun, elakkan meletakkan sabun di bahagian puting.

Kolustrom : susu awal ibu

Picit kawasan puting untuk membuka mata puting untuk mengelakkan tersumbat. Biasanya, sekitar 7 bulan, kolustrom akan kelihatan

Pastikan puting  payudara tidak tenggelam. Ini bakal menyukarkan proses penyusuan. Selalu menarik puting keluar semasa hamil untuk memudahkan proses penyusuan.



Cara membantu mengeluarkan puting.
Potong hujung bawah batang syringe,
Cabut plunger. 
Masukkan plunger dari bahagian yang dipotong tadi
Letakkan picagari di payudara dan tarik plunger perlahan-lahan

7. PILIH PAKAIAN DALAM YANG SESUAI
Elakkan memakai baju dalam yang ketat semasa hamil. Ini boleh menjejaskan aliran udara dan menghasilkan kotoran di puting akibat perpuluhan.

8. PERALATAN PENYUSUAN
Sediakan peralatan penyusuan dari sebelum bersalin.   Antaranya pam susu, coli penyusuan, pelapik payu dara, bekas penyimpanan susu ibu, beg pendingin, pek ais, kain pelindung penyusuan dan lain-lain. Sebaiknya beli alatan tersebut sebelum bersalin kerana anda tidak dapat menjangka apa yang berlaku selepas kelahiran bayi.

Beli ikut keperluan ya. Satu barang untuk ibu A tidak sama dengan ibu B. Yang penting adalah tekad dan kegigihan contohnya Pam yang mahal tidak menjamin susu ibu yang banyak :)

9. MAKAN DENGAN SIHAT
Pilih makanan yang sihat sejak hamil lagi terutama keperluan kalsium dan protein. Ini penting untuk pembentukan kelenjar-kelenjar susu dan memudahkan penghasilan dan pengaliran susu ibu sebaik bayi dilahirkan.

Pilih makanan terbaik untuk bayi anda
Bantu  diri dan bayi anda dengan suplemen terbaik. Hidup dengan makanan tercemar, GMO, persekitaran tercemar, tekanan /  stress. Perlu semuanya ini? Ambil ikut keperluan. Berunding dengan SID yang anda percayai

10. Cari pengasuh / pusat jagaan yang mesra penyusuan susu ibu dan mampu menguruskan susu ibu

Selamat berjaya!

Salam hormat dari SID kesayangan anda,
❤Master Farihah | 019 228 2147❤

Sunday, December 4, 2016

SEMBELIT : MIMPI NGERI IBU BERPANTANG

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sembelit adalah mimpi ngeri ibu-ibu, termasuk saya sendiri. Ianya adalah kebiasaan yang berlaku, bukan pada semua, tapi kepada ramai ibu-ibu.

Kenapa sembelit berlaku?
Perubahan hormon yang mendadak bagi semasa mengandung
Peningkatan hormon progesteron yg banyak di saat kehamilan boleh menyebabkan berlakunya peningkatan relaksasi otot-otot saluran pencernaan sehingga menyebabkan pergerakan usus menjadi lambat. Perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan kekerapan proses membuang air besar menjadi berkurangan.



Perubahan saiz uterus / rahim 
Saiz rahim yang semakin membesar turut menghalang kelancaran proses aliran sisa makanan. Proses kehamilan itu sendiri lazimnya membuatkan si ibu kurang aktif sekaligus menyebabkan proses pencernaan dan penyaluran makanan menjadi kurang lancar. Keaktifan ibu mempengaruhi pergerakan mengecut & mengendur otot-otot.



Kedudukan usus yang berubah sedikit
Lanjutan kehamilan dan proses bersalin memerlukan masa untuk kembali seperti asal. Ini akan mempengaruhi proses pencernaan dan dapat menyebabkan sembelit.

Ketakutan kerana luka
Luka episiotomi (luka pada pembukaan vagina ketika bersalin) yang lambat sembuh seringkali membuat si ibu menjadi takut untuk membuang air besar. Bagi mereka yang bersalin secara pembedahan pula, ubat bius yang digunakan akan menyebabkan otot usus 'lumpuh' buat seketika dan memerlukan masa untuk kembali aktif. Perasaan takut ini menyebabkan secara tak langsung ibu mengetatkan otot  dan menyebabkan ianya lebih sukar

Lebih memburukkan keadaan lagi, ada ibu-ibu yang tidak langsung ke tandas. Tidak membuang najis akan menyebabkan air didalam usus diserap semula ke dalam darah dan mengurangkan kuantiti air dalam najis. Ini mengganggu kelancaran proses membuang air besar dan memburukkan keadaan.

Pengambilan serat yang tinggi membantu mencegah sembelit


Pil zat besi atau ubat antidepresi, boleh menyebabkan sembelit

Bagaimana sembelit boleh dielakkan atau diatasi?
# Makan dengan teratur, banyakkan serat & cecair. 
# Elakkan daripada hanya duduk tanpa bergerak atau berjalan-jalan
# Apabila rasa hendak membuang, terus ke tandas, jangan bertangguh

# Gunakan tandas duduk, Letakkan bangku kecil, pijak dengan jari-jari kaki seperti mengjengkit,  tinggikan kaki anda agar bahagian lutut lebih tinggi dari punggung. Luruskan belakang dan letakkan siku atas lutut. Posisi mirip mencangkung ini memudahkan pergerakan usus
# Jika perasaan takut masih ada, gunakan tuala wanita yang dilipat dua dgn jari untuk menekan bahagian perinuem semasa membuang air besar.
Kedudukan perinuem


# Semasa di atas tandas, urut perut dengan menolak dan menarik otot perut dengan tapak tangan atau 4 jari.
# Berjumpalah doktor jika keadaan semakin teruk dan anda tidak dapat mengatasinya lagi.

Bagaimana Shaklee dapat membantu anda?



Shaklee Ostematrix memberikan jumlah penyerapan kalsium yang optimum dengan bantuan Vitamin D & Magnesium. Kalsium yang cukup membantu otot-otot usus menjalankan peristalsis (mengecut dan mengendur) dengan sempurna
Shaklee Mealshakes multivitamin perisa Vanilla yang hebat. Kaya dengan serat untuk membantu perjalanan makanan tercerna di dalam usus. Juga mengandungi kalsium.



Hubungi kami untuk konsultasi lanjut.

Kredit : babycenter

Thanks for reading!

Salam hormat dari SID kesayangan anda :)
Master Farihah | 019 228 2147

Saturday, December 3, 2016

TIPS UNTUK TIDUR YANG BERKUALITI


Ada orang senang sangat tidur, tepi tong gas pun boleh terlelap. Hairan kan? Jangan terkejut, saya pernah jumpa. haha. Ada orang tutup lampu, tutup langsir, pakai lagi penutup mata telinga, pun tak boleh tidur. Tidur sangat penting, dan tidur yang berkualiti tersangatlah penting. Tak cukup tidur boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti hipertensi, kemurungan dan macam-macam lagi. 

Bagaimana kita nak dapatkan tidur yang berkualiti? Ini beberapa tips yang saya ambil dari beberapa sumber. Mudah-mudahan kita boleh praktikkan & berhasil.


Kerap berlatih atau membuat senaman
Terdapat bukti yang menunjukkan rutin senaman dan latihan yang dilakukan termasuklah membuat senaman regangan dan aktiviti aerobik memperbaiki tidur yang terganggu. Walaupun begitu, anda tidak disarankan melakukan aktiviti senaman sebelum waktu tidur. Senaman buat waktu petang.



Gunakan sarung kaki
Bila anda menyarungkan sarung kaki atau sarung tangan, rasa panas atau suam pada tangan dan kaki akan melebarkan saluran darah dan memudahkan perjalanan darah ke seluruh anggota badan. Ia juga boleh membantu tubuh anda untuk memindahkan haba ke tubuh badan yang lain seterusnya membuatkan anda berasa tenang dan memudahkan anda untuk tidur dengan nyenyak.



Jangan tidur dalam keadaan lapar
Rasa lapar membuatkan tidur anda terganggu. Anda akan kerap terjaga jika anda tidak makan dengan dengan cukup sepanjang hari. Kadar gula dalam darah anda akan menjadi rendah tatkala anda tidur hingga menyebabkan adrenalin dibebaskan ke dalam darah. Ini akan membuatkan anda terjaga, dan biasanya di sekitar jam 3 atau 4 pagi. Simpan sedikit kalori untuk snek jika anda terjaga dari tidur, seperti telur rebus atau sepotong kecil keju.


Buat "undang-undang" di bilik tidur
Buat undang-undang di dalam bilik tidur anda. Pastikan bilik tidur anda senyap dan sunyi serta cukup gelap untuk membantu anda tidur. Menurut Lisa Helmanis, penulis buku Sleep of Better Naturality, tidur di dalam bilik yang gelap meningkatkan penghasilan melatonin, hormon yang membuatkan anda rasa ingin tidur. Tip lain yang mungkin boleh membantu adalah gunakan bilik tidur hanya untuk tidur sahaja. Jangan gunakan ia untuk makan, menonton televisyen dan aktiviti-aktiviti lain.



Sibukkan mulut dan hati dengan zikir
Selain membantu meningkatkan fokus, amalan ini boleh menyebabkan anda lupakan masalah atau hal-hal lain. Fikiran yang kosong dan tenang membolehkan anda tidur dengan mudah & nyenyak



Ok, itu 5 tips mudah. Saya dulu pun susah tidur. cubalah amalkan, semoga boleh membantu. Lagi satu, saya amalkan 2 suplemen Shaklee yang sangat membantu mendapatkan tidur yang nyenyak iaitu Ostematrix & Bcomplex. Nampak saja kecik dan murah, tapi kesannya alhamdulillah, membantu :)












Sampai jumpa lagi, terima kasih sudi singgah :)

Salam sayang,
Master Farihah | 019 228 2147 | SID kesayangan anda :)











Back to Top