Slider

Saturday, December 3, 2016

TIPS UNTUK TIDUR YANG BERKUALITI


Ada orang senang sangat tidur, tepi tong gas pun boleh terlelap. Hairan kan? Jangan terkejut, saya pernah jumpa. haha. Ada orang tutup lampu, tutup langsir, pakai lagi penutup mata telinga, pun tak boleh tidur. Tidur sangat penting, dan tidur yang berkualiti tersangatlah penting. Tak cukup tidur boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti hipertensi, kemurungan dan macam-macam lagi. 

Bagaimana kita nak dapatkan tidur yang berkualiti? Ini beberapa tips yang saya ambil dari beberapa sumber. Mudah-mudahan kita boleh praktikkan & berhasil.


Kerap berlatih atau membuat senaman
Terdapat bukti yang menunjukkan rutin senaman dan latihan yang dilakukan termasuklah membuat senaman regangan dan aktiviti aerobik memperbaiki tidur yang terganggu. Walaupun begitu, anda tidak disarankan melakukan aktiviti senaman sebelum waktu tidur. Senaman buat waktu petang.



Gunakan sarung kaki
Bila anda menyarungkan sarung kaki atau sarung tangan, rasa panas atau suam pada tangan dan kaki akan melebarkan saluran darah dan memudahkan perjalanan darah ke seluruh anggota badan. Ia juga boleh membantu tubuh anda untuk memindahkan haba ke tubuh badan yang lain seterusnya membuatkan anda berasa tenang dan memudahkan anda untuk tidur dengan nyenyak.



Jangan tidur dalam keadaan lapar
Rasa lapar membuatkan tidur anda terganggu. Anda akan kerap terjaga jika anda tidak makan dengan dengan cukup sepanjang hari. Kadar gula dalam darah anda akan menjadi rendah tatkala anda tidur hingga menyebabkan adrenalin dibebaskan ke dalam darah. Ini akan membuatkan anda terjaga, dan biasanya di sekitar jam 3 atau 4 pagi. Simpan sedikit kalori untuk snek jika anda terjaga dari tidur, seperti telur rebus atau sepotong kecil keju.


Buat "undang-undang" di bilik tidur
Buat undang-undang di dalam bilik tidur anda. Pastikan bilik tidur anda senyap dan sunyi serta cukup gelap untuk membantu anda tidur. Menurut Lisa Helmanis, penulis buku Sleep of Better Naturality, tidur di dalam bilik yang gelap meningkatkan penghasilan melatonin, hormon yang membuatkan anda rasa ingin tidur. Tip lain yang mungkin boleh membantu adalah gunakan bilik tidur hanya untuk tidur sahaja. Jangan gunakan ia untuk makan, menonton televisyen dan aktiviti-aktiviti lain.



Sibukkan mulut dan hati dengan zikir
Selain membantu meningkatkan fokus, amalan ini boleh menyebabkan anda lupakan masalah atau hal-hal lain. Fikiran yang kosong dan tenang membolehkan anda tidur dengan mudah & nyenyak



Ok, itu 5 tips mudah. Saya dulu pun susah tidur. cubalah amalkan, semoga boleh membantu. Lagi satu, saya amalkan 2 suplemen Shaklee yang sangat membantu mendapatkan tidur yang nyenyak iaitu Ostematrix & Bcomplex. Nampak saja kecik dan murah, tapi kesannya alhamdulillah, membantu :)












Sampai jumpa lagi, terima kasih sudi singgah :)

Salam sayang,
Master Farihah | 019 228 2147 | SID kesayangan anda :)











No comments :

Back to Top