Bagaimana Ibu patut menyediakan dirinya? Mari kita baca tips ringkas untuk persediaan menyusu, sebelum bersalin lagi.
1. NIAT
Pasang niat untuk menyusukan bayi. Banyakkan berdoa moga Allah permudahkan hasrat tersebut.
2. CARI SOKONGAN
Nyatakan niat kita untuk menyusu bayi secara eksklusif kepada suami dan Ibu terutamanya, juga saudara terdekat. Ceritakan kebaikan untuk anak dan Ibu daripada penyusuan. Kalau suami jenis sokong, tak banyak kerjalah. Kalau yang kurang sokong, buat bacaan bersama , cerita dan yakinkan dia. Keluarkan juga kisah2 kenalan yang berjaya menyusu dan kesannya kepada mereka.
3. PILIH KOMUNITI YANG BETUL
Bergaul dengan ibu-Ibu yang menyusukan bayi dan pro-penyusuan. Baik di komuniti nyata atau maya. Dengar dan hayati pengalaman mereka. Stay away from toxic people. he he
4. CARI ILMU
Buat bacaan dan tahu asas penyusunan susu ibu. Baca dengan suami lagi bagus. Jika ini bukan anak pertama, bacala jugak. Refresh kannn. Perlu join kelas? silakan :)
5. PILIH HOSPITAL
Pilih hospital rakan bayi. Supaya kita boleh duduk sebilik dengan anak dan menyusukan anak sebanyak mungkin
6. KENALI PAYUDARA
Apa perlu dibuat? Banyakkan membaca dan mula mengetahui bagaimana susu dihasilkan .
Bermula 6 bulan, boleh mulakan urutan payudara, digalakkan menarik puting, mengurut dan menyikat payudara perlahan-lahan
Semasa hamil, puting payudara sedikit berdaki dan berkerak akibat peluh. Setiap kali mandi, gunakan tuala bersih dan air suam untuk mencuci puting payudara. Ini sangat penting terutama di trimester terakhir untuk mengelakkan saluran susu tersumbat. Namun, elakkan meletakkan sabun di bahagian puting.
Kolustrom : susu awal ibu
Picit kawasan puting untuk membuka mata puting untuk mengelakkan tersumbat. Biasanya, sekitar 7 bulan, kolustrom akan kelihatan
Pastikan puting payudara tidak tenggelam. Ini bakal menyukarkan proses penyusuan. Selalu menarik puting keluar semasa hamil untuk memudahkan proses penyusuan.
Cara membantu mengeluarkan puting.
Potong hujung bawah batang syringe,
Cabut plunger.
Masukkan plunger dari bahagian yang dipotong tadi
Letakkan picagari di payudara dan tarik plunger perlahan-lahan
7. PILIH PAKAIAN DALAM YANG SESUAI
Elakkan memakai baju dalam yang ketat semasa hamil. Ini boleh menjejaskan aliran udara dan menghasilkan kotoran di puting akibat perpuluhan.
8. PERALATAN PENYUSUAN
Sediakan peralatan penyusuan dari sebelum bersalin. Antaranya pam susu, coli penyusuan, pelapik payu dara, bekas penyimpanan susu ibu, beg pendingin, pek ais, kain pelindung penyusuan dan lain-lain. Sebaiknya beli alatan tersebut sebelum bersalin kerana anda tidak dapat menjangka apa yang berlaku selepas kelahiran bayi.
Beli ikut keperluan ya. Satu barang untuk ibu A tidak sama dengan ibu B. Yang penting adalah tekad dan kegigihan contohnya Pam yang mahal tidak menjamin susu ibu yang banyak :)
9. MAKAN DENGAN SIHAT
Pilih makanan yang sihat sejak hamil lagi terutama keperluan kalsium dan protein. Ini penting untuk pembentukan kelenjar-kelenjar susu dan memudahkan penghasilan dan pengaliran susu ibu sebaik bayi dilahirkan.
Pilih makanan terbaik untuk bayi anda
Bantu diri dan bayi anda dengan suplemen terbaik. Hidup dengan makanan tercemar, GMO, persekitaran tercemar, tekanan / stress. Perlu semuanya ini? Ambil ikut keperluan. Berunding dengan SID yang anda percayai
10. Cari pengasuh / pusat jagaan yang mesra penyusuan susu ibu dan mampu menguruskan susu ibu
Selamat berjaya!
Salam hormat dari SID kesayangan anda,
❤Master Farihah | 019 228 2147❤
No comments :
Post a Comment