Slider

Monday, June 30, 2014

PUASA : Proses detoksifikasi dan remadi terhebat

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ni dah dua hari kita berpuasa. Beberapa minggu sebelum Ramadhan cuaca Malaysia sangat panas. El Nino barangkali. Tapi dengan rahmat Allah, Ramadhan hari ini disambut dalam suasana sejuk dan damai.



Bulan puasa ni adalah tempoh latihan yang sangat baik untuk kita merasai penderitaan dan kesuasahan sahabat handai yang berada di setiap pelusuk dunia ini. Selain itu, ia juga bagus untuk kesihatan badan.

Detoksifikasi.

Detoksifikasi adalah salah satu daripada proses untuk membersih dan membebaskan badan daripada toksin dan racun. Kehidupan hari ini dipenuhi dengan pelbagai jenis penyakit. Ini kerana pemakanan yang kita ambil setiap hari tidak sesegar zaman mak ayah kita dulu. Jadi kita selalu sakit dan mengambil pelbagai jenis ubat-ubatan, supplement, dan rawatan untuk memulihkan sistem badan.

Melalui puasa, semua perkara tersebut boleh dikurangkan dan ini terbukti dapat menyegarkan badan kita.




Remedi alami

Hebatnya Allah, Dia memberi kita remadi yang paling senang. PUASA. Biasa dengan berpuasa kita dapat mengelak dan merawat pelbagai jenis penyakit. Antaranya, insomnia (susah untuk tidur), asma, masalah pencernaan dan penyakit kulit. 

Tahukah anda, apabila binatang sakit, cara yang paling mudah mereka lakukan untuk proses penyembuhan adalah dengan menjauhi makanan. Teknik ini bukan hanya bagus untuk binatang, ia juga berkesan untuk manusia. 



Bakteria hidup dengan bantuan iron melalui makanan. Dengan berpuasa, kita telah mengurangkan pengambilan iron bagi bakteria tersebut. Ini dapat mematikan bakteria berkenaan.

Jika kita dengar ada yang mati disebabkan berpuasa dari makan dan minum dalam tempoh yang singkat ini, para doktor perlu menyelidik faktor lain yang menyebabkan kematian tersebut bukannya disebabkan puasa. Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Lencet dalam jurnal perubatan.

Akhirnya, puasa memberi kesan yang baik pada tubuh badan kita. Bukan hanya aspek spiritual, malah jasmani juga. Selamat menjalani ibadah puasa... Ramadhan kareem :)

Thanks for reading !

Sunday, June 29, 2014

Bahasa kasih sayang

Seperti yang selalu saya sebutkan... Ibu bapa adalah dunia bagi anak-anak. Setiap percakapan kita adalah doa yang mengiringi kehidupan mereka. Sebab itu kita perlu cakap benda yang baik-baik sahaja...

Contohnya:

1. Suruh anak solat

Salah : Kenapa malas sangat nak solat ni, banyak setan ke kamu ni?
Betul : Anak ayah ni ahli syurga, pergi solat sekarang ye...nanti Allah sayang



2. Salah: orang bakhil masuk neraka, pergi beri sedekah kat orang tu..
Betul : kasihannya orang tu, berikan duit kat dia. Nanti Allh sayang anak yang pemurah..

3. Salah: kenapa kotor sangat ni, kamu nak jadi pengotor ke?
Betul : Islam suka bersih, Allah suka bersih... Jom mandi, tukar pakaian ye...

Jadilah ibu bapa yang menyeronokkan dan berkata baik dengan anak-anak. Ibu bapa yang bukan mengarah dan mengangkong tapi ibu bapa sporting yang dapat mendengar keluhan dan pandangan anak-anak.

Akhirnya, didiklah anak-anak mengikut zaman mereka, bukan mengikut zaman kita...

Thanks for reading!




Tuesday, June 24, 2014

Jom cuci kolon

Rasa kontroversi pula bila letak tajuk cuci kolon... Nak cuci dengan apa? Boleh ke cuci kolon? Ok, mulanya kita kene lihat hari ini kita banyak mengambil makanan yang tidak berkhasiat setiap hari. Kita suka makan makanan yang tinggi gula, banyak minyak, banyak perasa tiruan dan masin. Maka, kehidupan hari dikelilingi masyarakat yang tidak sihat dan kolon /usus bermasalah.



Kenapa perlu bersihkan kolon?

Banyak faedah yang akan kita dapat bila kolon kita bersih, antaranya:
+ meningkatkan tenaga badan, tidak lagi letih dan lesu
+ menyeimbangkan nilai pH dalam salur darah
+ vitamin dan mineral dapat diserap dengan baik
+ mencegah kanser kolon
+ Mengelakkan kehilangan berat badan


Bagaimana bersihkan kolon?

1. Ambil fiber.
Untuk dapatkan kesan optimum, kita disarankan untuk mengambil 25-35 gram fiber setiap hari.



2. Sayur-sayuran dan buah buahan segar
Sesiapa yang mempunyai masalah dengan sistem pencernaan seperti sembelit, elok ambil buah-buahan seperti buah naga. Kita sebenarnya telah diberikan suppliment dan vitamin semulajadi yang bagus oleh Allah untuk merawat penyakit kita. Sesetengah daripada sayuran dan buah ini merupakan antioksida yang baik. Pilih sayuran hijau juga bagus kerana klorofil pada tumbuhan ini dapat melindungi salur pencernaan kita.



3. Probiotik
Kita selalu dengar berkenaan probiotik. Bukan semua bakteria yang hidup merupakan bakteria jahat. Probiotik memberikan bakteria yang akan melindungi dan membersihkan kolon kita.

4. Air dan jus.
Untuk sempurnakan proses pembersihan usus, kita kene hindari daripada terkena hidrasi. Minum banyak air untuk mencuci kolon atau usus kita. Ia juga mampu mengelakkan dehidrasi badan dan membaikkan sistem pemcernaan. Elakkan dari mengambil kafein dan alkohol yang boleh menyebabkan hidrasi berlaku.



Boleh amalkan semua perkara ini, insyaAllah kita akan hidup dengan lebih baik. Shaklee ada produk Herb-lax kalau kita tak sempat untuk amalkan perkara semulajadi diatas... Ia boleh mencuci kolon atau usus anda.. :)

Thanks for reading!


Bermain itu belajar

Assalamualaikum, apa khabar hari ini? Semoga kita dan anak-anak sentiasa sihat dan berada dalam kasih-sayang Allah..

Saya membaca sebuah buku keluaran PTS bertajuk screaming free parenting tentang bagaimana ingin menjadi ibu bapa yang bersifat kasih pada-anak anak. Buku sangat bagus dan saya rasa perlu berkongsi dengan semua.



Beberapa hari lepas juga, saya sempat berbual dengn adik mengenai perkembangan minda anak-anak. Proses perkembangan minda yang sangan penting untuk dijaga adalah bermula dari 0 hingga 5 tahun. Dalam tempoh tersebut, ibu bapa perlu memberi makanan yang berkhasiat kpada mereka seperti kurma, kismis, kekacang dan sebagainya. Ini penting supaya minda mereka dapat berkembang sebaiknya.


Sama seperti buku yang saya baca, penulis memberitahu bahawa pada usia 0-5 adalah the golden ages bagi anak-anak. Sebagai ibu bapa kita tidak seharusnya mengabaikan mereka. Ubah paradigma lama kita yang menganggap zaman kanak-kanah hanya zaman remeh temah dan tidak perlu dianggap perkara yang mustahak atau penting. Tapi berubahlah kepada paradigma baru yang menganggap tempoh tersebuat adalah zan keemasan yang perlu digilap bagi mendapatkan kebaikan pada tempoh usia keemasan ini

5 tahun pertama adalah kegemilangan anak dari segi:
1. Ruang intelektual
2. Emosi
3. Spiritual
4. Tingkah laku motor anak.



Bagaimana bermain sambil belajar?

Dr  Anggani Sudono seorang pakar pengurusan pendidikan Indonesia berkata anak-anak akan belajar semasa bermain apabila mereka melakukan beberapa perkara berikut:

* Menggunakan pancaindera - semakin banyak menggunakan pancaindera, semakin baik proses belajar.
* Mendapat kejayaan
* menggunakan bahasa sendiri
* menemui diri sendiri
* diberi peluang meneroka
* disesuaikan dengan gaya belajar mereka
* berperasaan positif
* berpeluang menilai diri sendiri
* berkomunikasi dengan orang yang lebih tinggi komunikasinya.

Paling elok adalah, semasa anak-anak bermain kita menemani mereka bermain atau bermain bersama mereka. Ini kerana ibu bapa adalah dunia anak-anak..

Thanks for reading !



Tuesday, June 17, 2014

persiapan menghadapi Ramadhan

Tinggal beberapa hari lagi untuk kita menyambut bulan Ramadhan. Rasa tak sabar nak jumpa bulan yang hebat ini. Biasanya kalau nak jumpa sesuatu yang istimewa, kita tentu akan buat persediaan terbaik untuk bertemu dengannya kan? Disini saya ingin berkongsi beberapa tips yang boleh diamalkan untuk menghadapi bulan yang mulia itu.




1. Berpuasa - seeloknya latih dulu diri kita untuk berpuasa sunat sebelum menyambut Ramadhan. Terutamanya pada bulan Rejab dan Syaaban. Ini penting supaya kita sudah biasa dengan amalan puasa, dan badan kita tidak terlalu letih. InsyaAllah.. :)

2. Berdoa - Kita diajar untuk berdoa supaya Allah memberi rezeki kepada kita untuk bertemu bulan Ramadhan. Ia adalah usaha yang murni dan boleh diamalkan bermula bulan Rejab lagi.

3. Amalkan solat tahajjud - solat tahajjud adalah latihan yang sangat praktikal untuk dilakukan. Ia adalah latihan kepada solat sunat terawih nanti. Ia juga merupakan ibadah tambahan untuk menunjukkan ketaatan kita kepada Allah saw.



4. Membaca AlQuran - Bermula dari sekrang, berlatihlah untuk membaca AlQuran. Dari sehari ke sehari tingkatkan pembacaan. InsyaAllah apabila Ramadhan nanti kita mampu untuk menghabiskan 30 juzuk dalam masa sebulan.

5. Tidur awal - selain memberi kesan yang baik pada kesihatan, tidur awal juga sangat baik untuk memudahkan kita bangun bersahur nanti.

6. Bersabar - berlatihlah bersabar. Sabar dalam menahan marah dan sabar untuk melakukan ketaatan.

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya..

Thanks for reading !

Back to Top