Slider

Tuesday, June 24, 2014

Bermain itu belajar

Assalamualaikum, apa khabar hari ini? Semoga kita dan anak-anak sentiasa sihat dan berada dalam kasih-sayang Allah..

Saya membaca sebuah buku keluaran PTS bertajuk screaming free parenting tentang bagaimana ingin menjadi ibu bapa yang bersifat kasih pada-anak anak. Buku sangat bagus dan saya rasa perlu berkongsi dengan semua.



Beberapa hari lepas juga, saya sempat berbual dengn adik mengenai perkembangan minda anak-anak. Proses perkembangan minda yang sangan penting untuk dijaga adalah bermula dari 0 hingga 5 tahun. Dalam tempoh tersebut, ibu bapa perlu memberi makanan yang berkhasiat kpada mereka seperti kurma, kismis, kekacang dan sebagainya. Ini penting supaya minda mereka dapat berkembang sebaiknya.


Sama seperti buku yang saya baca, penulis memberitahu bahawa pada usia 0-5 adalah the golden ages bagi anak-anak. Sebagai ibu bapa kita tidak seharusnya mengabaikan mereka. Ubah paradigma lama kita yang menganggap zaman kanak-kanah hanya zaman remeh temah dan tidak perlu dianggap perkara yang mustahak atau penting. Tapi berubahlah kepada paradigma baru yang menganggap tempoh tersebuat adalah zan keemasan yang perlu digilap bagi mendapatkan kebaikan pada tempoh usia keemasan ini

5 tahun pertama adalah kegemilangan anak dari segi:
1. Ruang intelektual
2. Emosi
3. Spiritual
4. Tingkah laku motor anak.



Bagaimana bermain sambil belajar?

Dr  Anggani Sudono seorang pakar pengurusan pendidikan Indonesia berkata anak-anak akan belajar semasa bermain apabila mereka melakukan beberapa perkara berikut:

* Menggunakan pancaindera - semakin banyak menggunakan pancaindera, semakin baik proses belajar.
* Mendapat kejayaan
* menggunakan bahasa sendiri
* menemui diri sendiri
* diberi peluang meneroka
* disesuaikan dengan gaya belajar mereka
* berperasaan positif
* berpeluang menilai diri sendiri
* berkomunikasi dengan orang yang lebih tinggi komunikasinya.

Paling elok adalah, semasa anak-anak bermain kita menemani mereka bermain atau bermain bersama mereka. Ini kerana ibu bapa adalah dunia anak-anak..

Thanks for reading !



No comments :

Back to Top