Slider

Monday, June 30, 2014

PUASA : Proses detoksifikasi dan remadi terhebat

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ni dah dua hari kita berpuasa. Beberapa minggu sebelum Ramadhan cuaca Malaysia sangat panas. El Nino barangkali. Tapi dengan rahmat Allah, Ramadhan hari ini disambut dalam suasana sejuk dan damai.



Bulan puasa ni adalah tempoh latihan yang sangat baik untuk kita merasai penderitaan dan kesuasahan sahabat handai yang berada di setiap pelusuk dunia ini. Selain itu, ia juga bagus untuk kesihatan badan.

Detoksifikasi.

Detoksifikasi adalah salah satu daripada proses untuk membersih dan membebaskan badan daripada toksin dan racun. Kehidupan hari ini dipenuhi dengan pelbagai jenis penyakit. Ini kerana pemakanan yang kita ambil setiap hari tidak sesegar zaman mak ayah kita dulu. Jadi kita selalu sakit dan mengambil pelbagai jenis ubat-ubatan, supplement, dan rawatan untuk memulihkan sistem badan.

Melalui puasa, semua perkara tersebut boleh dikurangkan dan ini terbukti dapat menyegarkan badan kita.




Remedi alami

Hebatnya Allah, Dia memberi kita remadi yang paling senang. PUASA. Biasa dengan berpuasa kita dapat mengelak dan merawat pelbagai jenis penyakit. Antaranya, insomnia (susah untuk tidur), asma, masalah pencernaan dan penyakit kulit. 

Tahukah anda, apabila binatang sakit, cara yang paling mudah mereka lakukan untuk proses penyembuhan adalah dengan menjauhi makanan. Teknik ini bukan hanya bagus untuk binatang, ia juga berkesan untuk manusia. 



Bakteria hidup dengan bantuan iron melalui makanan. Dengan berpuasa, kita telah mengurangkan pengambilan iron bagi bakteria tersebut. Ini dapat mematikan bakteria berkenaan.

Jika kita dengar ada yang mati disebabkan berpuasa dari makan dan minum dalam tempoh yang singkat ini, para doktor perlu menyelidik faktor lain yang menyebabkan kematian tersebut bukannya disebabkan puasa. Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Lencet dalam jurnal perubatan.

Akhirnya, puasa memberi kesan yang baik pada tubuh badan kita. Bukan hanya aspek spiritual, malah jasmani juga. Selamat menjalani ibadah puasa... Ramadhan kareem :)

Thanks for reading !

No comments :

Back to Top