Slider

Monday, February 24, 2014

Elakkan guna KENAPA pada anak..

Assalamualaikum, 

                         Bila balik rumah, alat mainan anak bersepah merata-rata
                         Bila anak lelaki asyik bermain dan malas buat kerja sekolah
                         Bila anak perempuan tak nak pergi mengaji walau kita dah bawa tudung 

Perkara biasa yang akan kita lakukan apabila lihat perkara ini adalah dengan bertanya..KENAPA?

                         Kenapa selalu sepahkan mainan? mama penat tau!
                         Kenapa malas buat kerja sekolah ni?
                         Kenapa malas mengaji?

Ini adalah reaksi biasa apabila kita memaksa anak untuk memberi jawapan.



Kebiasaan jawapan yang kita dapat bila bertanya "kenapa" adalah "entah, tak tahu" atau mereka akan duduk senyap, berdiam diri.

Tips untuk dapatkan jawapan kenapa anak lakukan perkara tersebut tanpa bertanya "KENAPA"

Pra sekolah : Pada usia begini, cuba ulas apa yang anda lihat. "Wah, banyaknya mainan" Kemudian cakaplah kepada anak akibat dari mainan yang bersepah. Mungkin ada yang akan terjatuh bila tersepak atau terpijak mainan yang bersepah. Ajak anak mengemas bersama. Latih mereka untuk berfikir dan memberi cadangan "Abang rasa kita nak kemas lori dulu atau bola dulu ye?"

Anda juga boleh mengasah pemikiran anak dengan bertanya dan brainstorm bersama mereka semasa mengemas. Antaranya : "Cuba abang cari idea, macam mana kita nak buat supaya kita tak perlu kemaskan permainan ni selalu ?"

Galakkan anak memberi pandangan dan pujilah cadangan yang mereka berikan.



Remaja: Anak remaja dilihat sebagai seorang sudah mampu untuk membuat keputusan sendiri. Tetapi sebenarnya mereka masih dalam proses membangunkan pemikiran dalam membuat keputusan. Kebiasaannya, keputusan yang dibuat oleh mereka banyak dipengaruhi oleh faktor sosial dan persekitaran sekeliling. Ini kadang kala menjadikan mereka keliru dalam membuat keputusan dan berfikir dengan baik. Maka, bersabarlah dengan anak remaja anda. Galakkan mereka untuk berfikir sendiri. Jangan kritik keputusan yang mereka buat, malah doronglah meeka membuat keputusan yang baik. Perhatikan apa yang mereka cadangkan tanpa perlu menghakimi mereka.



Sekiranya anak anda dilihat sangat sedih, marah atau cemas lebih dari kebiasaan, berilah tumpuan yang lebih kepada mereka dan carilah punca. Sekiranya tidak dapat dikenalpasti atau masalah lebih teruk seperti anak mengurungkan diri dan tidak berminat dengan aktivi kegemaran mereka, seeloknya, berjumpalah dengan mereka yang profesional seperti kaunselor.

Thanks for reading!

Saturday, February 22, 2014

Penjaga bayi dan susu ibu

Menjayakan penyusuan susu ibu secara esklusif selama 2 tahun bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Saya yakin ramai antara kita mempunyai cabaran tersendiri untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak. Salah satu cabarannya adalah berurusan dengan penjaga anak kita. Seeloknya, bagi ibu bekerjaya, carilah penjaga bayi yang menyokong penyusuan secara esklusif. Tapi, sekiranya tidak dapat, perkara pertama yang seeloknya dilakukan adalah dengan sentiasa memberitahu mereka kebaikan susu ibu dan hasrat kita untuk tidak memberi susu formula kepada anak.



Antara perkara yang boleh kita lakukan apabila berurusan dengan penjaga anak adalah memudahkan urusan mereka. Jadikan mereka sebagai pasangan untuk menjayakan penyusuan. Banyak bercerita dan bersembang cara pengendalian susu perahan. Seeloknya, hadiahkan mereka bahan bacaan supaya mereka lebih faham cara pengendalian susu perahan.



Ibu yang kembali bekerja boleh amalkan beberapa tips dibawah apabila berurusan dangan penjaga bayi dan memudahkan urusan mereka:
1.       Letakkan susu perahan dalam botol simpanan dengan sukatan yang biasa diminum oleh ba yi (Jangan letak dalam plastik simpanan susu)
2.       Pastikan susu perahan yang diberi kepada penjaga bayi dalam keadaan cair dan tidak beku
3.       Labelkan botol dengan aturan nombor yang perlu diminum oleh bayi (bermula 1,2 dan seterusnya) supaya pengurus bayi tahu susu yang mana perlu diambil terlebih dahulu
4.       Masukkan kesemua botol yang telah dilabel dalam satu bekas dan letakkan nama bayi supaya tidak tertukar nanti.


5.       Kemudian bekas ini diletakkan kedalam peti sejuk bahagian bawah bagi dibekalkan kepada penjaga keesokkan hari.
6.       Esoknya, masukkan bekas dalam beg tahan sejuk. Tambah ais untuk kekalkan suhu susu perahan
7.       Apabila sampai di rumah penjaga bayi, terus masukkan bekas yang mengandungi botol susu perahan kedalam peti sejuk
8.       Beg tahan sejuk tadi boleh dibawa ke tempat kerja untuk menyimpan susu yang diperah di tempat kerja.
9.       Seeloknya, bekalkan pengasuh dengan pemanas elektrik untuk susu perahan

Akhirnya, tidak mustahil untuk menjayakan penyusuan secara esklusif selama 2 tahun. Apa yang penting banyakkan berdoa supaya tuhan memudahkan urusan kita dalam memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

Set menyusu Shaklee




Thanks for reading!


Wednesday, February 12, 2014

Antibiotik : Keburukan lebih banyak dari kebaikan


Assalamualaikum,


Ramai ibu bapa yang meminta saya menulis tentang antibiotik. Antibiotik menjadi subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga kini. Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada tahun 1928 (sebelum itu dijumpai oleh seorangpelajar perubatan dari German pd 1896 - tapi tak popular), penicillium yang merupakan produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai bakteria. Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai rawatan utama.


Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas diseluruh dunia. Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang membunuh bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic). Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak di dalam badan.


Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.


Sebagai contoh - Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. (pandaaaii..... :) )


Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.


Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?


1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.


2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik bolehmenyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut. Sila lihat gambar.




3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan "candida", sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.


Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.


Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring


Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.


Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.




Kos Perubatan Meningkat


Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?




Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?


1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab...


a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat
garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar
dibezakan untuk sesetengah pesakit.

b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)
c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. "Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi". atau "ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik". Hilang seorang pelanggan...
d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.


2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.


"Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik". Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.




Cara Saya


Anda patut percaya, saya sendiri sebagai doktor, tak pernah memberi antibiotik kepada anak saya yang batuk, demm atau selsema selama seminggu. Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang.


Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema, saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mesti dihabiskan.


Perlu diberitahu di sini... Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.


Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat!


"Doktor, saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting. Boleh bagi saya antibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting esok".


Pertama sekali saya nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit selain daripada ujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang badan kita ini perlukan rehat kerana bekerja terlalu kuat. Antibiotik tak boleh membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala sekiranya anda mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat.


Kedua, untuk memberi antibiotik, perlu ada caranya. Mulakan dengan antibiotik yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru naik selangkah demi selangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak bunuh seekor nyamuk, janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh bakteria yang tak beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling kuat. Itu salah cara.


Tujuannya adalah untuk memastikan antibiotik yang paling kuat disimpan untuk menghadapi kuman yang sama kuat juga. Sekiranya kuman biasa pun dah menjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman yang paling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan.
Bayangkan, tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria... Sedikit luka di kaki pun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman sebelum Perang Dunia Kedua!!

Sumber : Dr Azwan

Thanks for reading !



Monday, February 10, 2014

Pam susu yang mana paling baik untuk saya?

Tempoh sebulan bersama bayi selepas bersalin adalah saat-saat indah bagi kita kan? Sebab kita mampu untuk memberikan susu terbaik kepada simanja kita secara terus. Tapi, apabila cuti bersalin dah habis, tentu kita dalam dilema samaada ingin membeli pam susu untuk simanja atau tidak. Kalau nak beli, pam apa yang sesuai? Jenama apa? Jenis bagaimana?

Sebelum membeli pam susu, ada beberapa perkara yang perlu dilihat:

1. Gaya kerjaya ibu
- Jika kita bekerja dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, seeloknya kita perlu mengepam sebanyak 3 kali dalam tempoh tersebut di tempat kerja. Jadi, pemilihan pam automatik yang boleh memerah payudara secara serentak adalah yang terbaik (double pump). Ini kerana, tugas ibu yang sibuk di pejabat memerlukan pam yang dapat mengeluarkan susu dengan cepat dan berkesan.



- Bekerja separuh masa. seeloknya dapatkan pam manual yang ringan dan senang digunakan. Ia mudah dan lebih murah. Ibu sebaiknya menyusukan anak sebelum keluar bekerja (tempoh bekerja 2-3 jam) dan selepas pulang ke rumah.

2. Keberkesanan dan keselesaan pam
Seeloknya dapatkan pam yang boleh dikawal kadar kelajuan kitaran vakum dan elakkan dari membeli pam yang mempunyai sedutan yang terlalu lama kerana ia akan menyebabkan tisu payudara cedera. 
Sekiranya anda seorang ibu yang perlu banyak (outstation) atau perlu berada dilapangan, pilihlah pam yang ringan dan bersaiz kecil sebab ia memudahkan anda membawanya kemana sahaja.



Sebelum membeli pam tertentu, buatlah review terlebih dahulu. Dapatkan ulasan dan komen pengguna yang telah membeli pam yang anda minat. Pilih pam yang terbaik bersesuaian dengan budget dan gaya hidup kita. Anda juga boleh mencuba pam yang ingin dibeli di beberapa kedai yang menjual barang penyusuan sebelum membuat keputusan. 

Akhirnya, apa yang perlu kita sematkan dalam hati, kejayaan penyusuan bukan bergantung pada pam yang mahal semata-mata.. :)

Shaklee menawarkan set penyusuan terbaik untuk para ibu semua. Sila dapatkan dari pengedar kami segera


Thanks for reading!




Wednesday, February 5, 2014

Apa yang ada dalam susu ibu?


Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Pagi yang indah dan ceria..InsyaAllah. Hari ini saya ingin berkongsi dengan teman-teman semua pasal minuman terbaik yang tuhan ciptakan iaitu susu ibu. Dalam cairan bewarna putih ini ada banyak kandungan yang unik untuk pembesaran dan kecerdikan si manja kita.


Lemak
Terdapat 3.5-4.5% lemak dalam susu ibu. Walaupun kandungan lemak ini tinggi, ia mudah diserap oleh bayi. Bila diperhatikan, kandungan kolesterol dalam susu ibu juga tinggi. Tetapi, dalam banyak kajian mendapati bayi yang tidak diberi susu ibu adalah lebih ramai menghidap penyakit (penyakit kulit dan sistem pencernaan yang menyebabkan kematian).

Vitamin
Terdapat banyak vitamin dalam susu ibu. Antaranya vitamin K yang berfungsi sebagai pemangkin dalam pembentukan darah. Selain itu terdapat juga vitamin D dan E yang terdapat dalam kolostrum. Kesemua vitamin ini terdapat dalam air susu ibu dalam jumlah yang cukup dan mudah diserap.


Dalam air susu ibu juga terdapat komponen yang berfungsi melindungi bayi dari serangan penyakit berjangkit, bakteria, virus, parasit dan kulat. Bayi yang diberi minum ibu secara eksklusif biasanya jarang mendapat penyakit kerana terdapat zat protektif dalam susu ibu.

Lactobacilluc
Ia berfungsi mengubah laktosa kepada asid laktat dan asid asetat. Kepentingan asid ini adalah dapat menghindar pembiakan E.Coli yang boleh menyebabkan cirit-birit dan kulat pada bayi. Lactobacilluc tumbuh cepat kerana kewujudan nitrogen dalam susu ibu . Ia berbeza dengan susu formula yang tidak mempunyai faktor ini.

Laktoferin
Laktoferin merupakan protein yang boleh menghalang pertumbuhan virus staphylococcus dan EColi. Kandungannya sebanyak 100mg/100ml


Antibodi
Air susu ibu juga terdapat antibodi bagi rotrovirus, polio, dan campak. Ia juga terdapat antigen pada Helicobacter Pylori yang merupakan antara penyebab cirit-birit. Kadar ini sangat tinggi pada kolostrum dan akan berkurang apabila bayi berumur 1 bulan, kemudia kadarnya menetap selama tempoh menyusu.



Akhirnya, dalam susu ibu terdapat terlalu banyak formula hebat ciptaan tuhan yang sesuai dengan umur dan tahap perkembangan bayi. Ia sangat berbeza dengan susu formula yang hanya mempunyai formula tetap dan tidak berubah.


Shaklee juga menawarkan set ibu menyusu untuk menjadikan kita lebih sihat bertenaga semasa menyusukan si manja. Banda yang sihat dan fikiran yang tenang akan membanyakkan pengeluaran air susu, disamping pengamalan konsep supply and demand. Happy breastfeeding :)

Thanks for reading!

Tuesday, February 4, 2014

Penjagaan waktu berpantang

Biasanya selepas bersalin, ibu mempunyai tugasan yang sangat banyak terutama bagi bukan kelahiran pertama. Mereka perlu memikirkan urusan rumahtangga yang biasa dilakukan ditambah dengan kehadiran orang baru yang perlu dijaga dan diberi perhatian.



Manfaatkan waktu rehat
Bayi yang baru dilahirkan masih kecil dan kebiasaannya banyak tidur dari jaga. Oleh itu, gunakan masa ini untuk berehat secukunya. Jika terasa susah untuk tidur, berbaringlah dikerusi panjang atau sofa sambil menikmati minuman panas dan tenangkanlah fikiran. Rehat yang cukup akan mengurangkan tekanan pada anda, seterusnya mempercepatkan proses penyembuhan luka.



Makanan berzat
Semasa dalam proses bersalin, tubuh ibu akan kehilangan banyak darah. Ambillah vitamin dan zat besi untuk mempercepatkan penyembuhan. Pemilihan makanan perlulah mempunyai protein yang tinggi dan mengurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat. Jangan lupa untuk mengambil buah-buahan dan sayuran segar. Ibu yang lepas bersalin juga perlu minum air bagi mengelakkan sembelit. Kuantiti air tidak perlu terlalu banyak, cukuplah dengan minum apabila dahaga. Kebiasaannya tubuh kita memerlukan 2//4 L cecair dalam tempoh 24 jam.



Para ibu perlu berhati-hati dalam memilih makanan terutama bagi ibu yang menyusukan anak. Ini kerana, pengambilan makanan yang tidak sesuai akan memberikan kesan kepada anak anda. Kesan pengambilan makanan yang tidak sesuai akan memberi kesan kepada bayi dalam tempoh 24 jam. Hentikan pemakanan yang boleh menyebabkan kembung dan cirit-birit pada bayi.

Bersenamlah.
Siapa kata wanita bersalin tidak boleh bersenam? Untuk dapatkan tubuh yang langsing dan fikiran yang tenang selepas bersalin, selain mengambil makanan yang berkhasiat dan rehat yang cukup,
anda perlu bergerak. Jangan hanya duduk dan baring. Lakukanlah pergerakan atau senaman ringan seperti menyorong kereta bayi dalam masa setengah jam sehari. Senaman ringat boleh menguatkan otot anda. Lakukanlah dengan senaman yang ringan terlebih dahulu. Apabila telah kuat, tingkatkan senaman keperingkat yang lebih berat. Cuma perlu ingat, elakkan dari mengangkat barang yang berat



Pemeriksaan selepas berpantang
Pemeriksaan postnatal amat digalakkan untuk ibu yang lepas bersalin. Berjumpalah dengan doktor untuk memastikan semua system fisiologi telah pulih. Ia juga penting untuk mengesan sebarang kelainan pada badan atau terdapat kesan jangkitan pada jahitan. Ujian pap smear juga boleh dilakukan pada waktu ini

Shaklee juga ada menawarkan produk set berpantang. Ia sangat bagus untuk anda mencubanya..




Thanks for reading!



Monday, February 3, 2014

Fiqh Haid

Assalamualaikum semua,

Hari ini kita akan membincangkan beberapa perkara mengenai haid. Permasalahan ini sangat penting kerana ia berkait rapat dengan amal ibadah kita

Fiqh haid

1. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum waktu Subuh, kira-kira sempat solat Isya' sebanyak satu rakaat, 
maka wajib baginya QADHA SOLAT MAGHRIB DAN ISYA'

2.Jika perempuan yang haid mendapati darah haid berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuk waktu Maghrib, kira-kira sempat solat Asar sebanyak satu rakaat, 
(kebiasaannya perempuan akan mandi wajib pada waktu maghrib/ sebelum maghrib)
maka wajib baginya QADHA SOLAT ZOHOR DAN ASAR.

3.seorang wanita yang lazimnya didatangi haid selama enam hari bermula awal setiap bulan. Kemudian (pada satu bulan) dia mengalami pendarahan yang berterusan. Maka pendarahan enam hari yang pertama bermula dari awal bulan dikira sebagai haid manakala hari-hari selebihnya dikira sebagai istihadah.

Dalil:
Pernah berlaku kepada Umm Habibah binti Jahsy radhiallahu ‘anha dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada beliau:

“Duduklah (dalam keadaan haid) sekadar mana yang pernah kamu alami dari hari-hari haid kamu (yang biasa), kemudian hendaklah kamu mandi dan solat”. [Shahih Muslim – no: 334 (Kitab al-Haid)]

4. si isteri kering darah sebelum asar, pada pukul 4.15 p.m (DALAM WAKTU ZUHUR), si isteri pun ambil tuala mandi-mandi,dan siap pada pukul 4.45 p.m, lepas pada itu ,dia pakai baju sembahyang, dan tunaikan ASAR SAHAJA,

JAWAPANNYA:
Bila kering DALAM WAKTU ZUHUR, WAJIB kena qadha Zuhur itu tadi.

5.Waktu Zohor pukul 1.30 p.m,
Si isteri niatkan dalam hati nak smbahyang pukul 2,sebab tengah buat kerja (goreng ikan), nanti suami balik nk makan nasi tengah hari.

Jadi si isteri berazam nak buat zohor pukul 2.00 p.m
TETAPI tup-tup KELUAR HAID SEBELUM PUKUL 2.00 p.m

JAWAPANNYA :
Slepas suci daripada haid,mandi2..si isteri kene QADHA ZUHUR INI.sebab si isteri telah MENDAPAT wktu ZOHOR tadi DALAM KEADAAN SUCI

Harapnya semua ini dapat membantu kita dan memberi pencerahan berkenaan haid. Sebarkanlah pada rakan-rakan yang lain ye.


RUJUKAN: 
1. Ihya'Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali, 
Bab 3: Perkara berkaitan dengan Haid, penjelasan terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid
2. ustaz Azhar Idrus

Thanks for reading !

Kini Tidak Lagi Mustahil Untuk Penyusuan Secara Eksklusif Selama 2 Tahun

Saya mempunyai ramai kawan yang bekerja tapi masih mampu menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun penuh. Walaupun mereka seorang pramugari atau doktor yang perlu menjalankan pembedahan selama berjam-jam atau salah seorang anggota tentera yang perlu kadang kala menghadiri latihan ketenteraan selama berminggu-minggu di kem-kem, mereka tetap berjaya menyusukan anak secara eksklusif secara 2 tahun.  Mereka adalah antara penguat semangat saya untuk meneruskan penyusuan selama 2 tahun.



Sebelum bersalin anak pertama, saya sudah membuat sedikit review pasal pam yang sesuai bagi ibu bekerja. Ada yang mahal, murah, motor yang berat, single pump, double pump. Kekadang, saya menjadi dilema nak pilih pam yang mana satu.

Apabila dah masuk kerja, cabaran mengepam sangat besar. Saya membaca beberapa buah buku supaya saya terus berdisiplin dan istiqomah dalam mengepam. Saya ingin berkongsi dengan semua apa yang saya dapat dari buku Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu keluaran PTS.


Perkara paling penting untuk menjayakan Penyusuan Susu Ibu adalah penetapan matlamat bagi ibu iaitu matlamat jangka panjang dan jangka pendek. Matlamat terbaik adalah dengan menetapkan azam penyusuan bayi selama 6 bulan secara eksklusif. Kemudian teruskan sampai 2 tahun dengan memberi makanan pelengkap.


Cadangan penetapan matlamat jangka pendek

a.       Bagi anda yang baru pertama kali menjadi ibu, tetapkan dulu matlamat untuk menyusukan secara eksklusif selama 2 minggu atau sebulan
b.       Selepas berjaya, teruskan sehingga habis cuti bersalin
c.        Andai matlamat penyusuan eksklusif tidak tercapai, jangan terlalu risau kerana anda boleh memulakan semula penyusuan kepada simanja
d.       Jika telah kembali bekerja, tetapkan matlamat supaya berjaya memerah bagi dua minggu atau sebulan selepasnya
e.        Sekiranya berjaya, bilangan bulan ditambah kepada dua bulan berikutnya sehingga bayi berumur enam bulan
f.        Tanpa sedar, kita telah berjaya membekalkan susu ibu kepada bayi selama enam bulan. Ini satu pencapaian yang sangat hebat!
g.        Kemudia teruskan matlamat sehingga bayi berumur 9 bulan dan seterusnya hingga bayi mencecah 2 tahun


Bagi menjayakan matlamat ini, kita kene pastikan dirumah kita tiada sebarang susu formula dalam tin. Berfikir positif dan katakana yang susu kita cukup untuk anak kita. Mungkin kita boleh menjauhi sebentar mereka yang tidak menyokong penyusuan secara eksklusif sehingga kita betul-betul yakin untuk berdepan dengan mereka. Akhirnya apa yang paling penting, beri kefahaman kepada suami berkenaan kebaikan menyusukan anak secara eksklusif kerena mereka adalah orang yang akan menyokong kita sekiranya kekadang ada putus asa dalam menjayakan matlamat kita.



Akhirnya, kami juga menawarkan set penyusuan untuk anda bagi boost kan tenaga ibu menyusu disamping membekalkan supplement terbaik untuk anda dan si manja



Rujukan:
1. Membesarkan anak hebat dengan susu ibu
2. Kumpulan ibu-ibu menyusu

Happy Breastfeeding!


Thanks for reading!


Back to Top