Menjayakan penyusuan susu ibu secara esklusif selama 2 tahun
bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Saya yakin ramai antara kita mempunyai
cabaran tersendiri untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak. Salah satu cabarannya
adalah berurusan dengan penjaga anak kita. Seeloknya, bagi ibu bekerjaya,
carilah penjaga bayi yang menyokong penyusuan secara esklusif. Tapi, sekiranya
tidak dapat, perkara pertama yang seeloknya dilakukan adalah dengan sentiasa
memberitahu mereka kebaikan susu ibu dan hasrat kita untuk tidak memberi susu
formula kepada anak.
Antara perkara yang boleh kita lakukan apabila berurusan
dengan penjaga anak adalah memudahkan urusan mereka. Jadikan mereka sebagai
pasangan untuk menjayakan penyusuan. Banyak bercerita dan bersembang cara
pengendalian susu perahan. Seeloknya, hadiahkan mereka bahan bacaan supaya
mereka lebih faham cara pengendalian susu perahan.
Ibu yang kembali bekerja boleh amalkan beberapa tips dibawah
apabila berurusan dangan penjaga bayi dan memudahkan urusan mereka:
1.
Letakkan susu perahan dalam botol simpanan
dengan sukatan yang biasa diminum oleh ba yi (Jangan letak dalam plastik simpanan
susu)
2.
Pastikan susu perahan yang diberi kepada penjaga
bayi dalam keadaan cair dan tidak beku
3.
Labelkan botol dengan aturan nombor yang perlu
diminum oleh bayi (bermula 1,2 dan seterusnya) supaya pengurus bayi tahu susu
yang mana perlu diambil terlebih dahulu
4.
Masukkan kesemua botol yang telah dilabel dalam
satu bekas dan letakkan nama bayi supaya tidak tertukar nanti.
5.
Kemudian bekas ini diletakkan kedalam peti sejuk
bahagian bawah bagi dibekalkan kepada penjaga keesokkan hari.
6.
Esoknya, masukkan bekas dalam beg tahan sejuk.
Tambah ais untuk kekalkan suhu susu perahan
7.
Apabila sampai di rumah penjaga bayi, terus
masukkan bekas yang mengandungi botol susu perahan kedalam peti sejuk
8.
Beg tahan sejuk tadi boleh dibawa ke tempat
kerja untuk menyimpan susu yang diperah di tempat kerja.
9.
Seeloknya, bekalkan pengasuh dengan pemanas
elektrik untuk susu perahan
Akhirnya, tidak mustahil untuk
menjayakan penyusuan secara esklusif selama 2 tahun. Apa yang penting banyakkan
berdoa supaya tuhan memudahkan urusan kita dalam memberikan yang terbaik untuk
anak-anak.
Set menyusu Shaklee
Thanks for reading!
No comments :
Post a Comment