Assalamualaikum,
Bila balik rumah, alat mainan anak bersepah merata-rata
Bila anak lelaki asyik bermain dan malas buat kerja sekolah
Bila anak perempuan tak nak pergi mengaji walau kita dah bawa tudung
Perkara biasa yang akan kita lakukan apabila lihat perkara ini adalah dengan bertanya..KENAPA?
Kenapa selalu sepahkan mainan? mama penat tau!
Kenapa malas buat kerja sekolah ni?
Kenapa malas mengaji?
Ini adalah reaksi biasa apabila kita memaksa anak untuk memberi jawapan.
Kebiasaan jawapan yang kita dapat bila bertanya "kenapa" adalah "entah, tak tahu" atau mereka akan duduk senyap, berdiam diri.
Tips untuk dapatkan jawapan kenapa anak lakukan perkara tersebut tanpa bertanya "KENAPA"
Pra sekolah : Pada usia begini, cuba ulas apa yang anda lihat. "Wah, banyaknya mainan" Kemudian cakaplah kepada anak akibat dari mainan yang bersepah. Mungkin ada yang akan terjatuh bila tersepak atau terpijak mainan yang bersepah. Ajak anak mengemas bersama. Latih mereka untuk berfikir dan memberi cadangan "Abang rasa kita nak kemas lori dulu atau bola dulu ye?"
Anda juga boleh mengasah pemikiran anak dengan bertanya dan brainstorm bersama mereka semasa mengemas. Antaranya : "Cuba abang cari idea, macam mana kita nak buat supaya kita tak perlu kemaskan permainan ni selalu ?"
Galakkan anak memberi pandangan dan pujilah cadangan yang mereka berikan.
Anda juga boleh mengasah pemikiran anak dengan bertanya dan brainstorm bersama mereka semasa mengemas. Antaranya : "Cuba abang cari idea, macam mana kita nak buat supaya kita tak perlu kemaskan permainan ni selalu ?"
Galakkan anak memberi pandangan dan pujilah cadangan yang mereka berikan.
Remaja: Anak remaja dilihat sebagai seorang sudah mampu untuk membuat keputusan sendiri. Tetapi sebenarnya mereka masih dalam proses membangunkan pemikiran dalam membuat keputusan. Kebiasaannya, keputusan yang dibuat oleh mereka banyak dipengaruhi oleh faktor sosial dan persekitaran sekeliling. Ini kadang kala menjadikan mereka keliru dalam membuat keputusan dan berfikir dengan baik. Maka, bersabarlah dengan anak remaja anda. Galakkan mereka untuk berfikir sendiri. Jangan kritik keputusan yang mereka buat, malah doronglah meeka membuat keputusan yang baik. Perhatikan apa yang mereka cadangkan tanpa perlu menghakimi mereka.
Sekiranya anak anda dilihat sangat sedih, marah atau cemas lebih dari kebiasaan, berilah tumpuan yang lebih kepada mereka dan carilah punca. Sekiranya tidak dapat dikenalpasti atau masalah lebih teruk seperti anak mengurungkan diri dan tidak berminat dengan aktivi kegemaran mereka, seeloknya, berjumpalah dengan mereka yang profesional seperti kaunselor.
Thanks for reading!
1 comment :
hmmmm thanks for tips kak =)
Post a Comment