Biasanya selepas bersalin, ibu mempunyai tugasan yang sangat
banyak terutama bagi bukan kelahiran pertama. Mereka perlu memikirkan urusan
rumahtangga yang biasa dilakukan ditambah dengan kehadiran orang baru yang perlu
dijaga dan diberi perhatian.
Manfaatkan waktu rehat
Bayi yang baru dilahirkan masih kecil dan kebiasaannya
banyak tidur dari jaga. Oleh itu, gunakan masa ini untuk berehat secukunya.
Jika terasa susah untuk tidur, berbaringlah dikerusi panjang atau sofa sambil
menikmati minuman panas dan tenangkanlah fikiran. Rehat yang cukup akan
mengurangkan tekanan pada anda, seterusnya mempercepatkan proses penyembuhan
luka.
Makanan berzat
Semasa dalam proses bersalin, tubuh ibu akan kehilangan
banyak darah. Ambillah vitamin dan zat besi untuk mempercepatkan penyembuhan.
Pemilihan makanan perlulah mempunyai protein yang tinggi dan mengurangkan
makanan yang mengandungi karbohidrat. Jangan lupa untuk mengambil buah-buahan
dan sayuran segar. Ibu yang lepas bersalin juga perlu minum air bagi
mengelakkan sembelit. Kuantiti air tidak perlu terlalu banyak, cukuplah dengan
minum apabila dahaga. Kebiasaannya tubuh kita memerlukan 2//4 L cecair dalam
tempoh 24 jam.
Para ibu perlu berhati-hati dalam memilih makanan terutama
bagi ibu yang menyusukan anak. Ini kerana, pengambilan makanan yang tidak
sesuai akan memberikan kesan kepada anak anda. Kesan pengambilan makanan yang
tidak sesuai akan memberi kesan kepada bayi dalam tempoh 24 jam. Hentikan
pemakanan yang boleh menyebabkan kembung dan cirit-birit pada bayi.
Bersenamlah.
Siapa kata wanita bersalin tidak boleh bersenam? Untuk
dapatkan tubuh yang langsing dan fikiran yang tenang selepas bersalin, selain
mengambil makanan yang berkhasiat dan rehat yang cukup,
anda perlu bergerak.
Jangan hanya duduk dan baring. Lakukanlah pergerakan atau senaman ringan
seperti menyorong kereta bayi dalam masa setengah jam sehari. Senaman ringat
boleh menguatkan otot anda. Lakukanlah dengan senaman yang ringan terlebih
dahulu. Apabila telah kuat, tingkatkan senaman keperingkat yang lebih berat.
Cuma perlu ingat, elakkan dari mengangkat barang yang berat
Pemeriksaan selepas berpantang
Pemeriksaan postnatal amat digalakkan untuk ibu yang lepas
bersalin. Berjumpalah dengan doktor untuk memastikan semua system fisiologi
telah pulih. Ia juga penting untuk mengesan sebarang kelainan pada badan atau
terdapat kesan jangkitan pada jahitan. Ujian pap smear juga boleh dilakukan
pada waktu ini
Shaklee juga ada menawarkan produk set berpantang. Ia sangat
bagus untuk anda mencubanya..
Thanks for reading!
No comments :
Post a Comment