Slider

Saturday, May 31, 2014

haid: Apa yang perlu anda tahu

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAUlebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapahal ini boleh terjadi??

Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orangPerempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetujudengan pandangan saya ini)

Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

"alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.

Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Thanks for reading !



Friday, May 30, 2014

RAWAT DEMAM TANPA DADAH

Demam bermakna badan sedang melawan virus/bakteria yang menyerang. Bila diberi ubat cepat sangat, mungkin akan menganggu pembentukan imun badan. 

Ini kemungkinan. Bila badan diserang virus/bakteria , antibodi badan akan mengangkat senjata melawan dan ketika itu badan akan panas. Jika kita beri ubat , virus/bakteria yang menyerang itu akan tertidur sebentar dan suhu badan pun turun. Bila virus/bakteria terjaga , imun badan baru angkat senjata untuk lawan (ketika itu badan panas semula) kita pun bagi ubat. Maka virus/bakteria tadi terlena semula ( suhu badan pun turun). Begitulah keadaan virus/ bakteria bangun tido bangun tido maka pembentukan sistem imun badan pun tidak terbentuk dengan sempurna. 



Jadi adalah lebih baik mengawal suhu badan. Mandi/jaram/jerlum untuk pastikan suhu tidak naik tinggi. Kita tak perlu takut untuk mandikan anak dengan kerap. Mandikan dengan air suam2 kuku. Setelah mandi, boleh sapukan minyak garlic kat dada..tapak kaki.. belakang anak. Tak sempat buat minyak garlic, minyak habbatussauda pun boleh.Tentu sejuk kan anak selepas mandi.

 Tak perlulah pakaikan cool fever yang diproses itu mungkin ada bahan kimia bahan bertoksik yang mungkin boleh beri kesan pada masa panjang.

Mandikan.Air mandian boleh dicampur 2-3 sudu cuka epal/cuka kurma/epsom salt.

Kemudian, kita perlu Upkan imun badan anak dengan makanan/minuman semulajadi. Bagi anak di bawah usia 180 hari, seharusnya diberikan hanya susu ibu sahaja. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak . Allah jadikan susu ibu yang tinggi khasiat semulajadi tiada tandingan.



Untuk aktiviti jaram/jerlum adakala anak tak suka dengan tuala basah di badan. Jadi, LEMON SOCK boleh dipraktikkan. Caranya mudah . Stokin dibasahkan keseluruhannya dengan perahan air lemon. Stokin ini bukan bertujuan memberi kepanasan tetapi untuk menyedut panas badan. Pakaikan basah2 hingga agak2 kering, kemudian basahkan lagi. Pakaikan stoking panjang sampai lutut pun takpe.

Sekiranya tiada lemon, boleh juga menggunakan cuka kurma, cuka epal, air asam jawa atau boleh guna hirisan garlic . Pakaikan pada anak berulang kali buatlah sehingga suhu anak kembali normal. 

Dalam masa yang sama, up imun badan anak. Bagi anak2 berumur lebih 7 bulan boleh diberikan vco, 8 bulan ke atas boleh bagi air kelapa, yogurt natural, air barli homemade, olivenol plus, minyak zaitun , bone broth (sup tulang/sup ayam direneh lama sikit), sesuaikan mengikut umur anak . 

Saya juga suka buat begini. Hiriskan bawang besar nipis2 masukkan dalam piring dan letak berdekatan tempat tidur anak. Tujuannya utk menyerap udara tak sihat. Menyerap kuman2 bertebangan. Jika anak tidak demam pun bagus buat begini sebab kadang2 bila kita sapu dan mop bawah tempat yang sempit seperti bawah katil bawah sofa , habuk2 berterbangan dan bawang merah akan memerangkap udara yang tidak sihat itu.




Banyak sebenarnya yang kita boleh lakukan hanya dirumah. Yang paling penting, kita tahu dengan jelas setiap satu persatu tindakan yang kita perlu ambil. 

Paling penting juga, kawallah pemakanan anak2. Janganlah diberi makan jajan, air kotak, nugget, sosej, kentang goreng, makanan segera seperti KFC , McD , pizza dan banyak lagi. Ini kerana pengawet, perasa, pewarna yang ada dalam makanan yang diproses membuatkan system imun badan terganggu dan lemah. Berilah anak2 makanan sebenar yang sihat. In shaa ALLAH, walaupun anak2 demam, takkan melarat.

Mari kita kembali kepada fitrah. Memasak makanan sebenar yang berkhasiat di rumah. Bukan setakat kenyang, kita dapat meningkatkan antibody dan detoks semulajadi .

 Kalau demam cirit birit, kalau dah start makan, bagi air kelapa, air barli homemade pun boleh. Jangan takut nak bagi. Sekali anak muntah atau cirit terus ambil tindakan serta supaya muntah/cirit tidak melarat.

 Anak kalau lepas demam memang ada yang meragam tak selera makan. Ubat saya senang dan mudah. Buat bone broth. Sup tulang yang direneh 2-3jam diletakkan 2buku garlic. Alhamdulillah, anak2 bertuah saya walau demam makan laju je 

Banyak rawatan semulajadi boleh dipraktikkan untuk merawat demam. Kita cuba baru kita tahu 

Sebaik-baiknya cutilah bila anak demam. Sebab jam2 pertama ketika anak diserang demam itulah penting untuk kita ambil tindakan serta merta supaya tidak melarat. Berkorbanlah demi anak yang diamanahkan kepada kita itu..

Thanks for Reading !

Tuesday, May 27, 2014

surat permohonan untuk berpoligami dan jawapan isteri

Letih bekerja atau melayan karenah anak-anak dirumah, kita baca cerita ni. Sekadar refreshment dan humor. Lepas baca ni kalau ada yang sedih, jangan layan sedih ye... Moga bahagia dan ceria :)

Razaki Hamid
No 39, Jalan Deda p 9,
Saujana Utama 2,
Sg. Buloh.

Rohana Jalil
No 39, Jalan Dedap 9,
Saujana Utama 2,
Sg. Buloh.


Puan,
PERMOHONAN UTK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sbb utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yg telah di perutkkan bagi saya. Buat masa ini kuota yg telah di isi cuma 1, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dpt di penuhi secepat mungkin. Pihak yg akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yg merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yg beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita ddlm organisasi keluarga kita. Kekosongan yg selebihnya akan di isi di masa akan dtg.

3. Utk makluman pihak puan, yg sbenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan ttpi memandangkan poket saya yg selalu nipis, terpaksalh saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan utk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dpt mengeluarkn kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yg telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dgn kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak & juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sbb jika tidak, manakan mungkin puan dpt menjdi seperti sekarang. Semua yg puan miliki sudah btambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar & pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dpt kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dpt menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan ttap menikmati apa yg telah puan miliki sekarang dgn waktu bekerja lebih singkat & sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja & 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yg selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yg puan akan nikmati ialah waktu rehat yg bebas kerana dlm puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yg puan lakukan. Pd waktu itu saya cuma akan fokus kpd hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dgn ribuan terima kasih. Saya amat berhrp pihak puan dpt meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dpt berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya hrp permohonan saya ini di balas dgn senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan & tandatangan puan di atas kertas yg saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukn senduk & perkara2 yg menyukarkn pihak puan utk melakukannya.

7. Saya hrp puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sbgimna ketika kita menyambut orang baru bayi kita kdlm keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dgn masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yg lepas kita perlu menjaga & membelainya dgn manja bersama ttapi kali ini, setiap urusan penjagaan & belaian manja akan dlaksanakn oleh saya spenuhnya.

8. Akhir kata, saya hrp permohonn saya ini dpt dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama2 dgn ketiga akan dpt melaksanakan program ini dgn jayanya.

Sekian, Terima Kasih.
"BERKORBAN & BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yg Ikhlas Memohon,
Suamimu...



-------------------------
Ni surat jwpan kpd yg nk tmbah kuota...[\Down]



Kpd:
En. Razaki
Surat dpd pihak tuan adalah dirujuk. Dukacita dimaklumkan, saya menolak permohonan berkenaan dgn hujah2 berikut.

1. Utk makluman pihak tuan, ini bukan kuota bumiputera yg wajib kena penuh. Tambahan kuota ini pastinya menyusahkan pihak tuan di kemudian hari.

2. Pihak saya juga berminat utk mengenali pompuan tak sedar diri tu, mcm dah takda lelaki lain dlm dunia ni. Saya juga bersedia utk 'mencili2kan' pompuan itu dgn pihak tuan sekali pd bila2 masa.

3. Pihak tuan selalu kata tiada duit nak beli itu ini. Tpi nak kahwin punya fasal semua duit simpanan pihak tuan sanggup habiskan. Dulu kata duit ASB tu utk masa depan, rupanya utk bini masa depan.

4. Pihak tuan cakap kata untung dua2 pihak? Cantik muka tuan, ingat niaga barang ke! Sebenarnya pihak tuanlah yg mengaut keuntungan 100% hasil penambahan kuota itu, sdgkan saya tidak mendpt apa2. Oleh itu, saya tidak dpt menerima permohonan yg menguntungkan sebelah pihak ini.

5. Pihak tuan juga sesedap mulut mengata saya tong drum, sdgkan tuan sendiri tu masa mandi kaki pun tak nampak, jln baru 5 langkah dah penat, badan pn dah mcm kungfu panda! Itu pn ada hati nak kahwin lagi konon.

6. Kongsi? Tuan ingat ni kereta ke? Sdgkan tidak berkongsi pun tuan jarang2 'memberi nafkah', inikan pula berkongsi.

7. Kerja syif? Saya ingin menegaskan ini bukan kerja kilang. Tambahan pula dgn 'prestasi kerja' tuan yg kian merosot, saya yakin tuan tidak mampu menjlnkan 'tggjwb' sebgi penyelia dgn berkesan. Saya selaku orang yg diselia oleh pihak tuan amat arif tentang 'prestasi' tuan yg tidak seberapa.

8. Cewah2 nak dibalas dgn senyuman penuh keikhlasan konon, klu tuan berani balik la rumah, kita. Sapa yg nak senyum sapa yg nak meraung.
Oleh itu, permohonan tuan ditolak & utk makluman tuan, pihak saya sudah menyediakan segala peralatn utk 'peperangan', itu pn klu tuan berani utk pulang ke rumah.

Terima kasih,
"SEDIA 'BERPERANG' DEMI RUMAHTANGGA"

Thanks for reading!

Friday, May 23, 2014

Senaman yang perlu dielak sewaktu hamil

Senaman adalah aktiviti yang sangat baik untuk dilakukan. Tetapi, sewaktu mengandung, bukan semua senaman boleh dilakukan kerana ia mungkin boleh menjejaskan kandungan anda. Antara senaman yang selamat dan senang adalah berjalan dan berenang seketika. Seeloknya banyakkan berehat, dapatkan tidur yang cukup dan menjaga mood supaya lebih baik dan ceria sepanjang tempoh kehamilan.

Senaman yang perlu dijauhi

1. Senaman untuk menurunkan berat badan
2. Sukan lasak dan sukan yang memerlukan pergerakan yang banyak dan berbahaya seperti hoki dan bola keranjang
3. Aktiviti yang memudahkan kemalangan berlaku. contohnya menungang basikal, menunggang kuda dan bermain ski. Aktiviti ini memerlukan keseimbangan badan dan tidak sesuai untuk ibu mengandung kerana dikhuatiri mereka akan terjatuh
4. Aerobik yang terlalu heavy
5. Mendaki gunung atau berada pada ketinggian 6,000 kaki. Sekiranya anda mempunyai tanda seperti :

* Pening
* Muntah
* Loya
* Penat dan letih
* Sakit kepala
* Sukar bernafas

Teruslah berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat yang sewajarnya.

Thanks for reading !


Thursday, May 22, 2014

Anemia sewaktu mengandung

Anemia sewaktu mengandung mungkin akan terjadi pada sesiapa sahaja. Ia menyebabkan darah kekurangan sel darah merah yang sihat untuk membawa oksigen ke tisu badan dan bayi dalam kandungan.

Siapa berisiko?
Setiap orang berisiko untuk mendapat anemia sewaktu mengandung. Tetapi, golongan berikut mempunyai risiko yang lebih tinggi sekiranya mereka tidak mendapat iron dan asid folik yang mencukupi sepanjang kehamilan:
* Ibu yang mengandung anak kembar
* Muntah yang teruk disebabkan morning sickness
* Usia remaja
* Makan makanan yang kurang iron
* Pernah mempunyai sejarah anemia semasa mengandung.



Simptom yang biasa terjadi bagi pesakit anemia sewaktu mengandung adalah :
- Kulit, bibir dan kuku yang pucat
- Cepat letih dan lesu
- Pening kepala
- Semput semasa bernafas
- Denyutan jantung yang laju

Kesan dan risiko anemia sewaktu mengandung:
- Bayi kurang berat atau kelahiran pramatang
- Kemurungan selepas bersalin
- Kehilangan darah yang banyak dan berlaku pemindahan darah sewaktu proses kelahiran
- Bayi akan menghadapi anemia
- Perkembangan anak akan lambat berbanding biasa



Pencegahan Anemia.

Bagi mencegah anemia, anda disarankan untuk mendapatkan iron yang mencukupi dengan makan makanan seimbang dan makan makanan yang mempunyai iron yang tinggi seperti:

* Sayuran yang mempunyai daun hijau terang ( cth: brokoli)
* Bijirin yang kaya dengan zat besi
* Daging dan ikan

Selain itu, makanan yang mengandungi vitamin c yang tinggi akan membantu iron diserap dengan lebih banyak dalam badan. Contoh makanan yang kaya vitamin C:
* Buah-buahan citrus
* Strawberi
* Kiwi
* Tomato

Cuba makan buah-buahan ini beserta iron. Contohnya, minum segelas jus oren dan cereal yang mengandungi zat besi untuk sarapan pagi.

Akhirnya, dapatkan maklumat doktor anda berkenaan vitamin yang perlu diambil untuk kesihatan yang maksimum semasa mengandung.

Untuk dapatkan lebih banyak maklumat, anda boleh baca di sini:

Thanks for reading!


Wednesday, May 21, 2014

Cara melahirkan anak alhafiz

Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajarkan murid-muridnya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun.

Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ” ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?”
“Ya,” jawab anak itu singkat.
” Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz



Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk)

Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya lebih muda berbanding murid-muridnya yang ada.

Dia pun cuba bertanya lebih jauh, “kamu hafal surat An-Nahl?”

Ternyata anak kecil itu menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dengan surah-surah yang lebih panjang.

“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?”

Anak kecil itu kembali mengiyakan dan membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, 

“Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”
“Ya,” jawabnya dengan jujur.



Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan,
“Subhanallah wa masyaallah,tabarakkallah”

Setelah hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,” Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”.

Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut, si ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, kehormat & pandai.

Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, “Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki. Dirumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”.



“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.”

Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka,

“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini,

“Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti”

Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.

Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah.



Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan,”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuataanya sama dengan seribu lelaki.”

Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Hanya orang-orang yang punya kemahuan & motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yang lain.

Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita.



Dengan menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, seperti sabda Rasulullah saw, “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim).

Perempuan yang kita tahu dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin.

Dalam keadaan kehamilannya yang berat, ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.
Semoga dari kisah diatas dapat kita ambil pelajaran & jadikan teladan.

Thanks for reading!


Tuesday, May 20, 2014

Durian Belanda - Penawar kanser semulajadi

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt...

Dunia semakin maju, teknologi semakin berkembang, perhubungan semakin baik, tapi semakin banyak penyakit yang melanda manusia. 

Kanser. 

Saya yakin ia adalah penyakit yang sangat ditakuti oleh setiap golongan masyarakat. Contohnya kanser payudara adalah antara  punca utama penyebab kematian golongan wanita di Malaysia. Kanser terjadi disebabkan pembahagian sel secara tidak terkawal pada badan manusia. Kebiasaannya, rawatan kemoterapi adalah langkah yang akan dicadangkan oleh pakar perubatan dalam merawat penyakit ini.



Melalui pembacaan saya, terdapat kajian menunjukkan durian belanda mampu merawat pelbagai jenis kanser. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Biokimia dan Biologi Molekul, Ohama USA mendapati durian belanda mampu merawat kanser pankreas yang sangat teruk.

Rawatan menggunakan durian belanda memberi kesan yang berbeza daripada rawatan menggunakan kemoterapi. Ekstrak buah ini mampu:

* Melawan dan mematikan sel kanser yang pelbagai seperti kanser kulit, pankreas, payudara dan sebagainya
* Mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser
* Tiada keguguran rambut dan kesan lain yang biasa dilihat pada kemoterapi.

Jika anda ingin membaca secara terperinci kajian yang dijalankan untuk melihat keberkesanan merawat pelbagai jenis kanser, sumbernya boleh dibaca disini : Positivemed


Shaklee juga menawarkan vivix dalam merawat kanser. Banyak testimoni yang menunjukkan produk ini berjaya membantu pengidap penyakit kanser.



Thanks for reading!




Monday, May 19, 2014

Kandungan Berisiko Tinggi

Assalamualaikum Selamat petang

Pernahkah kita dengar saudara atau sahabat terdekat kita memrupakan seorang yang mempunyai risiko tinggi sewaktu mengandung? Biasanya kandungan berisiko tinggi ini dikaitkan dengan wanita yang yang mempunyai lebihan berat badan (obesiti), diabetes, praeklampsia dan beberapa faktor lain.



Wanita yang mempunyai kandungan berisiko tinggi perlu mendapatkan rawatan yang lebih khusus untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku seperti keguguran janin. Menurut kajian, sebanyak 1 daripada 6 kehamilan mengalami keguguran. Keguguran ini biasanya berlaku sebelum usia kandungan berusia 16 minggu. Malah, 200 daripada wanita mengalami keguguran berulang-ulang lebih dari 3 kali berturut-turut.

Apa yang perlu saya lakukan?

Mula-mula sekali anda perlu positif. Kandungan berisiko tinggi bukan beerti sesuatu yang buruk pasti berlaku. TIDAK SAMA SEKALI. Ia lebih kepada peluang menjalani pemeriksaan dengan lebih kerap. Peluang untuk berjumpa dengan pakar bagi membincangkan perkembangan kandungan anda dan kesihatan diri anda.




Kemudian, carilah punca kenapa anda digolongkan dalam golongan yang mempunyai kandungan berisiko tinggi. Dengan mengetahui punca, kita akan lebih berhati-hati dalam menjaga kesihatan. Bertanyalah doktor dan jururawat sewaktu pemeriksaan kandungan. Jangan takut untuk bertanya. Dapatkan banyak maklumat dengan bertanya mereka yang pakar dan pembacaan.

Faktor kandungan berisiko tinggi:
* Mengandung dalam usia lebih dari 35 tahun
* Mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, autoimmune disorder, kanser dan sawan
* Pernah melalui cesarean pada kandungan yang lepas
* Obesiti
* Air ketuban sedikit atau terlalu banyak
* Sejarah kandungan yang bermasalah
* Mempunyai masalah uri
* Bayi terlalu besar

Akhir sekali, jangan takut untuk melahirkan walaupun tergolong dalam golongan berisiko tinggi. Dengan mengikut panduan yang diberikan oleh doktor, anda pasti mampu bersalin dengan baik. InsyaAllah

Rujukan:
1. National Institute of Health
2. Health4mom.org
3. my.theasianparent.com

Thanks for reading!


Saturday, May 17, 2014

Tatacara memandikan 'bayi muda' (umur 1- 40 hari).

Dalam tempoh ini, kaedah mandian amat memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

Bayi perlu dimandikan pada waktu Dhuha, kerana pada waktu tersebut, fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Air perlu dalam kadar suam-suam sejuk.

Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa mandian, hal ini akan membuatkan aliran darah bayi tersebut lancar dan baik. Siraman ini disertakan dengan sapuan sabun atau gel mandian yang sesuai.

Seterusnya disiramkan dari belakang ke sehingga ke kepala. Siraman ke kepala secara perlahan-lahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga.

Semasa menyiramkan air ke dari belakang kepala ke bahagian dahi hadapan, tangan yang digunakan untuk menggosok siap sedia di dahi, adalah AMAT DIGALAKKAN, bapa yang memandikan anak tersebut sambil menggosok di dalam hati berzikir Ya Lathif, Ya Hadi.

Pastikan siraman tidak dilakukan ke muka bayi tersebut, kerana boleh melemaskan bayi muda tersebut dan mengundang kelembapan pada lubang hidung bayi tersebut yang boleh mendatangkan risiko jangkitan kuman.

Siraman seterusnya dan yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya terus ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada tubuh bahagian hadapan pada bayi peringkat umur ini, kerana membimbangkan kelembapan air sabun pada bekas potongan tali pusat akan melambatkan proses 'luruh' tali pusat.

Selesai mandian, bayi tersebut perlu dilapkan dengan kain tuala yang bersih sebaiknya daripada kapas (cotton).

Sapuan perlu bermula dari kepala, kerana lewatnya mengelap kelembapan air di kepala dan ubun-ubun bayi tersebut boleh mengundang kepada masalah lemahnya paru-paru.

Sebaiknya, semua ini dilakukan oleh BAPA kepada bayi tersebut, walaupun, kebanyakan para bapa agak sedikit kegerunan untuk memandikan bayi, insyaALLAH dengan mencuba dan belajar adalah lebih baik.

Pastikan leher dan pinggang bayi dipegang (ampu) dengan baik.
Perkongsian ini adalah daripada Wan Asrul Wan Aydrus 

Thanks for reading!


Wednesday, May 14, 2014

Teknik menghukum anak.

Masa kanak-kanak merupakan masa yang paling penting dalam proses kehidupan manusia. Masa ini merupakan tahap awal pertumbuhan seorang anak untuk menjadi manusia dewasa, apakah dia akan menjadi manusia baik atau sebaliknya, adakah dia akan jadi 'terror' atau 'terrorist'?

Mendidik anak boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara iaitu, memberi nasihat, arahan, petunjuk, kelembutan, toleransi, penghargaan ataupun contoh teladan. Tapi kalau tak jalan juga, iaitu jenis yang tak makan saman, cara memberi hukuman dapat diterapkan.



Perlu diingat bahawa menghukum anak bukan hanya dengan memukulnya sahaja, tetapi hukuman boleh diberi dalam pelbagai cara, malahan kadang-kadang pemberian hukuman dengan cara memukul sangat tidak berkesan malah dapat menimbulkan impak yang negatif.

Di bawah ini disenaraikan cara-cara memberi hukuman sebagai pendidikan kepada anak, diulangi, sebagai pendidikan kepada anak. Teknik menghukum anak ini sebagaimana yang disarankan oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh dari Universiti Islam Antarabangsa.

1. Pandangan mata yang sinis - 
Pandangan mata ibu bapa yang memancarkan rasa cinta dan kasih sayang dapat menanam rasa cinta dalam diri seseorang anak. Begitu juga pandangan mata yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan boleh membuat anak terdiam. 

2. Keluarkan suara dari tenggorok (mendengus) 
sebagai tanda tidak bersetuju dan peringatan kepada anak terhadap apa yang telah dan akan dilakukannya.



3. Puji orang lain depan dia,
tetapi dengan syarat untuk memberi rasa sangsi saja kepada si anak dan mendorong si anak untuk menjadi sebagus yang dipuji.

4. Buat-buat macam tak pedulikan si anak. 
Ini merupakan keterbalikan daripada sikap memberi perhatian yang dapat menanam rasa cinta pada diri anak. Contohnya, jika anak melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman, apabila si anak mengajak berbicara, maka palingkanlah wajah (konon-konon jual mahal la...) sehingga si anak menyedari kesilapannya. Dalam hal ini hendaklah dijelaskan kesalahannya dengan cepat dan tidak membiarkannya terus sebab peranan kita ialah mendidik bukan menyeksa.



5. Tidak bagi duit,
tak mengajaknya berekreasi atau tidak memberikan sesuatu yang dia suka seperti basikal, bermain video game, menonton TV, berkunjung ke rumah teman, saudara atau seumpamanya.

6. Putuskan hubungan dengan anak tapi tidak lebih tiga hari
dengan niat untuk menghukumnya, hubungan harus kembali seperti biasa jika anak telah mengakui kesalahannya atau menyesali perbuatannya. 

7. Beri ancaman dengan syarat ancaman tersebut tidak terlalu berat. Ancaman tersebut juga tidak boleh dilaksanakan sekiranya belum melewati tempoh yang diberikan untuk si anak mengakui dan memperbaiki kesalahannya.



8. Memulas telinga. Sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah S.A.W seperti yang diriwayatkan oleh Imam Nawawi dari Abdullah bin Basr al-Mazni r.a, dia berkata : Aku telah diutuskan oleh ibu ku dengan membawa beberapa biji anggur untuk disampaikan kepada baginda, ketika aku menemui Rasulullah S.A.W, baginda memulas telinga ku sambil berkata "Wahai penipu!"

9. Memukul sebagai alternatif terakhir. 
Oleh itu tidak dibenarkan memukul kecuali telah dilakukan semua cara-cara mendidik dan menghukum lainnya. Memukul anak dapat dilakukan jika cara-cara yang lain tidak lagi berfungsi dan si anak telah mencapai umur, sebab anak yang belum mumaiyyiz tidak dapat membezakan yang benar atau yang salah serta tidak menyedari kesalahannya. Jika dilakukan juga dikhuatiri anak menerima impak negatif seperti tekanan jiwa/batin, terbiasa untuk memukul, rasa takut, kencing malam dan penyakit kejiwaan lainnya.

Demikian juga dilarang memukul anak di bawah umur 10 tahun, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: Maksudnya: "Perintahlah anakmu menunaikan solat pada usia tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana tidak melakukannya pada usia sepuluh tahun." 

Sumber : http://al-munir.edu.my/tips_pilihan.html

Thanks for reading!




Tuesday, May 13, 2014

Nafas berbau?

Setiap orang tentu pernah mengalami keadaan dimana nafas berbau. Antara yang ketara adalah apabila bangun daripada tidur. Selepas gosok gigi nafas akan kembali segar. Tapi, ada sesetengah keadaan dimana nafas berbau tidak dapat dihilangkan disebabkan pengambilan makanan atau berpenyakit.

Menurut artikel yang ditulis oleh Dr Azillah bt Mohd Ali dalam Portal myHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, antara punya yang menyebabkan mulut berbau adalah disebabkan oleh:
- Kebersihan mulut yang tidak memuaskan
- Karies gigi
- Penyakit gusi
- Makanan melekat pada celahn gigi
- Gigi palsu yang tidak bersih
- Mulut kering
- Tabiat bernafas melalui mulut



Beliau turut menyatakan bahawa pengidap Diabetes, penyakit hati, keradangan atau jangkitan pada tekak, jangkitan paru-paru dan pengidap penyakit salur pemakanan iaitusofagus dan perut juga boleh menyebabkan nafas mulut berbau.

Terdapat beberapa cara boleh diamalkan untuk mengelakkan nafas berbau antaranya:

1. Gosok dan flos gigi
Mulut kita mempunyai banyak bekteria. Kajian menunjukkan terdapat lebih dari 700 jenis bakteria yang mendiami mulut kita. Bilangan bakteria dalam mulut lebih banyak berbanding bakteria yang terdapat dalam badan kita. Sebab itu, kita digalakkan untuk memberus gigi dan membersihkan sisi makanan yang terdapat dalam mulut. Apa yang kita makan, menjadi makanan bagi bakteria tersebut. Gosok gigi 2 kali sehari untuk menjaga kebersihannya.



2. Bersihkan lidah anda
Permukaan lidah yang kasar adalah tempat yang sesuai untuk pengumpulan sel mati, bakteria, sisa makanan. Jadi, membersihkan lidah menggunakan berus gigi adalah antara perkara yang baik untuk dilakukan bagi menghilangkan bau mulut.

3. Tahu makanan yang diambil
Penting untuk kita elak atau kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan mulur berbau. Bawang putih, petai dan durian adalah antara makanan yang biasa dengan kita tapi memberi kesan pada pernafasan.



4. Berkumur selepas makan dan minum
Minuman juga boleh menyebabkan nafas berbau terutama minuman yang mempunyai kandungan asid yang tinggi. Asid ini boleh menyebabkan pH mulut rendah dan menggalakkan bakteria membebaskan sulfur. Pembebasan ini amenjadikankan  nafas berbau seperti telur busuk. Dengan berkumur, kita boleh mengelakkan perkara ini daripada berlaku.

5. Boleh guna rawatan secara semulajadi
Beberapa tumbuhan hijau boleh digunakan untuk merawat bau nafas secara semulajadi seperti daun pudina dan teh hijau. Selain itu kulit kayu manis juga bagus untuk mengurangkan nadas berbau. Caranya adalah dengan mengacau teh hijau menggunakan batang kulit kayu manis.



6. Ambil makanan yang berbau manis
Maksud makan berbau manis adalah buah-buahan yang mempunyai bau yang harum dan kaya dengan vitamin C seperti oren dan tembikai. Pengambilan vitamin c melalui buah buahan ini adalah kaedah menstril secara semulajadi. Ia boleh membunuh bakteria yang terdapat dalam mulut.

Jom kita amalkan tips yang kita dapat ini. Mulut bersih, rasa selesa, orang pun suka :)

Rujukan :
1. Kementerian Kesihatan Malaysia
2. How Stuff Work

Thanks for reading!

Monday, May 12, 2014

Gout

Pengenalan

Gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan.
  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Tanda Gout
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Komplikasi
  • Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
  • Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
  • Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
    • Kegemukan
    • Darah tinggi
    • Hiperlipidemia
    • Diabetes
Penyakit gout dapat dikurangkn dengan mengamalkan beberapa perkara yang mudah dan menggunakan bahan yang ada di dapur rumah. Antaranya:

1. Minum banyak air
2. Mengambil bawang putih dalam pemakanan harian
3. Pengambila protein secara sederhana
3. Buah ceri atau jus ceri juga boleh membantu...
5. Mengambil vitamin c

Sumber:
1. Mayo clinic
2. Kementerian  Kesihatan Malaysia

Thanks for reading !





Back to Top