Slider

Tuesday, May 13, 2014

Nafas berbau?

Setiap orang tentu pernah mengalami keadaan dimana nafas berbau. Antara yang ketara adalah apabila bangun daripada tidur. Selepas gosok gigi nafas akan kembali segar. Tapi, ada sesetengah keadaan dimana nafas berbau tidak dapat dihilangkan disebabkan pengambilan makanan atau berpenyakit.

Menurut artikel yang ditulis oleh Dr Azillah bt Mohd Ali dalam Portal myHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, antara punya yang menyebabkan mulut berbau adalah disebabkan oleh:
- Kebersihan mulut yang tidak memuaskan
- Karies gigi
- Penyakit gusi
- Makanan melekat pada celahn gigi
- Gigi palsu yang tidak bersih
- Mulut kering
- Tabiat bernafas melalui mulut



Beliau turut menyatakan bahawa pengidap Diabetes, penyakit hati, keradangan atau jangkitan pada tekak, jangkitan paru-paru dan pengidap penyakit salur pemakanan iaitusofagus dan perut juga boleh menyebabkan nafas mulut berbau.

Terdapat beberapa cara boleh diamalkan untuk mengelakkan nafas berbau antaranya:

1. Gosok dan flos gigi
Mulut kita mempunyai banyak bekteria. Kajian menunjukkan terdapat lebih dari 700 jenis bakteria yang mendiami mulut kita. Bilangan bakteria dalam mulut lebih banyak berbanding bakteria yang terdapat dalam badan kita. Sebab itu, kita digalakkan untuk memberus gigi dan membersihkan sisi makanan yang terdapat dalam mulut. Apa yang kita makan, menjadi makanan bagi bakteria tersebut. Gosok gigi 2 kali sehari untuk menjaga kebersihannya.



2. Bersihkan lidah anda
Permukaan lidah yang kasar adalah tempat yang sesuai untuk pengumpulan sel mati, bakteria, sisa makanan. Jadi, membersihkan lidah menggunakan berus gigi adalah antara perkara yang baik untuk dilakukan bagi menghilangkan bau mulut.

3. Tahu makanan yang diambil
Penting untuk kita elak atau kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan mulur berbau. Bawang putih, petai dan durian adalah antara makanan yang biasa dengan kita tapi memberi kesan pada pernafasan.



4. Berkumur selepas makan dan minum
Minuman juga boleh menyebabkan nafas berbau terutama minuman yang mempunyai kandungan asid yang tinggi. Asid ini boleh menyebabkan pH mulut rendah dan menggalakkan bakteria membebaskan sulfur. Pembebasan ini amenjadikankan  nafas berbau seperti telur busuk. Dengan berkumur, kita boleh mengelakkan perkara ini daripada berlaku.

5. Boleh guna rawatan secara semulajadi
Beberapa tumbuhan hijau boleh digunakan untuk merawat bau nafas secara semulajadi seperti daun pudina dan teh hijau. Selain itu kulit kayu manis juga bagus untuk mengurangkan nadas berbau. Caranya adalah dengan mengacau teh hijau menggunakan batang kulit kayu manis.



6. Ambil makanan yang berbau manis
Maksud makan berbau manis adalah buah-buahan yang mempunyai bau yang harum dan kaya dengan vitamin C seperti oren dan tembikai. Pengambilan vitamin c melalui buah buahan ini adalah kaedah menstril secara semulajadi. Ia boleh membunuh bakteria yang terdapat dalam mulut.

Jom kita amalkan tips yang kita dapat ini. Mulut bersih, rasa selesa, orang pun suka :)

Rujukan :
1. Kementerian Kesihatan Malaysia
2. How Stuff Work

Thanks for reading!

No comments :

Back to Top