Dalam tempoh ini, kaedah
mandian amat memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan
tulang yang baik.
Bayi perlu dimandikan pada
waktu Dhuha, kerana pada waktu tersebut, fisiologi kitaran darah dan degupan
jantung bayi dalam keadaan tenang. Air perlu dalam kadar suam-suam sejuk.
Siraman pertama perlu
dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan
ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
Belaian dan gosokan lembut
memainkan peranan penting semasa mandian, hal ini akan membuatkan aliran darah
bayi tersebut lancar dan baik. Siraman ini disertakan dengan sapuan sabun atau
gel mandian yang sesuai.
Seterusnya disiramkan dari
belakang ke sehingga ke kepala. Siraman ke kepala secara perlahan-lahan, supaya
air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga.
Semasa menyiramkan air ke
dari belakang kepala ke bahagian dahi hadapan, tangan yang digunakan untuk
menggosok siap sedia di dahi, adalah AMAT DIGALAKKAN, bapa yang memandikan anak
tersebut sambil menggosok di dalam hati berzikir Ya Lathif, Ya Hadi.
Pastikan siraman tidak
dilakukan ke muka bayi tersebut, kerana boleh melemaskan bayi muda tersebut dan
mengundang kelembapan pada lubang hidung bayi tersebut yang boleh mendatangkan
risiko jangkitan kuman.
Siraman seterusnya dan yang
terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya terus ke bawah. Tidak digalakkan
menyapu sabun pada tubuh bahagian hadapan pada bayi peringkat umur ini, kerana
membimbangkan kelembapan air sabun pada bekas potongan tali pusat akan
melambatkan proses 'luruh' tali pusat.
Selesai mandian, bayi
tersebut perlu dilapkan dengan kain tuala yang bersih sebaiknya daripada kapas
(cotton).
Sapuan perlu bermula dari
kepala, kerana lewatnya mengelap kelembapan air di kepala dan ubun-ubun bayi
tersebut boleh mengundang kepada masalah lemahnya paru-paru.
Sebaiknya, semua ini
dilakukan oleh BAPA kepada bayi tersebut, walaupun, kebanyakan para bapa agak
sedikit kegerunan untuk memandikan bayi, insyaALLAH dengan mencuba dan belajar
adalah lebih baik.
Pastikan leher dan pinggang
bayi dipegang (ampu) dengan baik.
Perkongsian ini adalah daripada Wan Asrul Wan Aydrus
Thanks for reading!
No comments :
Post a Comment