Slider

Thursday, May 8, 2014

Talasemia

Pernah dengar berkenaan talasemia?

Ia adalah penyakit yang melibatkan sel darah merah. Maksudnye pesakit yang mengidap talesemia tidak mampu menghasilakn sel darah merah yang mencukupi dan berkualiti. Maka, kebolehan badan untuk dapatkan oksigen akan terjejas. (Sel darah merah kan mengangkut oksigen)..

Ia adalah penyakit genetik/ keturunan..

Bagaimana talasemia boleh diwarisi daripada ibu bapa kepada anak-anak?
Setiap manusia mempunyai 2 jenis gen, dan ianya diwarisi daripada ibu dan sebahagiannya daripada bapa. Antara gen tersebut, terdapat 2 gen yang mengawal pembentukan hemoglobin yang terdapat dalam setiap sel darah merah. Mari kita lihat contoh 3 pasangan yang berlainan:
  • Kedua-dua ibu bapa adalah normal. Mereka tidak mungkin mewariskan penyakit Talasemia atau Talasemia Major kepada anak-anak.
alt
  • Salah seorang ibu atau bapa penghidap Talasemia dan seorang lagi adalah normal. Setiap anak mempunyai 1 antara 2 (50%) peluang untuk mewarisi gen Talasemia daripada ibu atau bapa yang menjadi pembawa, besar kemungkinan kanak-kanak tersebut akan mendapat Talasemia. Ianya juga 1: 2 (50%) peluang untuk kanak-kanak tersebut mewarisi gen yang normal daripada ibu atau bapa pembawa. Jika ini berlaku kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan normal. Tiada seorang pun anak pasangan ini mendapat Talasemia major.
alt
  • Kedua-dua ibu bapa adalah pembawa Talasemia, mereka adalah golongan berisiko.
alt
Kedua-dua pasangan pembawa mempunyai peluang 1: 4 (25%) mempunyai peluang di setiap kehamilan dan melahirkan anak yang mengalami Talasemia major, 1: 2 (50%) berpeluang mempunyai anak yang mendapat 'Thalasemia trait', dan 1:4 (25%) anak berpeluang mewarisi gen yang normal daripada kedua-dua ibu bapa dan ianya bebas daripada penyakit tersebut.
Tanda-tanda awal pada kanak-kanak:
  • Kelihatan normal semasa kelahiran. Walau bagaimanapun ianya secara perlahan-lahan anak tersebut kelihatan pucat dan bertambah teruk apabila usia meningkat pada 6-18 bulan.
  • Kanak-kanak kelihatan letih dan gelisah.
  • Kekurangan darah (Anemia) yang teruk boleh mengakibatkan sesak nafas.
  • Kulit kelihatan kekuningan (Jaundice).
  • Kurang selera makan.
  • Kembung perut disebabkan oleh pembengkakkan hati dan limpa.
  • Perubahan pada pembentukan tulang muka.
Jika anak-anak kita mengalami masalah diatas, teruslah berjumpa doktor / pengamal perubatan untuk dapatkan rawatan segera. Biasanya proses transfusi darah akan dilakukan...

Rujukan: kementerian kesihatan malaysia

Thanks for reading!


No comments :

Back to Top