Slider

Monday, September 29, 2014

Kartun Bahasa Arab untuk Pendidikan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !

Susah tak nak ajar Bahasa Arab kat anak? Silibus jQAF anak-anak kita advance jugak kan? haha. Salah satu cara pembelajaran yang berkesan ialah dengan video. Beberapa hari lepas, suami & anak-anak asyik tengok kartun bahasa arab. Menarik jalan ceritanya, dengan subtitle, sangat bagus untuk pelajaran Bahasa Arab anak-anak kita.

Cerita ni mengisahkan seekor kucing yang sesat ke dalam hutan. Sepanjang mencari jalan keluar, dia banyak belajar & mendapat pengalaman baru :)

Comel sangat. Boleh tonton & ajak anak-anak sekali :)



Thanks for reading!


Sunday, September 28, 2014

Shaklee National Conference 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !

Berkesinambungan dari entry yang lepas, Shaklee NC 2014 adalah yang pertama diadakan lebih dari sehari. Acara 2 hari ini terpaksa diadakan kerana jumlah penerima award yang meningkat terlalu ramai. Tak sempat nak bagi semua satu hari !

Istimewa dari itu,NC kali ini juga turut dihadiri oleh Mr Roger Barnet, CEO Shaklee Corporation, pemilik Shaklee la kiranya. Kenapa dia turun?sebab sales Shaklee Malaysia sangat memeranjatkan! Meningkat 300% ! Oh, ya! Kumpulan Jutawan, group kami menyumbang antara 60-70% sales Malaysia. Hebat kan? Sangattt :D

NC kali ini, kami dinobatkan (nobat eh?), kami dianugerahkan, kami sekeluarga dianugerahkan sebagai Shaklee Master Coordinator, Alhamdulillah... setelah hampir 2 tahun, cita-cita memegang title Master Coordinator tercapai :) Lebih istimewa dari itu, anak Shaklee Surijunior juga telah bergelar Master Coordinator, iaitu Master Nini Nisrin. Alhamdulillah... :)

NC kali ini Surijunior membawa lebih ramai wakil ke pentas, lebih ramai yang berjaya, lebih ramai yang maju, lebih ramai yang mendapat income selesa. Kegembiraan yang tidak terungkap, tidak tergambar dengan kata-kata. Apa pun, ianya adalah izin Allah swt, bukanlah semata-mata kerana usaha kami yang sedikit ini :)


Perarakan masuk para Master Coordinators. Red carpet !


Anak cucu Surijunior yang menerima awards :)

Gambar yang terpampang di screen pentas sewaktu anugerah Master Coordinator

Warga Surijunior bersama PM Iffah Anuar & PM Firdhaus Zulkifli

Sekeluarga menaiki pentas. Semua berhak diraikan :)

Master Farihah, Master Raja Abdul Mutalib & keluarga :-*

Shaklee adalah bisnes keluarga, kerana itu, setiap dari kami diraikan. Sehingga sekarang, saya bersyukur ditemui dengan Shaklee, bisnes ideal untuk yang pentingkan keluarga. MLM seperti Shaklee, memiliki bisnes plan yang adil & menarik, sehingga anda boleh berjaya setanding dengan downline atau downline mengatasi anda. 

Menyertai Shaklee bisnes adalah anda keputusan yang signifikan dalam hidup saya, kejayaan kita dalam Shaklee ditentukan oleh berapa ramai downline yang telah berjaya kita berjayakan. Bukannya personal sales atau headhunting, tetapi, sales group yang diutamakan.

Shaklee memberi peluang untuk saya menyentuh ramai insan, membantu mereka mendapat kesihatan dan kehidupan yang lebih baik. Mendapat income lebih, mendapat masa yang lebih dengan keluarga. Jika anda seorang guru bergaji gred 41, income extra RM200 mungkin tidak begitu besar dirasai, tetapi, letakkan kaki anda di dalam kasut seorang kerani atau seorang tukang cuci, besarnya makna RM200 untuk mereka. Kerana itu, atas semangat itu, disebabkan tanggungjawab itu, perjuangan ekonomi dalam Shaklee amat besar ertinya. Saya ada downline dari pelbagai latarbelakang. suri rumah, guru, pegawai, pembantu am dan sebagainya.

Malah, Surijunior juga mempunyai seorang leader yang dahulunya bekerja sebagai tukang cuci, kini telah selesa dengan income bulanan sekitar RM2,000. Kepuasan ini, saya tak mampu gambarkan. Bergelar Master Coordinator, bukanlah ertinya pada gelaran panggilan itu, tetapi yang lebih bererti daripada itu apabila kita dapat membantu lebih ramai untuk hidup lebih baik dari segi kewangan dan masa bersama keluarga. Perjuangan ini tidak akan pernah selesai kerana bagi saya, ini adalah tanggungjawab sosial yang wajar diteruskan selagi hayat dikandung badan.



Salam kejayaan buat semua, 
Semoga kejayaan kita di dunia, membawa kejayaan kita di akhirat juga 

Salam kejayaan,
Master Farihah :)


Saturday, September 27, 2014

Shaklee National Conference sebagai acara pengiktirafan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !

Tiba-tiba hati terimbau kenangan National Conference Shaklee :) Sebak pulak rasa. Ecewah. tetiba. haha. Eh, betul, sebak. NC 2014 diadakan di Sunway Pyramid selama 2 hari. Tahun-tahun lepas sehari saja, tahun ni 2 hari, ramai sangat yang dapat award nya !

Tahun 2012, saya terima 1 award. Masa tu, takde impian besar sangat dalam Shaklee. Cuma nak share dengan kawan-kawan, dan nak dapatkan sikit income extra. Eh, kalau RM2K, tak sikit la kan? Banyak la tu. Masa tu saya rank Senior Supervisor, pergi sorang-sorang ja NC, suami & anak-anak tak ikut. Takyahla kot, 1 award saja, kesian anak-anak bersesak-sesak. Tulah dalam fikiran saya pada masa tu.

Nama dipanggil naik pentas, bangganya! Tak tau nak habaq. Rasa lama dah tak naik pentas lepas konvo tahun 2005. haha

Kanan : Mr Victor Lim, Presiden Shaklee Malaysia
Kiri : Bradford Richardson, Presiden  Shaklee International
(Awat muka jadi lagu tu tak tau. haha)

Semasa conference ni juga, saya banyak tersedar dari zon selesa. Saya lihat ramai yang berjaya, capai puluhan ribu income, ada yang datang dengan kakak, adik sekeluarga yang turut menerima award. Tapi, saya hanya terima award seorang diri. Belum ada downline yang saya bantu mendapat seperti apa yang saya nikmati. Masa ni juga saya berpeluang, duduk bersama Nanny Shaklee saya, PM Shareeza (Cery Mamafaiz) dan seorang lagi rakan Alin, sekarang dah Master Azlin. 

Perbincangan mereka, kadang-kadang saya sampuk, minta penjelasan, masa tu Alin dah Coordinator. Suasana di NC & perbincangan itu menjadi turning point untuk saya keluar dari zon selesa. Shaklee bukan sekadar itu, bukan sekadar biasa-biasa, saya mampu membantu lebih ramai senang! Saya mampu membantu lebih ramai kaya, macam yang orang lain buat. 

Rakan-rakan Kumpulan Jutawan yang hadir masa NC 2012. Masa ni, hanya PM Cery & PM Iffah sahaja Master Coordinator. Tapi sekarang, hanpir semua dalam gambar ni, 
sudah bergelar Master Coordinator :)


Saya pulang dengan semangat baru, harapan baru, dan dimensi baru. NC tahun depan, saya tak akan datang seorang lagi, saya mesti bantu lebih ramai dapat apa yang saya dapat. Peluang pahala berganda!

NC 2013, saya berjaya dengan misi tersebut. Alhamdulillah.. saya tidak bersendirian menerima award. Ramai downline saya juga berpeluang naik ke pentas dan menerima trophies. Kini, bukan saya sahaja yang menjana income 4-5 angka, malah, mereka juga. NC 2013, saya ke pentas dengan rank Key Coordinator :)
Key Coordinator dengan 7 awards :)

4 Master Coordinators bersama Mr Bradford Richardson, President Shaklee International

Anak-anak cucu Surijunior yang hadir dan terima anugerah

Ini saja yang sempat ditangkap, anak cucu lain tak sempat, 
hilang dek kesesakan event. haha

Sewaktu NC 2013 ini berlangsung, Surijunior telah menghasilkan berpuluh orang leaders dengan income 4 angka. Syukur alhamdulillah. Fokus & usahakan saja, jika niat kita baik, insyaAllah akan dibantu & dipermudahkan.

NC 2014? Sehingga bertemu di entry seterusnya ya :)

Thanks for reading!


Sambutan Hari Raya Shaklee Malaysia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !


Sukacita saya menjemput SEMUA yang berkelayakan hadir ke Jamuan Hari Raya oleh pihak Shaklee Malaysia pada 28.9.14 ~ 2-5pm ~ SACC Shah Alam. Apa yang ada?



# Anugerah / Recognition untuk yang rank up
Semua Shaklee Independent Distributor (SID) zon tengah, yang berjaya rank up pada cycle ini akan diberi penghargaan.
# Kehadiran istimewa Mr Bradford Richardson (President Shaklee International)
# Jamuan makan, standard la ya, ketupat, rendang, lemang. Telan phytocol siap-siap ya 

# Motivational Sharing dari Presidential Master Hadhatina (PM Hadha > PM Lyna > PM Cery MamaFaiz) PM Hadha ni senior saya dalam Shaklee. Orangnya kecik molek, manis beraura , dulu Engineer, sekarang Work-At-Home-Mom, anak 3 orang, kecik2, comel, berderet, yang sulung belum sekolah pun. Suami juga dah WAHD sekarang. 

# Motivational Sharing dari saya sendiri, Master Farihah. Semoga bermanfaat dan dapat membuka minda semua yang hadir

Siapa boleh hadir? SEMUA :
# Penerima Anugerah.
# Ahli berdaftar
# Prospek (belum mendaftar). Jika ada kawan-kawan, adik-beradik yang anda ingin dedahkan kepada Shaklee, bawak, jom rasai aura Shaklee.



Yang teragak-agak nak hadir, sila tetapkan hati untuk hadir, tak rugi sekupang pun, insyaAllah

Bawak ramai-ramai, semoga kita dapat mengubah kesihatan dan kehidupan orang yang kita sayang

Besar pahala, jom rebut !

Thanks for reading !


Friday, September 26, 2014

Pembantu suri yang disayangi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !

Awal-awal dulu, saya cuma makan suplemen Shaklee sahaja. Dah lama-lama, saya cuba juga produk penjagaan rumah juga. Mak aii !! best rupanya ! Entry lalu saya cerita pasal Basic H. Yang banyak membantu ibu-ibu. 

Ini satu lagi produk Get Clean Shaklee yang saya suka. Pelembut pakaian ini, saya campurkan semasa membilas pakaian. Hasilnya? Wangiiiii


Apa lagi kelebihan Soft Fabric Concentrate ni?

Pekatan pelembut fabrik yang berbau harum ini berkesan mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, berbanding produk lain yang anda sedang gunakan. Malah, rumusan berkepekatan tinggi ini amat menjimatkan

# Berkepekatan tinggi: 32 auns mampu melembutkan 64 cucian
# Melembutkan, mengurangkan kedut dan mengawal kesan statik secara semula jadi
# Botol kecil mudah dibawa, dituang dan disimpan

Keunikan Shaklee
# Selamat
# Tidak toksik
# Tiada gas beracun
# Tiada bahan kimia berbahaya
# Tanpa pewangi berbahaya
# Lembut pada tangan anda
# pH seimbang
# Tanpa klorin
# Amat berkesan menanggalkan minyak.
# Mesra Alam
# Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
# Mudah biorosot
# Tanpa fosfat
# Bungkusan yang boleh dikitar semula
# Tanpa bahan pewarna
# Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Semua produk dalam Set Get Clean ini sangat mengujakan. :)


Thanks for reading !

Payahla macam ni, gebu sangat katanya !

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !


Kak Sue menetap di Pulau Pinang, spesifiknya Balik Pulau. Peniaga pelbagai pakaian pada mulanya, mencuba Shaklee dari sahabatnya, Dr Normi Mohd. Jatuh cinta dengan Shaklee, Kak Sue, bertekad untuk mencuba bisnes ini bersungguh-sungguh.

Hanya di bulan kedua, Kak Sue sudah berjaya menggenggam bonus bulanan 4 angka. Kegembiraan ini sangat bermakna buat Kak Sue. Beliau mengorak langkah membantu anak-anak Shaklee nya untuk memiliki apa yang beliau miliki. Sikapnya yang sangat berdikari, menyebabkan Kak Sue boleh pergi jauh dalam bisnes Shaklee.

Kesihatan Kak Sue bertambah baik, Kulitnya cantik, macam anak dara! Padahal, anak sulung Kak Sue dah pun remaja ! Hebat? Sangat hebat :) Sehinggalah suatu hari, Allah menguji Kak Sue apabila ibunya jatuh sakit, beliau, bekorban masa dan tenaga menjaga ibu di ICU, koma. Sehingga sekarang, walaupun telah pulang ke rumah, ibunya masih makan dengan tiub.

Kak Sue beruntung kerana memulakan Shaklee lebih awal. Pasif income yang diterimanya, kerana empayarnya telah pun berkembang, menyebabkan income Shaklee Kak Sue berjalan seperti biasa, masih kekal dengan bonus 4 angka, walaupun semasa menjaga ibunya yang terlantar.

Menjalankan tanggungjawab sebagai anak. 
Kak Sue menyuapkan ibu :)

Uniknya Shaklee Online, apabila anda boleh menjalankannya di mana-mana, berhubung dengan sesiapa sahaja tidak kira masa dan tempat.

Memiliki kulit mulus seperti & mula merancang pencen anda dengan Shaklee seperti Kak Sue?

Hubungi beliau di Facebook atau 0125771023



Thursday, September 25, 2014

Jerawatku Hilang !!




Sabarina's Syahrul mula mengenali Shaklee dengan Surijunior pada tahun 2012. Produk pertama yang memikat hatinya adalah Alfafa Complex. 


Dengan kos serendah kurang daripada RM55 untuk 3-4 bulan, Alfafa Complex Shaklee menyelesaikan masalah alahan kulitnya, terutamanya kepada seafood.

Meneruskan pengambilan Shaklee secara konsisten, Sabarina kini memiliki kulit wajah yang jauh lebih cantik dan halus berbanding dahulu. Katanya : Macam mimpi, Eha! Aku tak sangka !

Teruja dengan ini, Sabarina mengambil keputusan serius dengan bisnes Shaklee. Graduan UKM ini, akhirnya meletakkan jawatannya dan sekarang adalah Work-At-Home-Mom. 

Setiap masa, keluarga adalah keutamaanya 

Inginkan bimbingannya, Hubungi beliau di FB atau 0124782415 

Wednesday, September 24, 2014

Shaklee Effect !

Cerita tentang Surijunior, semua kami bermula apabila jatuh hati dengan produk Shaklee. Viral kesan hebat itulah yang menyebabkan kami setia dengan Shaklee sehingga kini. 

Bermula dengan membantu diri sendiri, kebaikan ini kami sebarkan kepada orang terdekat. Sedikit demi sedikit, komuniti kami bertambah kerana semakin ramai yang jatuh hati dengan produk Shaklee.

Kenapa kesannya terlalu hebat? Setiap produk Shaklee menjalani ratusan ujian klinikal sebelum ianya dikomersilkan. Semulajadi, Selamat & Berkesan adalah slogan yang benar-benar dipatuhi.





Perkongsian kebaikan ini, seterusnya, mampu menyebabkan kami menjana pendapatan bukan sahaja dari rumah, malah, dari mana-mana sahaja.

Saya akan memuatkan live testimonials kesan penggunaan produk Shaklee yang dialami sendiri oleh warga Surijunior iaitu susur galur Shaklee saya :)

Nantikan kemunculan mereka

Farihah Abu Kasim
Shaklee Master Coordinator
Pengasas Surijunior Network Sdn. Bhd.

Monday, September 22, 2014

Basic H : Buah hati para ibu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !

Weekend yang sangat hebat, alhamdulillah. Penuh, padat sampai ahad malam baru saya sempat iron & siapkan pakaian & barang-barang sekolah yang lain. Pukul 9.00 malam lebih juga baru siap, Bersiap-siap untuk Solat Isyak dan tidur, hampar sejadah, terpandang "hasil karya" Asyraf. Nangis mak !

Bersihkan dengan larutan Basic H. Beberapa minit saja, selesai . Ni pensel, kalau marker atau pen, saya gunakan Basic H pekat (bukan larutan). Uniknya Basic H, ianya tiada toksik, berkesan & lembut pada tangan.

Karya pada awalnya. Dengan pensel 2B

Spray Basic H

Separuh telah ditonyoh ! Saya guna sponge, macam sponge cuci pinggan tu (tak yah berus pun!)

Siap disental, tapi masih basah

Dah kering. ni semua dinding yang sama, tapi pencahayaan handphone tak betul, tula nampak warna dinding lain-lain. Maap ya, jurugambar separa professional. haha

Oh ya, ini pula pengalaman cucu Shaklee saya, Puan Fazlina, Otai Shaklee di Kedah. PC beliau di "karya"kan dengan PERMANENT MARKER !! Lagi nangis tu !

Saya cadangkan beliau guna Basic H pekat, sebab marker pen

Tadaa !!! Dah bersih-sebersihnya! 
Yang nak Basic H dari Fazlina boleh call / whatsApp : 0195560012
COD Basic H? Klik di sini

Apa kata yang lain?

Basic H ni adalah item wajib bagi saya, di setiap rumah kita. 
Banyak sangat kegunaannya. Testimoni lain boleh klik di sini :) 

Kegunaan lain Basic H, banyak sangat, cuci seluruh rumah, tingkap, dapur, cermin, lantai, lampu, kereta. Juga kegunaan sewaktu kecemasan seperti demam & luka. Sangat-sangat diperlukan. Untuk anda yang baru mengenali Shaklee atau hanya mengenali Shaklee Vitamins, Shaklee sebenarnya juga menawarkan produk pembersihan rumah & kediaman, dinamakan Set Get Clean Shaklee.

Set Get Clean Shaklee ni terdiri daripada 
# Fresh Laundry (Sabun basuh pakaian)
# Soft Fabric (Pelembut Pakaian)
# Dishwash (Pencuci Pinggan)
# Basic H (Cecair Serbaguna)

Kesemua produk ini bebas toksik, mesra alam (biodegradable), berkesan dan lembut pada tangan. Takdela kematu, kasar tangan kan, untuk yang rajin cuci pinggan tu :D Lebih penting dari itu, anda yang memiliki allergi, asthma, alahan, sebaiknya bertukar kepada Set Get Clean ini. Sesetengah alahan sukar untuk pulih walaupun dah makan macam-macam ubat, macam-macam vitamin. Kenapa? Sebab anda terdedah kepada toksin bahan kimia dalam barangan pencuci rumah. 

Bayangkan cuci pinggan dengan pencuci bertoksik, hari-hari guna pinggan tu untuk makan kan? Mop lantai, hari-hari anak-anak berguling atas lantai kan? Baju, hari-hari pakai baju, bersentuhan dengan kulit kan? 

Jika semua ini memiliki bahan kimia bertoksik, macam mana anda, anak-anak anda akan bebas dari allergik, alahan dan asthma?

Tukar, untuk diri, keluarga & persekitaran yang lebih sihat :)

Thanks for reading !

Wednesday, September 10, 2014

Kenali kontraksi semasa bersalin

Kontraksi adalah sakit yang biasa dialami oleh setiap wanita yang akan melalui proses kelahiran. Ia bermula dengan sakit pada bahagian belakang. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencatat masa kontraksi tersebut. Sekiranya selang masa adalah kerap. Maka teruslah ke hospital.



Kontraksi yang palsu dikenali sebagai Braxton Hix. Biasanya kontraksi ini tidak teratur dan sela masa tidak tetap. Kontraksi ini akan berhenti apabila anda berehat, berjalan atau berubah kedudukan. Ia juga tidak mempengaruhi bukaan serviks walaupun anda berasa sakit. Kebiasaannya, rasa sakit yang anda alami hanya pada bahagian depan sahaja.




Berbeza dengan kontraksi yang sebenar, ia biasanya mempunyai pola sakit yang teratur. APabila rasa sakit itu terjadi, sebenarnya serviks sedang membuka dengan lebih besar untuk proses kelahiran nanti. Ia juga menjadi semakin lama semakin kuat rasa sakit. Rasa sakit ini tidak akan berhenti walaupun anda berubah kedudukan, baring, berjalan atau berehat. Tempoh sakit kontraksi ini kebiasaannya dialami dari 30 saat hingga 90 saat secara konsisten dan rasa sakit biasanya dialami pada bahagian punggung san bergerak kehadapan.

Jika anda mempunyai tanda kontraksi sebenar, jangan lengah dan teruskan ke hospital. Berzikirlah doa nabi yunus dan amalkan teknik pernafasan yang betul bagi mengurangkan kesakitan kontraksi tersebut.

Semoga Allah permudahkan segalanya…


Thanks for reading!


Monday, September 1, 2014

Bersalin di hospital mana?

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, masih sempat untuk menyiapkan artikel untuk pembaca surijunior. Proses kelahiran adalah saat yang sangat genting dalam hidup seseorang perempuan yang bakal bergelar ibu. Pemilihan hospital yang baik dapat memudahkan urusan melahirkan khalifah kecil ke muka bumi ini dengan sempurna insyaAllah. Disini saya ingin kongsikan beberapa perkarta yang perlu kita ambil kira semasa ingin memilih hospital bersalin.



1. Sejarah kesihatan
Anda kene tahu rekod kesihatan anda terlebih dahulu. Perlu pantau samaada anda mempunyai kencing manis atau darah tinggi, sakit jantung atau pernah mengalami komplikasi semasa kelahiran sebelum ini. Jika anda pernah mengalami masalah ini, saya sarankan pergilah hospital yang berpengalaman, mempunyai kelengkapan yang lengkap dan cukup, terdapat kemudahan dan alatan yang sempurna supaya tidak timbul sebarang masalah semasa proses kelahiran nanti.

2. Bajet
Bak kata orang, ukur baju di badan sendiri. Tak semua orang mempunyai insurans/takaful dan syarikat yang sanggup membayar bill hospital dan kos rawatan barsalin. Jadi, peruntukkan sedikit wang untuk proses ini. Walaupun anda berhasrat untuk bersalin secara normal, simpan juga wang kecemasan jika terpaksa menghadapi kelahiran caesarean.Eloknya, berkunjung dahulu ke hospital yang anda inginkan dan dapatkan maklumat lengkap mengenai kos bagi pakej barsalin di hospital berkenaan.

3. Lokasi
Sebaiknya, pilihlah hospital yang berdekatan dengan rumah anda supaya anda boleh terus bergegas ke hospital apabila mengalami tanda ingin bersalin. Ini juga dapat mengelakkan sebarang komplikasi daripada berlaku.

4. Prosedur
Anda perlu lahu prosedur sesebuah hospital samaada membenarkan suami atau ibu untuk masuk atau tidak semasa proses kelahiran berlaku. Ini kerana, terdapat sesetengah hospital tidak membenarkan orang lain masuk kedalam bilik berkenaan.



5. Hospital rakan bayi
Seeloknya, pilihlah hospital yang meraikan penyusuan susu ibu. Ini kerana, pemberian susu ibu terutama pada peringkat awal sangat penting untuk menguatkan sistem imun anak anda.



Selepas proses kelahiran selesai, ambillah masa untuk berehat bersama simanja anda dan berpantanglah dengan baik. Amat penting untuk menjaga kesihatan semasa dalam pantang untuk mengelak sebarang keburukan apabila anda tua nanti. Anda juga boleh berpantang bersama Shaklee. Kami menawarkan set berpantang yang sangat baik untuk anda, dari bahan semulajadi. Jangan tangguh, hubungi SID kami berdekatan anda segera.


Thanks for reading!

Back to Top