Kontraksi adalah sakit yang biasa
dialami oleh setiap wanita yang akan melalui proses kelahiran. Ia bermula
dengan sakit pada bahagian belakang. Apa yang perlu anda lakukan adalah
mencatat masa kontraksi tersebut. Sekiranya selang masa adalah kerap. Maka
teruslah ke hospital.
Kontraksi yang palsu dikenali sebagai
Braxton Hix. Biasanya kontraksi ini tidak teratur dan sela masa tidak tetap.
Kontraksi ini akan berhenti apabila anda berehat, berjalan atau berubah kedudukan.
Ia juga tidak mempengaruhi bukaan serviks walaupun anda berasa sakit.
Kebiasaannya, rasa sakit yang anda alami hanya pada bahagian depan sahaja.
Berbeza dengan kontraksi yang
sebenar, ia biasanya mempunyai pola sakit yang teratur. APabila rasa sakit itu
terjadi, sebenarnya serviks sedang membuka dengan lebih besar untuk proses
kelahiran nanti. Ia juga menjadi semakin lama semakin kuat rasa sakit. Rasa
sakit ini tidak akan berhenti walaupun anda berubah kedudukan, baring, berjalan
atau berehat. Tempoh sakit kontraksi ini kebiasaannya dialami dari 30 saat
hingga 90 saat secara konsisten dan rasa sakit biasanya dialami pada bahagian
punggung san bergerak kehadapan.
Jika anda mempunyai tanda kontraksi
sebenar, jangan lengah dan teruskan ke hospital. Berzikirlah doa nabi yunus dan
amalkan teknik pernafasan yang betul bagi mengurangkan kesakitan kontraksi
tersebut.
Semoga Allah
permudahkan segalanya…
Thanks for
reading!