Slider

Sunday, September 28, 2014

Shaklee National Conference 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !

Berkesinambungan dari entry yang lepas, Shaklee NC 2014 adalah yang pertama diadakan lebih dari sehari. Acara 2 hari ini terpaksa diadakan kerana jumlah penerima award yang meningkat terlalu ramai. Tak sempat nak bagi semua satu hari !

Istimewa dari itu,NC kali ini juga turut dihadiri oleh Mr Roger Barnet, CEO Shaklee Corporation, pemilik Shaklee la kiranya. Kenapa dia turun?sebab sales Shaklee Malaysia sangat memeranjatkan! Meningkat 300% ! Oh, ya! Kumpulan Jutawan, group kami menyumbang antara 60-70% sales Malaysia. Hebat kan? Sangattt :D

NC kali ini, kami dinobatkan (nobat eh?), kami dianugerahkan, kami sekeluarga dianugerahkan sebagai Shaklee Master Coordinator, Alhamdulillah... setelah hampir 2 tahun, cita-cita memegang title Master Coordinator tercapai :) Lebih istimewa dari itu, anak Shaklee Surijunior juga telah bergelar Master Coordinator, iaitu Master Nini Nisrin. Alhamdulillah... :)

NC kali ini Surijunior membawa lebih ramai wakil ke pentas, lebih ramai yang berjaya, lebih ramai yang maju, lebih ramai yang mendapat income selesa. Kegembiraan yang tidak terungkap, tidak tergambar dengan kata-kata. Apa pun, ianya adalah izin Allah swt, bukanlah semata-mata kerana usaha kami yang sedikit ini :)


Perarakan masuk para Master Coordinators. Red carpet !


Anak cucu Surijunior yang menerima awards :)

Gambar yang terpampang di screen pentas sewaktu anugerah Master Coordinator

Warga Surijunior bersama PM Iffah Anuar & PM Firdhaus Zulkifli

Sekeluarga menaiki pentas. Semua berhak diraikan :)

Master Farihah, Master Raja Abdul Mutalib & keluarga :-*

Shaklee adalah bisnes keluarga, kerana itu, setiap dari kami diraikan. Sehingga sekarang, saya bersyukur ditemui dengan Shaklee, bisnes ideal untuk yang pentingkan keluarga. MLM seperti Shaklee, memiliki bisnes plan yang adil & menarik, sehingga anda boleh berjaya setanding dengan downline atau downline mengatasi anda. 

Menyertai Shaklee bisnes adalah anda keputusan yang signifikan dalam hidup saya, kejayaan kita dalam Shaklee ditentukan oleh berapa ramai downline yang telah berjaya kita berjayakan. Bukannya personal sales atau headhunting, tetapi, sales group yang diutamakan.

Shaklee memberi peluang untuk saya menyentuh ramai insan, membantu mereka mendapat kesihatan dan kehidupan yang lebih baik. Mendapat income lebih, mendapat masa yang lebih dengan keluarga. Jika anda seorang guru bergaji gred 41, income extra RM200 mungkin tidak begitu besar dirasai, tetapi, letakkan kaki anda di dalam kasut seorang kerani atau seorang tukang cuci, besarnya makna RM200 untuk mereka. Kerana itu, atas semangat itu, disebabkan tanggungjawab itu, perjuangan ekonomi dalam Shaklee amat besar ertinya. Saya ada downline dari pelbagai latarbelakang. suri rumah, guru, pegawai, pembantu am dan sebagainya.

Malah, Surijunior juga mempunyai seorang leader yang dahulunya bekerja sebagai tukang cuci, kini telah selesa dengan income bulanan sekitar RM2,000. Kepuasan ini, saya tak mampu gambarkan. Bergelar Master Coordinator, bukanlah ertinya pada gelaran panggilan itu, tetapi yang lebih bererti daripada itu apabila kita dapat membantu lebih ramai untuk hidup lebih baik dari segi kewangan dan masa bersama keluarga. Perjuangan ini tidak akan pernah selesai kerana bagi saya, ini adalah tanggungjawab sosial yang wajar diteruskan selagi hayat dikandung badan.



Salam kejayaan buat semua, 
Semoga kejayaan kita di dunia, membawa kejayaan kita di akhirat juga 

Salam kejayaan,
Master Farihah :)


Back to Top