Slider

Wednesday, March 5, 2014

Tingkatkan harga diri anak

Anak adalah anugerah Tuhan kepada kita. Semestinya kita inginkan yang terbaik buat mereka. Kita inginkan mereka cemerlang dan Berjaya di dunia dan akhirat.. Kejayaan yang kita impikan ini boleh dicapai apabila kita berjaya mewujudkan rasa percaya, yakin dan tahu kemampuan dan kelebihan dalam diri jiwa anak-anak. Rasa kepercayaan pada diri sendiri ini akan menjadikan anak kita lebih menghargai diri sendiri, ibu bapa, masyarakat sekeliling dan peluang yang ada didepan mata.



Bagaimana ingin meningkatkan harga diri anak-anak?

1.       Pujilah mereka
Pujian ini adalah motivasi terapi dalam jiwa anak. Carilah jalan untuk memuji mereka walaupun mereka hanya lakukan perkara yang kecil seperti menutup periuk nasi. Dorong mereka melakukan perkara baik dengan pujian. Lama kelamaan meraka seronok dan percaya pada diri sendiri.



2.       Mintalah mereka lakukan sesuatu dengan hati yang ikhlas
Ada seorang guru menceritakan. Seorang ibu yang beriman telah meminta tolong anak ambilkan air. Pada masa yang sama anak tersebut tengah sibuk dengan kerja sekolah. Dengan hati yang malas, sang anak bangun ke dapur mengambil air dan dihidangkan dihadapan ibu yang solehah tadi. Air yang dibawa tidak disentuh walau sedikit oleh ibunya tersebut. Sang anak tertanya-tanya kenapa air tidak diminum, akhirnya ibu itu menjawab “ Saya hanya inginkan makanan/minuman yang baik memasuki perut saya, dan saya tidak mahu minum air yang dihidang dengan tidak ikhlas” Ini;lah pengajaran untuk anak, sang ibu tidak marah tapi menunjukkan contoh teladan yang baik melalui perbuatannya sendiri.



3.       Mintalah anak lakukan perkara yang mudah
Setiap anak mempunyai tahap kebolehan yang berbeza mengikut umur masing-masing. Bahagikanlah kerja mengikut umur masing-masing. Contohnya anak kecil lelaki bantu ayah membasuh kereta. Kakak sulong boleh starika baju. Adik-adik perempuan boleh tolong lipat baju kecil-kecil milik mereka. Setelah semua selesai, pujilah atas kesungguhan mereka menyelesaikan dan membantu urusan kita



4.       Ajar anak bercakap dihadapan cermin
Boleh mulakan dengan menulis satu skrip kejayaan seperti inginkan anak menjadi hafiz quran, minta mereka sebutkan dihadapan cermin. Katalah itu doa untuk diri sendiri. Untuk mencapai keinginan ini, bantu mereka dengan kita bersama-sama rajin membaca al-quran dan menghafalnya.



Ini adalah contoh yang boleh diamalkan kepada anak-anak. Kepercatyaan diri yang tinggi dapat menjadikan anak-anak tahu tujuan dan matlamat kehidupan. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh lari dari tujuan asal kita hidup iaitu untuk beribadah kepada tuhan. Jangan sempitkan skop ibadah, sebaliknya niatlah setiap pekerjaan yang kita lakukan adalah semata-mata kerana Allah supa setiap saat kita berada dalam ibadah.

Akhirnya, tanamkan kepercayaan diri pada anak-anak adalah semata-mata kerana Allah kerana mukmin yang kuat itu lebih disukai dari mukmin yang lemah.

Thanks for reading !



No comments :

Back to Top