Slider

Sunday, March 16, 2014

Daun betik muda merawat denggi?

Saya membaca beberapa artikel berkenaan denggi memandangkan banyak kes kematian telah dilaporkan berkenaan penyakit ini. Demam denggi berpunca daripada jangkitan virus denggi (genus Flavivirus) yang disebar melalui gigitan nyamuk Aedes betina. 



Beberapa tanda dan gejala yang biasanya dihadapi adalah:
-Demam pada hari ke 3 hingga ke 14 selepas digigit nyamuk yang dijangkiti. Suhu badan biasanya dapat mencecah 40-41 C dan berlarutan 2 hingga 7 hari.
-Pesakit kebiasaanya akan mengalami sakit kepala yang teruk dan sakit otot dan sendi.
-Ruam pada badan selepas 3 dan 4 hari demam
-Muntah dan kurang selera makan.



Sebenarnya tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit hanya akan dimasukkan ke wad sekiranya mengalami demam denggi berdarah dan diberikan rehidrasi untuk memastikan betiau tidak mengalami renjatan.


Perkara yang mengejutkan saya adalah cara rawatan yang diberikan kepada pesakit demam denggi secara alami. Penggunaan jus daun betik muda mampu merawat masalah denggi dalam tempoh 24 jam. Banyak penyelidikan telah dibuat mengenai perkara ini.

Anda boleh baca disini:

Cara penyediaan jus daun betik muda boleh dilihat disini:



Selain itu pengambilan vitamin c juga boleh membantu . Pastikan juga pesakit minum banyak air dan mengelak pengambilan gula. Walaubagaimanapun, ada sesetengah doktor juga menyatakan tiada bukti saintifik bahawa daun betik atau sup ketam boleh merawat denggi.

Sehingga kini, belum ada penawar khusus yang dijumpai merawat denggi, demam denggi akan pulih dengan tindakbalas sistem imunisasi tubuh kita sendiri. Kadar kandungan air dalam tubuh hendaklah dikawal supaya tidak terlalu rendah, kerana denggi boleh menyebabkan kehilangan air.

Penjelasan oleh Dr. Alee Yuhana ;

Buat masa sekarang tiada ubat khas untuk membunuh virus dengi. Kaedah rawatan adalah dengan memastikan keadaan pesakit stabil daripada segi jumlah air yang masuk dan keluar dari badan pesakit (ini kerana dengi meyebabkan air dari salur darah meresap keluar ke dalam organ dalaman)... Justeru buat masa sekarang hanya air merupakan kaedah rawatan utama. Maka tak kisahlah, pesakit nak makan atau minum apa... Sup ketam, sup ayam, sup ekor, air betik muda, air kelapa, air susu... Asalkan air... kita nasihatkan air kosong sebab ada 100% air. Virus denggi akan mati dengan sendiri melalui sistem immune badan (tapi sebelum virus tu nak mati yang doktor kena kawal betul betul jumlah air yang keluar masuk)"
Kerana ini, amatlah penting untuk memastikan tubuh pesakit tidak mengalami dehidrasi.



Suplemen Shaklee yang sangat membantu pesakit denggi adalah :

# Vitamin C - Meningkatkan imunisasi
# Nutriferon - Meningkatkan imunisasi
# Performance Drink - Mengalakkan dehidrasi
# Garlic - Antibiotik semulajadi



Semoga bermanfaat..

Thanks for reading!

1 comment :

putra said...

Jus pucuk betik ramuan asli dgn stevia untuk menambah platlet darah spt terkena denggi dan utk penyakit kencing manis. Terbukti berkesan.sebotol rm15.call 0192272127

Back to Top