Bayi pramatang atau tidak cukup bulan dikaitkan dengan kelahiran sebelum 37 minggu. Di Malaysia kelahiran pramatang dicatatkan biasanya 8%. Punca kelahiran ini masih belum diketahui, tetapi ia kadang-kadang diikuti dengan kandungan yang mempunyai komplikasi seperti tekanan darah tinggi semasa mengadung dan uri ke bawah.
Bayi pramatang memerlukan penjagaan yang istimewa kerana mereka terdapat organ mereka yang tidak matang untuk berhadapan dengan kehidupan dunia. Bahagian seperti sistem pencernaan, sistem pertahanan badan dan kulit juga belum matang sepenuhnya. Dengan kewujudan teknologi, banyak kes kelahiran pramatang dapat diselamatkan dan bayi ini dapat meneruskan kehidupan.
Kangaroo care
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk menenagkan bayi pramatang adalah kangaroo care. Caranya adalah dengan meletakkan bayi didada ibu. Seeloknya sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan anak dapat memberikan keselesaan dan nyaman pada bayi. Ia sangat bagus untuk menyeimbangkan suhu badan bayi, meningkatkan berat badan dan mengatur ritma jantung dan pernafasan bayi. Mereka akan rasa selamat dan selesa.
Susukan bayi anda
Berjumpalah dengan doktor dan nyatakan hasrat anda untuk memberikan susu badan kepada bayi. Apabila terdapat kes ibu tidak dibenarkan untuk menyusui bayi yang pramatang (minggu 25-29), anda boleh perah susu dan berikan pada si comel anda. Ini kerana, pada peringkat awal, bayi akan diberi minum melalui tiub. Apabila sistem pencernaan mereka telah stabil, anda boleh menyusukan bayi secara terus (minggu 37-37). Berilah susu ibu kerana ia adalah pengikat kasih sayang antara ibu dan anak disamping meningkatkan sistem imun anak.
Bila anak berada di NICU
Walaupun anak masih di NICU, anda tetap boleh berhubung dengan bayi anda. Lakukanlah beberapa perkara seperti:
1. Sentuhlah bayi anda sekerapnya. BUat urutan manja untuk menguatkan mereka
2. Bercakaplah dengan mereka. Bayi anda mampu untuk mengecam suara ibu dan bapanya, anda boleh menyanyi, berzikir atau membaca cerita kepada mereka.
3. Anda boleh menukar lampin si comel
4. Ikut serta semasa mandikan bayi
5. Mengukur suhu badan bayi.
Semua perkara ini boleh dilakukan. Mintalah pandangan dan nasihat dari doktor anda.
Thanks for reading!
No comments :
Post a Comment