Slider

Sunday, April 13, 2014

5 Puri yang baik untuk bayi anda

Assalamualaikum WBT

Apabila bayi kita telah masuk usia 6 bulan, satu lagi tugas yang perlu dilakukan oleh seorang ibu adalah menyediakan makanan untuk si manja. Tentu sekali kita ingin memberikan yang terbaik kepada mereka, lebih-lebih lagi soal pemakanan yang akan menjadi darah daging dan memberi kesan dalam perkembangan pertumbuhan mereka. Apa yang perlu diingat, pemberian makanan kepada si manja tidak beerti kita perlu memberhentikan penyusuan susu ibu. Berusahalah supaya kita menyusukan si manja selama 2 tahun.



Tip sebelum bermula

Seeloknya sebelum menyediakan makanan untuk simanja, kita lakukanlah beberapa perkara seperti berikut:
1. Pastikan tangan dan peralatan yang ingin digunakan untuk menyediakan makanan dalam keadaan bersih.
2. Bersihkan sayuran atau buah-buahan yang ingin dijadikan puri.
3. Puri boleh disimpan selama 3 hari  dalam peti sejuk. Sekiranya kita masukkan dalam freezer, ia dapat bertahan sampai 3 bulan.
4. Menyediakan perkara yang memudahkan penyediaan puri seperti blender :)



5 buah untuk bayi anda

1. Avocado
- Ia buah yang sangat sedap sebagai permulaan pengenalan makanan kepada bayi anda.

2. Pisang 
- Sangat bagus untuk sistem pencernaan bayi anda. Rasanya juga sedap untuk bayi yang baru mengenal makanan.

3. Ubi keledek
- Mengandungi vitamin A, beta carotene dan potassium. Bayi pasti suka sebab rasa yang manis dan texture yang lembut.



4. Pear
- Buah pear sangat kaya dengan kandungan vitamin A, vitamin C dan folat

5. Buah epal.
- Epal boleh dimakan bersama keluarga. Ia juga mengandungi vitamin A, vitamin C, folat, potassium dan kalsium.

Thanks for reading!




Back to Top