Assalamualaikum wbt.
Membesarkan seorang anak bukan suatu perkara yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan ketekunan dalam mendidik mereka menjadi manusia yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara. Kerapkali dalam membesarkan mereka kita akan dikuasai perasaan marah dan geram pada anak-anak.
Biasanya apabila anak mengalami tantrum atau mengamuk di pasaraya kerana inginkan sesuatu, sebagai manusia biasa kita juga akan menunjukkan respon negatif seperti memukul anak atau memulas telinga mereka atau mungkin mencubit lengan dan peha. Tindakan ini sebenarnya bukanlah suatu tindakan disiplin yang baik untuk anak-anak. Sebagai permulaannya cuba elak dari menggunakan kekasaran dalam mendisiplinkan mereka kerana ini akan memberi kesan pada psikologi mereka. Dalam jiwa mereka nanti akan tertanam perasaan dimana setiap permasalahan perlu diselesaikan menggunakan kekerasan dan kekasaran.
Berilah disiplin yang positif kepada anak-anak. Pastikan pendidikan kita betul. Prinsip yang perlu ditekankan adalah melahirkan anak-anak yang mempunyai peribadi yang baik dan hilangkan peribadi yang buruk bukannya anak yang jahat. Focus on good and bad behavior not bad children. Perkara ini boleh dibentuk melalui hubungan yang rapat antara anak dan ibu bapa, sehingga lahirnya rasa hormat dan percaya dalam diri anak-anak terhadap ibu bapa mereka.
Beberapa tips yang boleh dicuba.
Permulaanya, sebagai ibu bapa kita perlulah faham kenapa anak-anak mengalami tantrum atau mengamuk. Cuba selami kenapa anak-anak bertindak sebegitu. Jangan cepat melatah. Mungkin juga anak inginkan perhatian anda kerana anda terlalu sibuk dengan kerja sehingga tidak sempat bersama mereka. Atau mungkin juga anak anda sangat penat dan ingin tidur atau mungkin juga kalau anda berada diluar rumah, cuaca menjadikan mereka tidak selesa ataupun terlalu panas.
Apabila telah tahu punca kenapa anak begitu, jangan cepat marah mereka, sebaliknya baikilah ketidakselesaan mereka. Berhenti menjerit atau marah. Ingat, anak-anak sedang memandang tingkah laku anda untuk ditiru nanti.
Akhir sekali, cubalah memuji perbuatan dan peribadi baik yang anak-anak miliki. Hargai mereka. Pasti nanti anda akan melihat perubahan dalam diri mereka.
INGAT!! Permulaannya adalah sabar dengan anak-anak dalam mendidik mereka.
Thanks for reading!
No comments :
Post a Comment