Slider

Wednesday, April 2, 2014

Carta pemberian makanan bayi

Terdapat banyak perbezaan pendapat dalam pemberian makanan kepada bayi. Akademi Pediatrik Amerika berpandangan dan mencadangkan pemberian makanan pejal kepada bayi boleh dimulai ketika mereka berusia 4 ke 6 bulan. Sebelum mencapai usia tersebut, bayi hanya perlu minum susu ibu semata-mata.



Kebanyakan bayi bersedia untuk menerima makanan pejal dalam usia antara 4 hingga 6 bulan. Sebelum usia tersebut mereka tidak mempunyai kemampuan untuk menelan atau mengunyah makanan kerana pada masa ini tengkuk mereka hanya memberi tindakan rifleks kepada susu. Sekiranya anda memberi makan kepada si manja sebelum usia 4 bulan, bayi anda hanya akan menolak makanan keluar. Bayi membina kemampuan untuk mengunyahdan menelan dengan baik pada usia lepas 4 bulan.



Perlu diingat, pemberian susu merupakan sumber utama nutrien kepada bayi. Pemberian makanan pejal bukan bermakna perlu mengurangkan pemberian susu. Prioriti perlu diberikan kepada penyusuan bayi berbanding pemberian makanan pejal kepada bayi anda.

Peringkat pemberian makanan bayi.

Untuk permulan, berilah bayi anda makan 1 jenis sumber makanan sahaja. Selepas 3 hari boleh perkenalkan makanan lain pula. Anda dapat mengesan sekiranya bayi anda mempunyai alahan pada sesuatu makanan berbanding mencampur semua bahan tersebut bagi satu hidangan.




Peringkat1

Peringkat awal, perkenalkan satu makanan sahaja ataupun berilah puri buah. Biasanya bayi akan makan 2.5 oz atau 5 sudu besar buah, sayuran atau daging pada peringkat ini. Pemberian ini mampu mengenalpasti alahan anak terhadap sesuatu makanan.



Peringkat 2

Peringat ini lebih kurang sama dengan peringkat pertama, tetapi ia lebih kepada menggabungkan buah atau sayuran. Biasanya pengambilan makanan pada peringkat ini adalah sebanyak 4oz.

Peringkat 3

Biasanya dalam usia 8 ke 10 bulan, bayi anda telah bersedia pada peringkat ke3. Pemberian makanan pada peringkat ini adalah sebanyak 6 oz dan merupakan makanan yang mempunyai texture atau boleh dilenyek, puri. Peringkat ke3 ini adalah persediaan kepada bayi untuk makan di meja makan dan makan mengunakan tangan sendiri..



Thanks for reading!


No comments :

Back to Top