Slider

Wednesday, April 30, 2014

kisah si penjual laksa

SEMOGA CERITA INI MEMBERI KESEDARAN PD KITA......diceritakan kpd kami.....

Suatu hari sedang saya membersihkan halaman, lalu seorang penjual laksa beras, menaiki motorsikal mengelilingi kampung. 

Oleh kerana matahari telah makin merendah selepas asar, saya pun berhenti rehat. 

Apabila nampak penjual laksa beras lalu, saya pun memanggil untuk merasa laksa berasnya. 

Setelah memesan dan membayar harga bagi 5 bungkus laksa beras, saya melihat penjual itu membahagikan duit yang saya bayar kepada 3 tempat. 

Duit itu di bahagi 3, 1/3 ke dalam dompet, 1/3 ke dalam laci duit dan 1/3 ke dalam bekas seperti tabung.

Melihat keadaan itu, menjadikan saya teruja ingin tahu kenapa duit-duit itu diasingkan. 

Maka terus saya bertanya, “pak cik kenapa pakcik asing-asingkan duit tersebut?”

Pakcik itu pun menjawab, duit yang masuk dompet digunakan untuk perbelanjaan perniagaan dan keluarga, duit yang masuk tabung untuk simpanan penyempurnaan agama dan duit yang masuk laci untuk infak.

"DALAM SETIAP REZEKI YANG KITA PEROLEHI, ADA HAK ORANG LAIN JUGA

Walaupun sikit, kita wajar berbagi sama. 

Saya mengilirkan wang itu antara beberapa surau dan masjid. 

Atau untuk rumah anak yatim juga. 

Selama lebih 20 tahun saya berniaga laksa beras, dari berbasikal, sekarang sudah bermotorsikal, setiap tahun saya dapat melaksanakan ibadah korban walau pun cuma 1 ekor kambing yang sederhana besar. 

Alhamdullilah, saranan agama, walaupun sunat, ia dapat dilakukan. 

Setiap hari saya mula berniaga dari pukul 11.00 pagi. 

Apabila tiba dimana-mana kampung, menjelang waktu solat samada zohor atau asar, saya akan berhenti untuk solat berjemaah di mana –mana masjid/surau kampung berkenaan. 

Saya tidak akan lupa memasukkan sedikit hasil jualan laksa beras ini ke tabung masjid/surau walaupun sedikit.

Walaupun cuma menjual laksa beras, saya tetap dapat mengerjakan solat di awal waktu secara berjemaah . 

Dapat menginfak wang hasil jualan laksa beras untuk dikongsi dengan orang lain.

Saya suka berniaga mengelilingi kampung dan berhenti solat di mana-mana surau atau masjid yang ditemui menjelang waktu solat.

Saya pernah dengar tuan guru kata, nanti di mahkamah akhirat, bumi dan hari akan menjadi saksi. 

Maka nanti bumi akan berkata, si polan pernah solat di sini, disini, di sini. 

Hari Isnin sipolan solat di masjid ini, hari Selasa si polan solat di surau ini.

Dan seterusnya...

Saya tidak kaya, tidak punya harta yang banyak untuk melaksanakan wakaf, namun saya tetap bersedekah ikut rezeki yang Allah berikan kepada saya setiap hari.

Duit dalam tabung pula sebagai simpanan untuk menyempurnakan rukun Islam. 

Islam terdiri dari 5 rukun, mengerjakan haji adalah rukun ke 5. 

Adakah solat itu sempurna jika rukunnya tidak sempurna? 

Saya merasakan islam saya tidak akan sempurna jika rukunnya saya tidak sempurnakan. 

Oleh itu saya mahu berusaha menyempurnakan rukun Islam ke 5 iaitu mengerjakan haji. 

Jika tidak menabung, bagaimana mungkin saya dapat mengerjakan haji kerana ia memerlukan biaya yang besar?"

Terpegun saya dengan jawapan yang diberikan oleh seorang penjual laksa beras ini. 

Seorang penjual laksa beras, mempunyai misi dan visi yang jelas sebagai seorang islam.

“Pakcik, bukankah mengerjakan haji bagi yang mampu saja, jika tidak mampu kita tidak dituntut untuk mengerjakannya.”

“Bagaimana boleh mampu jika kita tidak usaha menuju ke arah mampu?

Jika tidak menabung, bagaimana mungkin akan mampu mengerjakan haji suatu hari nanti? 

Mampu itu kita sendiri yang tentukan. 

Adakah selamanya kamu mahu hidup miskin jika kamu tidak usaha menjadi kaya dengan menabung sedikit-sedikit mengumpul modal bagi meluaskan perniagaan?”

MasyaAllah, begitu jelas sekali fikirannya tentang maksud mampu. 

Tersentap hingga hujung hati bila membanding diri ini dengan pakcik yang hanya menjual laksa beras bermotosikal mengelilingi kampung. 

Muka saya bagai ditampar-tampar kerana berilmu tetapi tidak beramal.

Siapa yang sangka dan ambil peduli akan kejernihan fikiran pakcik dalam melaksanakan syariat agama Islam ini???

Kisah ini saya abadikan bagi mengingatkan kepada kita tentang satu contoh dan tauladan yang baik yang wajar kita jadikan pedoman...

No comments :

Back to Top