Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Bercakap tentang bisnes Shaklee, puncaknya semestinyalah Master Coordinator. Kami meraihnya setelah bertungkus-lumus dan berpenat jerih berusaha. Kenapa perlu mencapai tahap ini? Bagi saya rank Master Coordinator adalah indikator bahawa kita telah luas berkongsi. Luas bukan bermaksud, kita perlu berhenti kerana cukup luas berkongsi. Tidak. Ianya adalah satu indikator yang Shaklee tetapkan sahaja. Perkongsian kita tidak pernah habis dan kita tidak sepatutnya puas membantu orang lain untuk berjaya.
Apa yang perlu untuk mencapai tahap Master Coordinator? Seseorang itu perlu membantu sekurang-kurangnya 15 orang anak Shaklee nya mencapai rank Supervisor. Kita bantu sehingga mereka mencapai rank ini dan ini maksudnya mereka telah mencapai income bulanan 4 angka, antara RM2,000 hingga RM3,000. Lebih pun ada. MashaAllah. Ini minimum, seseorang Master Coordinator mungkin menghasilkan lebih dari itu, lebih dari 15 orang supervisor dari rangkaian anak-anak Shakleenya. Di Surijunior, bukan 15, tapi lebih dari itu :)
Seterusnya, Shaklee Malaysia akan memperuntukkan sejumlah wang untuk meraikan kita di mana-mana hotel pilihan kita. Pilih hotel, pilih menu, pilih berapa audience, Shaklee uruskan semuanya. Best ka syok? ehehehe.
Kami memilih untuk meraikan majlis ini di Putrajaya Marriott Hotel. Hotel yang cantik & selesa. Sepanjang di sana juga, penginapan kami di taja oleh Shaklee.
Entrance dewan. Kiri dan kanan ada meja untuk pendaftaran & collect cenderahati dari Shaklee Malaysia
Ada backdrop mini kiri & kanan entrance, Boleh ambil gambar kenang-kenangan di situ
Perkarangan luar dewan
Grand Entrance lagi
Mendaftar beramai-ramai :D
Err.. Puan Natrah buat apa situ? ;D
Cenderahati :)
Menjamu selera seblum majlis bermula
Depa kata makanan sedappp.. Marriott memang terkenal dengan kesedapannya. hahaha
Hall di sebelah dikhaskan untuk jamuan makan. Alhamdulillah, besar dan selesa
Alhamdulillah, rezeki mencurah-curah. Seronok tengok. Saya tak berkesempatan untuk makan. Jenuh tangkap gambaq di luar.haha
Selesai makan, majlis bermula dengan perarakan masuk para Masters yang hadir, di akhiri dengan perarakan masuk kami yang diraikan. Antara Masters yang hadir, Terima kasih banyak-banyak atas kesudian datang & memeriahkan
Masters Nurul Nadiah & suami. Bersama-sama anak-anak dalam stroller. Dulu di Miri, sekarang di Bangi. Surirumah berijazah, sekarang, suaminya turut sama full time dalam Shaklee :)
Master Nur Zahirah & suami. Juga dua2 dah fulltime berShaklee. Bekas staff Petronas. Kini di Dungun :)
Master Rabihah & suami dari Johor. Antara Master Coordi baru dalam Shaklee. Muda-muda lagi dah Master. Best tu :)
Master Sue & suami. Sue yang ceria, perjumpaan dengannya akan diisi dengan ketawa & bercakap dalam kadar 10 nisbah 1
Master Haji Roslan, antara Pioneer Shaklee di Malaysia. Banyak tunjuk ajar beliau kepada saya dalam Shaklee :)
Mama & Papa Shaklee saya yang comel & semangatnya tidak tidak pernah rendah. Master Iffah Anuar & Master Firdhaus.
Master Azlin & suami. Bersama anak-anak kecil yang ceria. Beliau adalah pencetus cabaran saya berlari lebih laju. Perjumpaan pertama dengan alin semasa saya di rank Senior Supervisor. Kini kami adalah rakan masters :)
Master Farah Wahida & suami. Staf IJN yang terpaksa berhenti kerja kerana Shaklee biz. eheheha
Master Fazliana dan suami. Dari Melaka ke Marriott bersama anak-anak yang ceria :)
Master Freddie, pioneer Shaklee di Malaysia
Master Lyana Mansor & suami. Sarat mengandung, ditemani anak-anak ceria, dari Johor ke Marriott :)
Master Ani Ahmad, dari Terengganu, Ani balik sampai dari umrah. Berseri-seri wajah, balk dari rumah Allah
Master Farizan @ Cik Jan juga dari Terengganu. Merahnya makngah !
Master Izati dari Penang. Kembar Master saya ni. Kami naik Master pada bulan yang sama :)
Master Puteri bersama puteri kecilnya, Aliyah :)
Master Ruziah & suami, dari Melaka. Kak G adalah rakan lumba saya dari dulu. Kami kini rakan Masters :)
Master Wan Fatihanum & suami. Rakan umrah kami bersama Shaklee :)
Terima kasih untuk rakan Masters yang hadir. Kalian adalah sumber inspirasi saya sejak dahulu. Setiap kejayaan kalian adalah cabaran untuk saya lebih maju. Terima kasih untuk ilmu & pengalaman yang kita kongsikan. Hebat !
.. bersambung :)
Sayang sayang,
farihah | surijunior@yahoo.com
No comments :
Post a Comment