Slider

Wednesday, June 4, 2014

Bisul

Kalau balik kampung, bila anak cucu duduk atas bantal, mak pasti marah suruh turun. Katanya duduk atas bantal nanti naik bisul.

Betul ke?

Bisul ni sebenarnya kumpulan nanah yang terkumpul dalam rongga. Nanah terjadi disebabkan jangkitan bakteria atau parasit atau disebabkan oleh bahan asing seperti luka, tikaman atau tembakan. Biasanya bisul akan nampak pada bahagian muka, tengkuk, punggung dan bahu. 



PENYEBAB BISUL

Kebanyakan bisul terjadi disebabkan sistem imun badan yang rendah. Bakteria jahat memasuki badan dan membunuh sel, membebaskan toksin sehingga menyebabkan keradangan. Ia juga akan menarik sel darah putih ke kawasan jangkitan dan meningkatkan aliran darah ke kawasan tersebut. 

Terdapat juga sesetengah golongan yang mudah mendapat bisul seperti:
* Diabetis
* Mempunyai masalah dengan sistem imunniti badan
* Kekurangan nutrisi
* Kurang mengamalkan kebersihan diri
* Terdedah kepada bahan kimia yang boleh merosakkan kulit.



BILA KENE JUMPA DOKTOR?

Segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai tanda dibawah:
* Terasa ingin demam
* Nodus limpa terasa sempit
* Kulit sekeliling bisul menjadi merah
* Sakit yang semakin teruk
* Muncul bisul kedua

RAWATAN SEMULA JADI

1. Gunakan pucuk daun semalu

Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. 

Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.

Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering.



2. Bawang putih

Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.

Rujukan :
2. Group Nutrisi Remadi Alami Malaysia (GNRM)

Thanks for reading!

No comments :

Back to Top