Slider

Friday, June 6, 2014

penyakit autoimun

Pernah dengar berkenaan penyakit autoimun?

Allah menjadikan kita sebagai seorang manusia yang sempurna dalam semua hal. Termasuk juga sempurna dalam fungsi dan sistem tubuh badan. Hebatnya Allah bila Dia telah membuat satu sistem yang hebat pada tubuh badan kepada kita untuk melawan penyakit. 



Tapi, ada sesetengah dari kita yang sangat istimewa dan terpilih telah diuji dengan penyakit autoimun. Ia berlaku apabila sistem imun menyerang dan membunuh tisu yan sihat dalam badan.

Jom saya ceritakan macam mana perkara ni terjadi.

Sistem imun badan kita terdiri daripada sel darah putih yang berfungsi untuk melindungi diri dari serangan antigen. Contoh antigen adalah bakteria, virus, bahan merbahaya yang memasuki tubuh, sel kanser, toksin. Maka antibodi akan dihasilkan bagi melawan bahan antigen merbahaya ini. 



Untuk pesakit autoimun, sistem imun mereka tidak mampu untuk membezakan antara tisu yang sihat dan antigen. Maka, badan mereka akan memberi tindakbalas seperti sensetif yang keterlaluan atau alergik yang teruk.

Setakat hari ini, kita masih belum tahu kenapa wujud keadaan autoimun. Antara kesan yang boleh dilihat adalah seperti:
* Fungsi organ boleh berubah
* Organ tidak mampu untuk berfungsi dengan sempurna
* kemusnahan tisu badan

Biasanya, organ dan tisu yang selalu diserang oleh penyakit ini adalah:
1. Otot
2. Sel darah merah
3 Kulit
4. Salur darah

Untuk dapatkan maklumat, boleh baca disini: 
http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000816.htm

Thanks for reading!



1 comment :

Fazidawani said...

cadangan makanan tambahan utk atasi masalah autoimun utk budak 2 tahun

Back to Top