Slider

Thursday, June 12, 2014

ketumbit mata

Kalau kita jumpa orang yang terkena ketumbit mata, biasanya kita akan cakap:

"Mengintai orang mandi la tu"

Itulah yang saya dengar masa kecil-kecil dulu. Sebenarnya ketumbit mata terjadi sebab jangkitan kuman (Stye/sty) atau terdapat kelenjar yang tersumbat (Chalazion) atau ada kelemumur pada bulu mata (Blepharitis).



Kenali punca ketumbit.

Stye :
- Rasa sakit pada kelopak mata dan tiada benjolan.
- biasanya nanah akan tertonjol keluar pada bulu mata
- folikel pada kelopak mata dijangkiti kuman sehingga ia bengkak
- Hanya berlaku pada kulit kelopak mata yang mempunyai kelenjar minyak


Chalazion 
- terdapat benjolan pada kelopak mata.tersumbat
- terdapat bengkak pada bahagian dalam mata.
- berpunca daripada kelenjar yang tersumbat

Blepharitis
- Terdapat kelemumur pada bulu mata
- Biasa dialami oleh warga tua dan perlu dirawat menggunakan minyak bayi. Sapu pada pangkal bulu mata untuk merawat akarnya. Akarketumbit boleh merebak.

Mengikut Prof Muhaya, ketumbit bukan jenis penyakit mata, tapi ia sejenis penyakit kulit. Antara gejala ketumbit bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata ialah bengkak sekeliling kelopak mata, sakit, kelopak mata merah, mata pedih, berair, rasa tak selesa dan sensitif pada cahaya. Penggunaan Kosmetik untuk mata yang diuji secara optalmologi dan dermatologi tidak menyebabkan ketumbit.

Rawatan Ketumbit

1. Ambil tuala yang telah direndam dalam air panas (jangan terlalu panas agar tidak membakar kulit) dan letakkan atas ketumbit itu. Urutkan dengan tekanan yang ringan supaya kelenjar boleh melepaskan minyak. Boleh lakukan empat kali sehari.



Boleh juga lakukan Rawatan TUAM : Sejuk VS Panas
Boleh baca disini : http://imfcare.wordpress.com/2011/11/25/rawatan-tuam-sejuk-vs-panas/

2. JIka anda seorang ibu yang menyusukan bayi, gunalah susu ibu untuk merawat ketumbit. Hanya titiskan susu ibu pada mata bayi. Ia berkesan dan sangat sesuai jika anak menghidap conjuncivitis iaitu kemerahan pada mata.

Seeloknya, pergilah ke klinik untuk mendapatkan info yang tepat sebelum menggunakan ubat-ubatan. Dapat khidmat nasihat doktor dulu ye.

Rujukan:
Grup Nutrisi Remadi Alami Malaysia

Thanks for reading!





No comments :

Back to Top