Saya terjumpa artikel ini di internet, beliau ni
bisnes intenet ie ebay.etc dan telah berjaya. saya baca resipi beliau, dan
ternyata semua nya bukan lagi rahsia atau sesuatu yg baru kerana semuanya
adalah apa yang saya dan mereka yg telah berjaya amalkan. Ianya resipi yg telah
saya huraikan banyak kali sebelum ni. Jom baca sebagai refresher dan moga
pengalaman beliau membuka minda kita semua dan menyuntik semangat kita utk
terus istiqamah dengan RESIPI jutawan ini. Dan moga menambah keyakinan anda utk
mengamalkan apa yg mentor anda selalu kongsikan.....jom baca.
Sukacita ingin saya berkongsi apakah antara resepi
menarik wang dan kekayaan yang diamalkan saya . Mengapa saya namakan ia resepi?
Kerana ia ibarat resepi makanan, apabila acuan digaul dengan baik dan resepi
yang betul, jadi masakan akan jadi lebih enak. Seperti itu jugalah rezeki dan
kekayaan. Andai kita memulakannya dengan niat, landas dan cara-cara yang betul,
ia akan memberi impak positif yang besar pada hidup kita. InsyaAllah. Antara
resepi yang saya berikan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Selamat membaca dan beramal.
Hidup Bertuhan. Bagi saya hidup berTuhan maksudnya
selalu berkomunikasi dengan Allah. Apa maksud berkomunikasi? Andai kita
berkomunikasi dengan manusia, maksudnya kita bercakap dengan manusia seperti
berbual, bergurau, meluahkan perasaan, memberi pendapat.
Dengan Allah juga kita boleh begitu. Mungkin ada
yang berkata,“Macam orang gila pula” Firman Allah SWT, Kami lebih dekat
kepadanya daripada urat lehernya (Surah Qaf: 16) Ayat di atas membuktikan
bahawa Allah sememangnya dekat dengan kita. Sangat dekat. Sebab itu Allah juga
menyatakan,Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya (Surah Qaf:
16) Allah sentiasa mendengar isi hati kita. Dia tidak pernah tidur, tidak
pernah lalai. Allah sentiasa berjaga. Betapa hebatnya Allah, Dia telah mencipta
million orang di dunia ini namun masih Dia mampu mengetahui isi hati tiap
seorang daripada hamba-Nya.
Subhanallah.Mulakanlah berkomunikasi dengan Allah
walau sekecil apa pun yang kita mahu lakukan. Sekalipun Allah sudah tahu kita
nak buat apa tetapi apa salahnya kita berkomunikasi dengan-Nya yang juga
memberi kita bukti bahawa kita ingat pada-Nya. Contoh, “Allah, hari ini saya
nak pergi temuduga, Kau permudahkanlah aku ya Allah. Kau kan Maha Baik hehe”. “Allah,
bagilah aku duit poket, aku tak da duit poket ni. Kau kan Maha Kaya”. “Terima
kasih ya Allah saya dapat makan hari ini. Sedap Allah kek tadi tu. Terima kasih
juga bagi saya duit belanja”
Perkara ini mungkin nampak kecil tetapi besar
impaknya. Kenapa? Sebab apabila suara kita familiar pada Allah ketika kita
senang, Allah akan lebih ingat dan kenal kita ketika susah. Sebagaimana kita
mungkin kurang suka andai kawan kita cari kita hanya ketika susah seperti itu
jugalah Allah tidak suka kita mencari Dia hanya ketika susah.
Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah saw
bersabda : “Sesungguhnya Allah berfirman : “Aku menurut dugaan hambaKu
kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. (Hadis ditakhrij oleh
Turmidzi)“Kamu ingat Allah ketika kamu senang, Allah pasti ingat kamu ketika
kamu susah” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Meditasi Dengan Tenaga ZIKIR.Sebelum memulakan
zikir, ambil wudhuk dan tenangkan fikiran terlebih dahulu. Buat latihan
pernafasan.Tarik nafas dalam kiraan 4 saat, Tahan 6 saat dan lepas
perlahan-lahan 8 saat. Ulang selama 5 minit. Niatkan zikir kerana Allah.
Sebutlah zikir yang anda suka.
3. Jaga Amalan Agama Melebihi Menjaga Diri Sendiri.
·
Solat 5 fardhu di
awal waktu.
·
Surah Al Waqiah dan
surah Al Mulk setiap malam.
·
Surah Yaasin setiap
pagi.
·
Qiyamulail walau
hanya 2 rakaat Tahajud dan 3 rakaat Witir.
·
Istighfar 100x
setiap hari (lagi banyak lagi bagus).
·
Selawat 100x setiap
hari (lagi banyak lagi bagus).
·
Lailahaillah 100x
setiap hari (lagi banyak lagi bagus).
·
Solat Dhuha 2
rakaat setiap pagi (kalau boleh wajibkan) JANGAN utamakan bisnes daripada
Allah. Bila dah dengar azan, berhenti dan siapkan diri menunaikan solat.
Katakan pada diri, “Allah first!” kerana Allah yang bagi kita rezeki. Andai
Allah tahu bahawa kita utamakan dia, datang badai macam mana pun sekali Allah
kata “Kun Faya Kun” PASTI rezeki tu dapat juga. Jadi, jangan risau tentang
rezeki.
·
Percaya pada Allah.
Kan rezeki tu Allah yang kasi, BUKAN Ebay bukan orang lain. “Kamu jaga Allah,
pasti Allah menjaga kamu”
4. Set Matlamat Utama Yang Kukuh, saya telah pun
memulakan perniagaan internet sejak 3 tahun yang lalu tetapi masih belum
menemui sebuah kejayaan (menjana pendapatan yang saya impikan). Dengan hanya
berbekalkan niat,“Aku ingin membawa a.k.a menaja perbelanjaan ibu aku pergi
haji” Segala cabaran sepanjang penglibatan dalam perniagaan internet saya
tempuhi dengan baik. Entah kenapa ada satu kekuatan yang ajaib dalam diri saya
yang membuatkan saya tidak kenal erti ‘putus asa’ walau saya dah banyak
laburkan duit beli produk di Internet. Saya berdegil untuk terus mencari apakah
perniagaan internet yang sesuai dengan diri saya dan alhamdulillah saya telah
menemuinya sekarang iaitu perniagaan Ebay.
5. Reprogramming Mindset. Dalam apa jua yang kita
lakukan, mindset sangat penting untuk menentukan sebuah kejayaan. Ramai antara
kita mempunyai masalah mindsetting yang menyebabkan kita mudah tersungkur di
awal fasa perniagaan dan saya tidak menafikan saya juga adalah antara salah
seorang daripadanya dahulu.
Bak kata pepatah,“Belum duduk, dah melunjur” Sebelum
mula, kita telah pun memupuk energi negatif dalam diri kita dengan
mengatakan,“Mampukah aku?” Seolah-olah kita tidak yakin pada diri sendiri
kerana sesungguhnya kita adalah manusia sebaik-baik kejadian. Kita adalah
seseorang yang hebat andai kita sedar.
Jadi, bagaimana nak repogramming mindset? Belajarlah
tentang ilmu Hukum Tarikan yang menggunakan hukum alam (sunnatullah) dan energi
alam semesta. Selain itu tentang kuasa minda separa sedar, kuasa minda super
sedar, dan yang paling saya recommended “Quranic Law of Attraction” yang sangat
sesuai bagi muslim. Ia adalah ilmu yang sangat menarik bagi saya kerana
sebenarnya kita boleh menggunakan spritual untuk menarik apa yang kita
impikan.Saya bersyukur kerana Allah mengilhamkan saya belajar tentang Hukum
Tarikan tatkala memulakan bisnes Ebay dan hasilnya sangat positif.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan audio
hipnosis untuk reprogramming mindset anda yang bertindak secara halus melalui
minda separa sedar. Anda hanya perlu memasangkan audio itu sebelum tidur dan
biarkan maklumat disimpan dalam minda separa sedar anda. InsyaAllah lama
kelamaan, anda akan rasa impaknya terhadap diri anda yang akan memudahkan anda
menarik rezeki dan wang ke dalam hidup anda. Yang pasti, dengan izin-Nya. Artikel
berkaitan: Rahsia Tarikan Rezeki dan Kekayaan
6. Tenaga Doa: Teruskan Berdoa, Yakin Pada Allah,
Dia Kabulkan Doa Anda. Pernahkah anda memikirkan suatu impian atau hajat dan
mendapat rezeki yang tak disangka-sangka? Saya pernah. Dengan menggunakan Hukum
Tarikan, Quranic Law Of Attraction dan tenaga doa, saya mendapat rezeki yang
tak disangka-sangka. Saya tak pernah memikirkan atau terbayang yang Allah akan
berikan saya rezeki itu. Seperti bulan jatuh ke riba. Sekilas pandang. Allah
bagi apa yang saya nak.Benarlah kata-kata dalam ebook Hukum Tarikan,“Kita tak
perlu fikirkan bagaimana impian kita dapat dicapai, kita hanya perlu bayangkan,
rasakan perasaan ketika itu dan ulang perkara itu setiap hari agar dapat
menarik impian itu ke dalam hidup kita”Ada orang kata,“Usaha kena ada”Perkara itu
sememangnya penting cuma apa yang saya ingin memberitahu adalah,“When you think
BIG, you will transmit BIG positive energy to the world - Apabila anda
memikirkan perkara yang BESAR, anda akan memancarkan energi positif kepada alam
semesta. (Hukum Tarikan)
Contoh,“Aku nak jadi jutawan” Puas kita fikirkan,
bagaimana? Tak perlu fikir bagaimana. Dengan Allah NOTHING impossible.
InsyaAllah, andai Dia izinkan, esok pun Dia boleh jadikan anda jutawan.
Percayalah pada rezeki yang tidak disangka-sangka dengan syarat: Jaga hubungan
dengan Allah melalui amalan agama Teruskan berdoa. Luahkan pada Allah segala
impian anda seusai solat di hamparan sejadah.
7. Sedekah Kadang-kala kita tak rasa sedekah yang
pernah kita bagi pada orang lain, bantu orang lain berbalik kepada kita. Renung
dan nilai segala urusan yang dipermudah, rezeki dan wang yang menarik-narik
dalam hidup kita. Semuanya adalah disebabkan sedekah yang kita berikan kepada
orang lain.Sedekah ada banyak definisi, ia tidak hanya terhad kepada wang
ringgi. Zikir, amal soleh, dan senyuman juga adalah salah satu bentuk
sedekah.“Andai kita mampu makan di gerai dan harga makanan adalah RM5, apa
salahnya kita berikan walau hanya sekecil 10 sen kepada peminta sedekah yang
datang atau adakah kita malu kerana berikan wang yang sedikit? Letakkanlah malu
pada tempat yang sesuai” Itulah pesan sahabat saya.
Bila saya renung, buat saya muhasabah diri.
Kadang-kala kita malu tak bertempat. Kadang-kala terlalu kedekut dan takut duit
kita akan berkurangan. Bukankah sedekah tidak akan mengurangi harta? Malah
dengan bersedekahlah kita menarik rezeki dan kekayaan yang tidak pernah kita
sangka-sangka.Tips mudah memulakan kehidupan dengan bersedekah.
·
Maniskan muka
dengan senyuman
·
Sedekah
sekurang-kurangnya RM1 seminggu
·
Solat awal waktu
·
Berkata hanya yang
positif atau diam..InsyaAllah.
Jika istiqomah buat perkara-perkara ringan ini ,
akan terasa perubahannya. Moga mudah-mudahan, impaknya turut dirasai dalam
urusan bisnes kita.Sumber: Hasbul AqillArtikel berkaitan: Hebatnya Sedekah
8. Syukur : Firman Allah SWT,Demi sesungguhnya! Jika
kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi
sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. (Surah
Ibrahim: 7) Ayat di atas menjelaskan bahawa apabila kita banyak bersyukur,
Allah akan tambah nikmat-Nya kepada kita. Syukur ibarat penghargaan daripada
seorang hamba kepada Tuhannya iaitu Allah. Analoginya, orang yang kita tolong
mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada kita berulang-ulang kali
menunjukkan betapa dia menghargai pertolongan kita padanya.
Begitu juga Allah, tatkala hamba-Nya mengucapkan
rasa syukur, Allah merasai penghargaan daripada hamba-Nya terhadap nikmat yang
telah diberikan-Nya. Tiap kali dapat rezeki walaupun sesimple mana pun,
bersyukurlah. Ucapkan terima kasih walau hanya di hati. “Terima kasih ya Allah,
hari ini aku dapat komisyen affiliate”. “Terima kasih ya Allah, aku ada makanan
untuk dimakan hari ini”. “Terima kasih ya Allah, aku dapat on9 internet untuk
uruskan bisnes aku”
CARA MENGHIDUPKAN KESYUKURAN
1. Yakinlah, Tatkala kita menadah tangan, sekalipun
hanya berbicara, yakinlah doa kita akan termakbul. Yakin dan percaya ada kaitan
dengan iman. Sepertimana kita percaya pada Allah yang Dia akan selesaikan
masalah kita, seperti itulah iman kita. Bukankah Allah itu Maha Besar? Malah
daripada-Nyalah datangnya masalah itu jadi pastinya kepada-Nyalah kita memohon
pertolongan agar diselesaikan masalah itu.Oleh sebab itu, kita perlulah yakin
Allah makbulkan doa kita tatkala kita meluahkan keinginan kita.
2. Rasakanlah, Dengan berasa yakin, ia masih tidak
cukup bagi menuju kebahagiaan hidup. Ini kerana keyakinan kita sering berubah-ubah
seperti iman kita, turun naik. Itulah lumrah manusia. Ada ketika di atas, ada
ketika di bawah, seperti putaran roda. Oleh sebab itu, untuk menstabilkan
keyakinan itu, kita perlu mengadakan perasaan pada keinginan kita. Contoh,“Saya
memiliki isteri solehah dan berakhlak mulia” Bagi adam yang membaca pasti
tersenyum ketika membacanya. Dalam hatinya pasti berkata,“Subhanallah. Indahnya
andai ia jadi kenyataan”
Untuk merasakan statement di atas, anda bayangkanlah
perasaan ketika itu. Apa yang anda ingin ada pada isteri anda. Antaranya, anda
membayangkan dia bertudung labuh, memakai stokin sebelum keluar rumah dan
melayan anda dengan baik. Rasakan perasaan anda tatkala mendapat statement di
atas. Pasti indah bukan? Begitu juga apabila menyatakan keinginan anda. Walau
apa sahaja keinginan anda, cuba untuk merasakan perasaan itu. Ketika hendak
berdoa, kuatkan keyakinan yang doa anda pasti dimakbulkan.
Langkah seterusnya adalah melantunkan
keingingan-keinginan anda dengan tegas. Jangan ragu-ragu. Jangan fikirkan
bagaimana kerana Allah itu Maha Besar.
Percayalah adanya rezeki yang tidak disangka-sangka.
Arahkan fikiran dan perasaan pada keinginan-keinginan anda. Sekali lagi,
ucapkan dengan tegas dalam hati anda. Jangan ada putus asa atau kecewa. Ucapkan
kalimat-kalimat yang mengandungi makna tegas, positif beserta keyakinan
mendalam. Elakkan membaca doa seperti ini,“Ya Allah ampunilah aku jika Engkau
suka. Ya Allah rahmatilah aku jika Engkau suka” Sebaliknya sebutlah permintaan
anda sesungguhnya anda tidak pernah memaksa. Lakukan pengakuan dalam hati dan
fikiran anda. Rasakan keinginan-keinginan itu sudah pun hadir.
Kemudian bersyukurlah.“Alhamdulillah, terima kasih
Allah. Hari ini saya sudah mula dapat beri ibu dan ayah saya RM1000 seorang
pada tiap bulan”
3. Rebutlah, Setelah sudah yakin dan rasakan keinginan-keinginan
anda, ucapkanlah kata-kata yang dapat memberi kesan kuat dalam diri anda.
Contohnya,
·
“Saya bersyukur
kerana mendapat rezeki pada hari ini”.
·
“Saya bersyukur
mendapat duit yang banyak dan kehidupan yang selesa”.
·
“Saya gembira
mendapat kemudahan urusan daripada Allah dalam kehidupan seharian saya”
·
“Saya bersyukur dan
bahagia kerana membahagiakan ibu bapa dan mereka gembira apabila berada di sisi
saya”
Sebutlah kata-kata itu sesudah berdoa. Tujuannya
adalah untuk memberi anda energi positif yang kuat yang akan memberi pancaran
energi positif kepada alam semesta. Tanamkan kata-kata itu hingga ia
benar-benar menjiwai kehidupan anda. InsyaAllah selesai mengucapkannya, anda
pasti berasa bahagia, damai dan tidak keluh kesah lagi.
p/s: Cara saya adalah dengan menulis pada sebuah
buku (Buku Syukur) apa perkara yang saya bersyukur pada tiap hari. Kadang-kala
andai tidak sempat update buku, saya akan ucapkan secara lisan,
“Terima kasih Allah, hari ini saya dapat keuntungan
yang banyak dalam perniagaan saya”
“Terima kasih Allah, sesungguhnya nikmat Kau terlalu
banyak untuk aku hitung dan takkan termampu untuk aku hitung. Oleh sebab itu,
aku ingin mengucapkan terima kasih atas segalanya pada hari ini”
Dengan menulis perkara yang kita bersyukur tiap hari
pada sebuah buku, kita kan memancarkan energi positif kepada alam semesta yang
akan menarik lebih banyak rezeki dan wang ke dalam hidup kita.
InsyaAllah.“Sungguh mengagumkan urusan orang mukmin itu, setiap urusannya
adalah baik. Tidaklah ini berlaku melainkan hanya kepada orang mukmin, jika dia
mendapat sesuatu yang menggembirakan, dia bersyukur maka itu baik baginya. Dan
jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu juga baik baginya.”
(Diriwayatkan oleh Muslim)
Semoga apabila lebih banyak nikmat-Nya hadir dalam
hidup kita, kita menjadi hamba-Nya yang lebih banyak bersyukur, lebih lama
qiyamuilail dan lebih lama sujudnya. Aamiin~Sumber: Petikan buku Quranic Law of
Attraction
InsyaAllah sekian sahaja Resepi Menarik Rezeki Dan
Kejayaan berdasarkan pengalaman saya sebagai motivasi agar anda juga turut
mengamalkannya, saya juga ingin berkongsi proven testimonial saya dengan resepi
ini.Bukti Resepi Ini Berkesan Pada Saya
1. Dengan menggunakan tenaga doa, sering kali saya
berdoa seusai solat untuk masuk satu coaching Ebay bernilai RM399. Saya
berusaha melalui perniagaan Ebay untuk dapatkan modal itu kerana pada masa itu
saya short RM100. Sememangnya ketika itu saya tiada simpanan yang lain untuk
cover RM100. Saya bukan seseorang yang suka minta ibu bapa duit. Kadang-kala
malu nak minta pada mereka walaupun itu adalah tanggungjawab mereka.Saya terus
berdoa dan menggunakan Hukum Tarikan + Quranic Law Of Attraction, saya
membayangkan saya dapat masuk coaching itu. Saya bayangkan saya bayar RM399 dan
masuk coaching tu. Alhamdulillah, Allah permudah. Saya sendiri tak sangka dapat
rezeki daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Tetiba, PAP! Saya terus dapat
full modal untuk bayar coaching itu. Subhanallah. Sejak daripada itu, saya
semakin yakin dan percaya bahawa tenaga doa itu sangat hebat!
2. Apabila saya mulakan hidup berTuhan dan
menggunakan Hukum Tarikan, Allah seringkali membantu saya menjadi pemikir
positif. Suatu hari saya kehilangan kad akses rumah saya bernilai RM60. Bagi
saya yang baru mula menjana pendapatan yang lumayan di Ebay, ketika itu duit
saya masih tidak mampu menampung sara hidup saya di bandar besar seperti Shah
Alam. Setelah pulang ke rumah dan menyedari kehilangan kad akses itu, saya mula
rasa down dan energi positif saya berkurang kerana saya mula berasa kecewa
dengan Allah.Tetapi pada petangnya, Allah gantikan dengan item Ebay yang
bernilai AUD 60 terjual. Subhanallah.
Setelah itu, saya mula mempositifkan diri agar
sentiasa bersangka baik pada Allah.Kisah lain, suatu hari saya menghadapi
kesukaran dalam perniagaan Ebay. Saya mula rasa down dan kekecewaan mula
menyelinap ke dalam diri saya. Tak lama daripada itu, saya mendapat berita yang
kakak saya telah selamat melahirkan anaknya yang mana sebelum itu saya risau
keadaannya yang hampir 2 hari berjuang melahirkan anaknya.
Disebabkan kegembiraan tentang anak buah saya, rasa
down saya terubat dan kekecewaan saya terus hilang. Saya rasa bersalah pada
Allah kerana saya berburuk sangka pada dia. Rasa malu kerana di kala saya mula
kecewa dengan Dia, Dia akan cure kekecewaan saya dengan sesuatu perkara yang
lebih baik yang menggantikan kekecewaan itu.
Terima kasih Allah.InsyaAllah itu sahaja perkongsian
kesan daripada resepi yang saya amalkan seperti di atas. Semoga ia memberi anda
motivasi dan inspirasi serta manfaat kepada anda untuk sama-sama kita amalkan.
”Terima kasih Allah atas segalanya. Sungguh nikmat
hidup berTuhan. Subhanallah.Semoga anda kaya dan berjaya dunia akhirat.
InsyaAllah. Yes WE CAN.
Sekian..jom muhasabah dan amalkan...resipi ini bukn
lg rahsia...jika nak rasai keajaibannya..kenelah amalkan. ..kalau beliau
berjaya dlm ebay sbb itu passion dia..saya percaya kita akan berjaya dlm biz
shaklee kerana ini passion kita..insyaallah.
SELAMAT MENGADUN RESEPI..semua ada peluang utk
berjaya..insyaallah. ...aplikasikannya dlm urusan harian anda bersama biz
shaklee.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;