Slider

Monday, November 27, 2017

13 TIPS DAN CARA TERBAIK TIDURKAN BAYI DENGAN LEBIH LENA

Bagi mengatasi masalah anak kerap terjaga malam ini, anda perlu bijak dalam menanganinya. Susun beberapa strategi dari sudut psikologi dan habit tidur bayi anda. Jangan risau! Kami ada sediakan beberapa tips untuk bantu bayi anda tidur.

Tips 1 : Perhatikan Tanda-tanda Bayi Anda Hendak Tidur
Kenapa ianya penting untuk anda faham dan ‘alert’ apabila bayi anda hendak tidur? Langkah ini merupakan langkah yang paling penting dan terawal dalam memastikan tidur yang lena sepanjang malam.

Anda mesti pernah mengalami situasi dimana bayi anda terjaga apabila dia baru sahaja hendak tidur. Akibatnya, bayi anda akan merengek dan tidak tidur dengan baik selepas itu. Tambahan lagi, anda pun tidak dapat tidur!

Tips 2 : Latih Bayi Anda Dengan Rutin Sebelum Tidur
Antara rutin yang boleh dilatih untuk bayi adalah mandi dengan air suam sebelum tidur. Mandian ini dapat merehatkan bayi serta dapat membantu bayi anda tidur dengan lebih lena dan selesa. Bedungkan bayi anda selepas mandi. Bedung dengan selesa ya. Jangan terlalu ketat sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepadanya.
Tips 3 : Amalkan Sentuhan Magis
Apa yang ‘magic’ tu? Percaya atau tidak, bayi pun perlukan urutan badan sebelum tidur. Kajian dari Universiti Miami melaporkan, bayi dan kanak-kanak yang diurut sebelum tidur selama 15 minit mampu untuk tidur lena tanpa terjaga.

Tips 4 : Mainkan Bunyi-bunyian Yang Menenangkan
Lagu-lagu tradisi yang menenangkan dapat mengimbaukan kembali bayi anda ketika di dalam rahim anda. Degupan jantung dan darah yang mengalir di dalam badan anda membuatkan bayi anda sudah biasa dengan bunyi-bunyian. Bagi muslim, alunan zikrullah dan ayat suci al-quran sudah tentu menjadi pilihan utama buat para ibu dan bapa.

Tips 5 : Buaikan Bayi Anda
Pergerakan buaian atau kerusi tidur bayi boleh membuatkan bayi anda terbuai-buai sehingga tertidur lena. Sebab itu kita selalu lihat bayi diletakkan di dalam buaian jika hendak tidur. Ayunan buaian dapat meredakan keadaan bayi dan tidak lama selepas itu bayi anda telah lena dibuai mimpi.
Tips 6 : Elakkan Pengambilan Kafein Bagi Ibu
Kafein bukan sahaja perlu dielak ketika hamil, juga semasa anda menyusukan bayi, anda juga perlu buang senarai minuman berkafein di dalam kepala. Minuman yang mengandungi kafein terdiri dari teh, kopi dan minuman bikarbonat (minuman bergas).

Bayi akan terkesan jika minum susu ibu yang mengandungi kafein. Lebih mengerikan, badan bayi mengambil masa sehingga 97 jam untuk hilangkan kesan kafein dari tubuhnya menyebabkan bayi lebih susah untuk tidur

Tips 7 : Makan Waktu Siang
Kekerapan makan di waktu siang mampu membantu tidur yang lena di malam hari. Bayi mempunyai saiz perut yang kecil dan perlu makan dengan kerap. Beri makan atau susukan bayi di waktu siang dengan kerap supaya masa dia tidur waktu siang tidak begitu lama.

Jika bayi anda tidur lebih dari empat jam, anda boleh buka bedungnya dan kejutkan dia dengan lembut. Rutin menyelang-selikan tidur dan makan dapat mengurangkan sedikit sebanyak masalah kerap terjaga malam.
Tips 8 : Tambah Makanan Bayi Anda Sebelum Tidur
Tambah lagi? Iya. Tidak kira bila kali terakhir anda memberi susu dan makanan kepada anak anda, cuba untuk berikan susu terakhir sebelum anda tidur. Ini membantu bayi dari terjaga kelaparan di waktu malam.

Tips 9: Ajarkan Bayi Anda Perbezaan Siang Dan Malam
Pada waktu malam, pastikan lampu sedikit malap berbanding kecerahan di waktu siang. Selain itu, suasana malam sepatutnya lebih sunyi berbanding waktu siang. Kebiasaan ini dapat membantu bayi anda tidur lena dan lebih lama di waktu malam. Serta tidur lebih singkat di waktu siang.

Tips 10: Jangan Kacau Bayi Anda
Elakkan mengganggu bayi dengan menukar lampinnya ketika dia sedang menyusu. Waktu seperti ini akan membuatkan bayi tidak selesa dan merengek. Tunggu sehingga anak anda betul-betul lena, baru tukar lampinnya.
Tips 11: Biarkan Bayi Anda Tidur Semasa Menyusu
Menyusu badan merupakan perkara yang paling berharga buat si ibu dan anak. Kebiaasaannya, bayi mudah tertidur apabila menghisap susu ibunya. Hal ini kerana, hormon-hormon akan terhasil dan menimbulkan keselesaan buat bayi dan ibu.

Tips 12: Tidur Sekali Dengan Bayi
Kajian menunjukkan bahawa, bayi dan ibu yang mempunyai kitaran tidur yang sama boleh membantu untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

Tips 13: Bau-bauan ibu
Maksudnya, gantikan tempat si ibu dengan baju atau apa sahaja yang boleh membuatkan bayi anda merasakan anda berada disisinya. Ketika di awal kelahiran, deria bau antara deria yang sangat tajam bagi bayi.


sumber : zuriat.my
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;

No comments :

Back to Top