Tahukah anda, menurut pakar. Ibu yang menggunakan telefon bimbit mereka ketika menyusukan bayi boleh membahayakan si kecil.
Ibu yang menggunakan telefon bimbit semasa menyusukan bayi boleh menyebabkan mudarat jangka panjang kepada bayi mereka.
Menurut pakar, ibu-ibu yang baru bukan kurang fokus dalam menyusukan anak tetapi mereka juga tidak ada hubungan mata dengan bayi yang boleh menjurus kepada isu jangka panjang yang lain.
Ia bukan perkara yang luar biasa bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi sambi brmain dengan telefon bimbit.
Menurut Pakar Dr Kateyune Kaeni, ahli psikologi yang pakar dalam kesihatan mental ibu yang bekerja di Pusat Perubatan Pomona Valley di Calfornia mengatakan hubungan mata adalah penting dalam membina hubungan yang selamat antara ibu dan anak.
Dia berkata: "Apabila bayi dilahirkan pada mulanya, penglihatan mereka hanya pada asasnya hanya dari dada hingga ke muka ibunya sahaja. Jadi bayi banyak merenung dan bonding dengan cara itu.
Jika bayi cuba untuk berhubungan dengan anda melalui bunyi bising atau senyuman yang dibuat tetapi tidak berjaya dan mencubanya beberapa kali dan akhirnya si kecil belajar yang mereka tidak boleh bergantung pada anda untuk memberi respon. Ini boleh berisiko menjadikan bayi sama ada seorang yang tidak sabar dan asyik nak melekat pada anda atau rasa tak selamat. Dan juga akan emningkatkan tingkah laku mereka sehingga anda memberi perhatian.
Tambah lagi, gangguan seperti sebuah telefon pintar boleh menyebabkan ibu hilang petunjuk yang bayi sudah "kenyang atau masih lapar" atau lekapan mereka tidak selamat atau sekiranya mereka ada masalah menelan."
Terry Bretscher, juruawat yang bertugas dengan Dr. Kaeni berkata kebanyakkan ibu muda selalunya lebih asyik memeriksa mesej telefon pintar berbanding menyusukan bayi mereka.
Kadang kala mereka lebih sibuk menjawab telefon. ia memang sukar untuk membina ikatan atau bercakap-cakap dengan bayi anda bila ibu sentiasa sibuk melayan telefon pintar sahaja!
sumber : thesun.co.uk
No comments :
Post a Comment