Slider

Thursday, April 13, 2023

Berhenti Sebelum Kenyang

*Gambar di kenduri tadi tak sempat tangkap, ni gambar di Hilton Hotel, semasa Umrah VIP Percuma Shaklee. Umrah dengan Shaklee ni, mewah dan sedap sangat makan. Tiap-tiap hari tak sempat nak lapar, dah kena makan lagi

Pi kenduri tadi. Saya ambil nasi besar penumbuk. Gulai kambing dalam 3 sudu besar, Masak lemak nenas ikan masin 2-3 ketul, sambal ikan talang 1 sudu. Sampai di meja.

Kawan semeja tegur "Farihah makan banyak tu saja?"

Datang pula tuan rumah tegur "Awat makan sikit sangat?"

Kawan semeja balas "Emmppphh Farihah jaga badan"

Saya senyum kelat.

Hakikatnya depa taktau, mak anak 8 ni ; Pagi tadi habiskan nasi goreng berbaki anak-anak. Malam-malam teman suami makan lepas balik masjid. Kadang dah makan terpaksa makan lagi sebab anak-anak taknak makan kalau umi tak makan sama.


Banyak ujian dan cabaran terpaksa ditempuhi untuk menepati sunnah makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang ni . Dalam semua formula diet dan sihat, sunnah ini sebenarnya adalah paling berkesan dan effisien untuk kekal sihat dan cepat kurus semula.

Ini juga yang Tun Dr. Mahathir amalkan sehingga sangat dikagumi kesihatannya oleh semua. Syukurlah dengan limpahan rezeki makanan yang Allah kurniakan pada kita tapi itu juga ujian sejauhmana kita komited untuk menjaga amanah tubuh sihat yang Allah kurniakan ni. Walaupun susah, kena juga back to basic. "Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang"






________________________________________________________________

💜, 
Farihah
Shaklee Effective Master Coordinator 
Hubungi saya



 

No comments :

Back to Top