Adakah anda sering
mengalami pening kepala, mudah letih, banyak berpeluh dan sentiasa tidak
cergas? Saya cadangkan saudara/ saudari berjumpa dengan doktor untuk mengetahui puncanya. Kebiasaannya
gejala ini berkait rapat dengan tekanan darah tinggi atau hypertensi.
Hypertensi boleh meningkatkan
faktor untuk mendapat penyakit jantung dan strok. Ia merupakan penyakit
dalam diam yang boleh mengakibatkan banyak komplikasi jika tidak dirawat.
Seseorang yang mengidap hypertensi boleh dirawat sekiranya mereka mengubah gaya dan cara
hidup kearah yang lebih baik. Sebagai contoh:
1. Berusaha menurunkan berat badan sekiranya ANDA mempunyai
berat badan berlebihan,
2. Banyakkan bersenam, makan makanan mengikut DIET yang
seimbang
3. Berhenti sekiranya ANDA suka mengambil alcohol atau kuat
merokok.
4. KURANGKAN garam dan kafein dalam makanan
Apakah tekanan darah?
Tekanan darah diukur dalam millimeter/merkuri (mm Hg).
Sebagai contoh 150/95.
Ø
Tekanan sistolik :nombor diatas - 150
Ø
Tekanan diastolic nombor dibawah – 95
Tekanan Darah
Kategori
|
Sistolik
|
Diastolik
|
|
Normal
|
bawah 120
|
dan
|
bawah 80
|
Pre-hypertensi
|
120 - 139
|
atau
|
80-90
|
Hypertensi
|
140 dan ke atas
|
atau
|
90 dan ke atas
|
Hypertensi sistolik
|
160 dan ke atas
|
dan
|
bawah 90
|
Apakah punca tekanan darah tinggi (Hypertensi) ?
Kebanyakan kes, punca hypertensi masih tidak diketahui.
Walaubagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh penyakit buah pinggang, keturunan,
ubatan seperti steroid, pengambilan ALKOHOL dan merokok.
Komplikasi
Peningkatan mendadak tekanan darah boleh menyebabkan
kekeliruan, sawan dan kematian. Apabila tekanan darah naik secara mendadak,
rawatan segera sangat diperlukan.
Sekiranya tekanan darah tinggi berlaku berterusan, ia akan
memberikan tekanan keatas organ tubuh dan menyebabkan :
-
Jantung : Jantung akan gagal berfungsi dengan
baik, serangan jantung dan kematian
-
Pembuluh darah akan menjadi keras
-
Kegagalan buah pinggang berfungsi
-
Mata : pendarahan dalam mata dan kerosakan pada
kawasan sensitive cahaya dalam mata
Bagaimana Shaklee membantu anda?
Suplemen Shaklee tidak merawat darah tinggi. Ia lebih
bersifat mencegah penyakit ini dari menjadi lebih kronik. Saudara/saudari hanya
perlukan Garlic dan Omega Guard.
Garlic – membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan
kolesterol
No comments :
Post a Comment