Slider

Sunday, January 12, 2014

Rambut gugur selepas bersalin?

"Mama, kenapa la Aiman tu suka makan jari?" Serina bertanya emaknya yang sedang asyik membaca surat khabar di ruang tamu. 

"Biasalah tu, rambut mak dia nak gugur la kalau anak makan jari" Jawab maknya, sambil memandang sebentar wajah cucu yang berumur 3 bulan.

Kita selalu dengar petua orang lama berkenaan rambut gugur selepas bersalin. Benarkah apabila anak sering makan jari tu petanda si ibu akan gugur rambut selepas bersalin.


Sebenarnya ada beberapa sebab kenapa masalah ini terjadi.

1. Perubahan hormon selepas kelahiran
Semasa mengandung, wanita hamil kelihatan sangat cantik dan berseri-seri. Biasanya pada masa ini tiada rambut yang gugur. Ini kerana hormon estrogen dan progesteron sangat tinggi. Selepas kelahiran, hormon berkurang dan pertumbuhan rambut terhenti. Jadi, rambut semakin menipis dan kusut akibat gugur.

2. Pengambilan makanan yang tidak sihat
Kebiasaannya, selepas bersalin para ibu akanmengawal kadar pengambilan makanan supaya menjadi lebih langsing dan bentuk badan kembali ke bentuk asal. Keadaan ini menyebabkan para ibu tidak mendapat nutrisi yang secukupnya untuk pembinaan tubuh.

3. Tekanan
Ibu yang mempunyai ramai anak dan bekerja akan menghadapi tekanan yang lebih berbanding ibu tidak bekerja dan melahirkan anak pertama.



Kepelbagaian tugas di rumah menyebabkan para ibu perlu berfikir dan menggunakan tenaga untuk menyelesaikan segalanya. Hal sebegini menyebabkan para ibu tidak sempat untuk mengambil perhatian terhadap kebersihan dan kesihatan rambut mereka


Dengan shaklee masalah ini dapat diatasi. Vitalea Iron Formulated membantu menambah zat besi yang kurang dalam tubuh badan. Ia penting untuk membantu folikel rambut tumbuh dengan baik

Thanks for reading!


No comments :

Back to Top