Slider

Thursday, January 30, 2014

Cacar air / chicken pox

virus varicella adalah virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Ia adalah virus yang senang merebak melalui udara dan sentuhan. Kebiasaannya, anak yang  mendapat cacar air akan mengalami demam dan tidak sihat sebelum ruam timbul


Rawatan cacar air

-          Apabila anak anda mendapat cacar air, pastikan mereka di kuarantinkan di rumah. Elakkan mereka ke sekolah atau nursery magi mengelak jangkitan pada anak-anak yang lain

-          Minum banyak air. Ini penting untuk mengelakkan anak daripada kekeringan (dehydrate)



-          Minyak kelapa dara boleh diambil kerana ia membantu meningkatkan system imun badan

-          Boleh minum atau mandi dengan air kelapa muda. Anak berumur bawah 6 bulan boleh dimandikan dengan air kelapa, daun semambu atau mandian the merah. Ibu yang menyusukan anak juga digalakkan untuk mengambil minuman ini. Pastikan anak kerap menyusu supaya penawar ini boleh dirasai oleh anak yang terkena cacar air. Perlu ingat, anak berumur 6 bulan kebawah tidak boleh diberi minum apa-apa.

-          Anda juga boleh mengambil vitsmin E. Buka kapsul dan lumurkan pada parut supaya kesan parut dapat dihlangkan

-          Para ibu yang menyusu perlu elakkan dari mengambil seafood bagi mengelakkan kegatalan pada anak anda

-          Selain itu, anda boleh memberikan vitamin D pada anak dengan mendedahkan anak yang menghidap cacar air kepada cahaya matahari pagi antara jam 7 hingga 8 pagi. Dapatkan cahaya matahari selama 10-15 minit.

Thanks for reading !



Back to Top