Slider

Friday, January 17, 2014

Tekanan darah rendah (Hypotension)


Kita selalu dengar orang mengidap tekanan darah tinggi, jarang sekali ada yang alami tekanan darah rendah. Tekanan darah rendah berlaku apabila bacaan tekanan darah lebih rendah dari biasa. Kepelbagaian aktiviti yang memenatkan, kurang berehat, tidak cukup tidur dan keluar darah haid yang banyak adalah antara sebab tekanan darah rendah berlaku.

Gejala tekanan darah rendah


Kebiasaannya, seseorang yang mengalami gejala ini sebenarnya mengalami tekanan darah rendah:
1.       Pening dan sakit kepala
2.       Pitam
3.       Daya fokus yang kurang
4.       Penglihatan menjadi kabur
5.       Loya
6.       Rasa sejuk, tangan lembap dan kulit yang pucat
7.       Mengah semasa bernafas atau bernafas dengan cepat
8.       Cepat letih
9.       Mudah tertekan
10.    Selalu dahaga

Bila kene jumpa doktor?

Biasanya penghidap tekanan darah rendah tidak mengambil perhatian serius jika mereka rasa pening atau loya. Mereka menganggap perkara ini hanyalah sesuatu yang biasa. 


Sangat penting untuk anda berjumpa dengan doktor. Ia bukan hanya untuk tahu kenapa sakit, tetapi pesakit perlu tahu berapa cepat tekanan darah mereka menurun dalam satu-satu masa. Ini penting untuk mengelak perkara yang lebih serius terjadi.

Kalau tak rawat tak pe ke?
Tekanan darah rendah peringkat pertengahan boleh menyebabkan pening dan pitam. Kalau dibiarkan serius ia boleh menyebabkan kegagalan untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Ini boleh menyebabkan kemusnahan hati dan otak yang teruk.


Jadi, rawatan awal dan konsultasi doktor sangat diperlukan. 

Selain itu, saya sarankan anda mencuba Vita-Lea dan B-Complex sekiranya menghadapi hypotension


Thanks for reading!


No comments :

Back to Top