Slider

Tuesday, January 14, 2014

Seggugut? Aduh...

85 % dari wanita mengalami sindrom prahaid atau lebih dikenali sebagai premenstrual syndrome (PMS). Kebiasaannya mereka akan merasai krem pada bahagian perut, lengh-lenguh badan dan perubahan emosi seperti rasa cepat marah dan mudah tersentuh.

Beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan senggugut adalah seperti:

1.       Jadual pemakanan yang seimbang
Makanan yang terlalu masin boleh menyebabkan kembung perut, kafein berlebihan akan mengganggu emosi, pengambilan alkohol akan menyebabkan  kemurungan, makanan manis pula boleh mengganggu aras gula dalam darah. Jadi pilihlah makanan seimbang untuk kesihatan anda semasa PMS


2.       Banyakkan bersenam
Bersenam mampu menyeimbangkan kesihatan fizikal dan emosi. Lakukanlah senaman secara rutin. Ini membantu jantung anda berfungsi dengan baik. Dicadangkan untuk anda melakukan senaman ringan selama 2 jam setengah dan aerobik selama 1 jam 15 minit. Anda juga boleh menggabungkan kedua-dua jenis senaman ini disamping aktiviti yang boleh menguatkan otot-otot badan.


3.       Cubalah mengambil vitamin
Vitamin yang berkesan untuk senggugut kebiasaannya B6dan E. Sukatan dos yang sesuai adalah :
-          1,200 mg kalsium
-          400mg Magnesium
-          50-100mg vitamin B6
-          400 IU vitamin E
Shaklee menawarkan GLA Complex untuk anda yang sering mengalami senggugut.


4.       Cuba amalkan bahan semulajadi untuk legakan senggugut
Halia, kayu putih, jintan manis dan kulit kayu manis adalah antara bahan semula jadi yang boleh menolong menghilangkan kesakitan senggugut


5.       Kurangkan tekanan
Perkara yang paling penting adalah banyakkan berehat dan dapatkan tidur yang cukup. Cuba untuk kurangkan tekanan pada diri anda. Bila hadapi tekanan, cubalah tarik nafas dalam-dalam, buat urutan spa, meditasi dan apa-apa aktiviti yang boleh merehatkan minda dan fikiran



Seeloknya, cuba senaraikan semua simptom senggugut yang anda alami. Ini penting kerana kita boleh tahu kesakitan yang kita alami itu adalah tanda senggugut yang betul atau sebenarnya hanyalah tindakbalas badan disebabkan kita mengalami tekanan atau stress

Akhirnya, gaya hidup yang sihat dan menghindari tekanan dapat membantu anda mengubati senggugut. Hiduplah dengan ceria dan bahagia


Thanks for reading!


1 comment :

Unknown said...

is baru follow grup toknek... ampun...

patuitla nama xdak kat wakil jualan perlis... kekeke

Back to Top