Ibu bapa yang mempunyai anak
autism adalah orang yang sangat istimewa kerana telah dipilih oleh tuhan untuk
bersama anak-anak yang sangat suci. Saya ingin kongsikan beberapa perkara yang
boleh kita lakukan untuk mengajar anak-anak autism supaya mereka sama dengan
anak-anak normal yang lain
1.
Maksimumkan penggunaan pancaindera mata
Kebanyakan anak-anak autism sangat
mudah untuk memahami sesuatu dengan melihat. Lakukan aktiviti dengan menggunakan
lukisan mudah. Anda boleh menggunakan perisian computer untuk menggabungkan
objek dan huruf supaya ia kelihatan lebih menarik. Ia sesuai untuk anak-anak
yang kurang bercakap
Maksudnya ajarlah anak-anak autism
untuk memahami situasi dengan cara bercerita. Contohnya, apa yang sepatutnya
mereka lakukan sekiranya mereka dengar alat penggera kebakaran. Tunjukkan
gambar langkah-langkah yang mereka kena buat menggunakan bahasa yang mudah.
3.
Skil Sosial
Sesetengah anak-anak autism akan
memahami cara bersosial melalui lakonan drama. Mereka akan faham cara memberi salam,
ucapan terima kasih dan bersimpati melalui drama yang kita minta mereka
lakonkan bersama rakan-rakan seperti mereka.
4.
Kelakuan
Terdapat sesetengah anak-anak autism
yang susah untuk dikawal. Ketidakbolehan mereka untuk bercakap dengan baik
menyebabkan ibu bapa tidak faham bagaimana mereka menunjukkan persaan mereka
seperti marah, letih, tidak selesa, cemas dan sebagainya. Jadi, pentingnya ibu
bapa memahami bagaimana mengawal mereka berdasarkan kelakuan yang biasa mereka
lakukan
5.
Lingkungan kawan-kawan
Bawalah anak-anak anda berkawan. Jangan
biarkan mereka keseorangan dirumah. Berjumpalah dengan kawan-kawan sama ada
melalui perjumpaan dengan kawan-kawan yang serupa dengan mereka. Ini mampu
membina keyakinan dalam jiwa anak.
No comments :
Post a Comment