Slider

Saturday, January 4, 2014

Kurang darah? Anemia?


Fahami darah

Darah dibina dari cecair yang dikenali sebagai plasma. Ia terdiri daripada :
  •       Sel darah merah, mengandungi haemoglobin iaitu sel merah yang kaya dengan zat besi dan protein. Ia berfungsi membawa oksigen dari paru-paru kepada seluruh otot-otot dan organ di dalam badan.
  •       Sel darah putih adalah bertanggungjawab untuk melawan jangkitan kuman.
  •     Platelet (sel darah beku) bertanggung jawab untuk menolong memberhentikan pendarahan akibat sesuatu kecederaan.
 Tanda Anemia
  •       merasa letih dan lemah
  •       pucat dan kadang-kadang kuku jari mudah patah
  •       sakit dada
  •       sakit kepala atau pening
  •       denyutan jantung yang pantas atau tidak normal
  •       sesak nafas
  •       masalah kognitif
  •       kemurungan atau keresahan
 Komplikasi
Jika tidak dirawat, anemia akan menyebabkan banyak komplikasi. Contohnya seperti:
  •      Keletihan yang teruk- Bila berlaku anemia yang teruk,seseorang itu akan merasa terlalu letih dan tidak bertenaga untuk menjalankan tugas-tugas hariannya.
  •     Penyakit jantung- anemia akan menyebabkan denyutan jantung terlalu pantas atau tidak normal yang dipanggil arrhythmia. Ini kerana jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah dalam mengatasi kekurangan oksigen dalam darah. Ini akan mengakibatkan kegagalan jantung (heart failure)
  •      Kerosakan saraf- kekurangan vitamin B 12 akan menganggu penghasilan sel darah merah dan fungsi saraf.
  •     Gangguan fungsi otak/mental- kekurangan vitamin B12 juga boleh menjejaskan fungsi otak seperti memori (daya ingatan).
  •      Kematian - anemia yang disebabkan keturunan seperti sickle cell akan mengakibatkan komplikasi yang serius dan boleh membawa kematian. Kehilangan darah yang banyak dan cepat akan menyebabkan anemia yang teruk dan membawa kematian.
 Pencegahan
Kebanyakan anemia boleh dicegah. Anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi atau vitamin boleh dielakkan jika kita mengambil makanan yang sihat seperti:
  •     Iron (zat besi): makanan yang kaya zat besi adalah daging, kekacang, bijirin, sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan kering dan peanut butter.
  •      Folate: boleh di dapati dalam jus limau dan buah-buahan, pisang, sayur-sayuran berwarna hijau, bijirin, kekacang, roti dan pasta.
  •      Vitamin B12: vitamin ini tedapat dengan banyaknya didalam daging dan susu.
  •     Vitamin C: Makanan yang mengandungi vitamin C adalah buah-buahan seperti buah oren, tembikai dan lain-lain. Vitamin C ini menolong penyerapan zat besi.
 Bagaimana Shaklee membantu anda?


** VITA-LEA IRON FORMULA : Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel.

** SUSTAINED RELEASE VITA-C / CHEWABLE VITA-C : Membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan.

** B- COMPLEX : Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.

** ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) : Sebagai sumber protein untuk membantu badan menghasilkan sel darah. Selain itu ESP juga membantu membekalkan tenaga kepada badn yang lemah terutama badan yang sedang mengalami proses pemulihan.


Thanks for reading!






No comments :

Back to Top